Pelajar DIKURUNG Sindiket Gores & Menang
SELAMAT...Nor menunjukkan duit dan gelang tangan yang diberi kepada sindiket terbabit. |
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan ‘gores dan menang’ yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dikurung selama tiga jam oleh sindiket berkenaan, petang kelmarin.
Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.
Difahamkan, sindiket itu beroperasi dalam premis berkenaan yang ditampal pelekat ‘untuk dijual/disewa’ bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang awam mengenai kewujudan mereka.
Bagaimanapun, mangsa bertindak bijak mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya memaklumkan dia dikurung sindiket terbabit. Kakaknya menghubungi suaminya yang kemudian datang ke premis berkenaan bersama beberapa anggota polis untuk menyelamatkan mangsa.
Bagaimanapun, mangsa bertindak bijak mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya memaklumkan dia dikurung sindiket terbabit. Kakaknya menghubungi suaminya yang kemudian datang ke premis berkenaan bersama beberapa anggota polis untuk menyelamatkan mangsa.
Menceritakan detik hitam berkenaan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nor, 22, berkata, dia menaiki bas dari kampung halamannya di Tangkak, Johor sebelum tiba di TBS-BTS untuk ke rumah kakaknya di Bandar Baru Ampang, di sini.
P/s: Sindiket ini memang lahanat. Sebelum ini ada dilaporkan salah satu kumpulan ini dibelasah oleh orang ramai.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.