Budak 4 Tahun Bawa Ganja ke Sekolah
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengejutkan warga Hanover Elementary School, Meriden, Amerika Syarikat selepas dio dikatakan mengeluarkan sembilan plastik berisi ganja. Kanak-kanak itu memberitahu gurunya bahawa dia akan membahagikan "snek" itu kepada teman-temannya, lapor Reuters.
Menurut pengetua sekolah, Miguel Cardona, guru kelas kanak-kanak kelainan upaya itu bertindak pantas dan tiada murid lain mengetahui kandungannya. Cardona menyebut insiden itu "sangat menyedihkan" dan merupakan kes "terpencil".
Penyelia Sekolah Awam Meriden, Mark Benigni, dalam sidang media berkata kanak-kanak itu sudah tentunya tidak bersalah.
"Kanak-kanak itu tidak tahu apa-apa yang dibawanya," jelas Benigni.
"Yang menyedihkan apabila masalah dan tingkah laku orang dewasa telah menyebabkan kanak-kanak ini dalam bahaya," tutur Mark Benigni.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama kanak-kanak itu ataupun ibu bapanya. Sementara itu menurut polis, kemungkinan ada penahanan dibuat selepas siasatan selesai. Jabatan Keluarga dan Kanak-kanak turut menyiasat kes ini. - DCM
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.