[Perhatian] Cicak Gecko/Tokek BUKAN Penawar Penyakit
Saya petik:
[Brudirect ] BANDAR SERI BEGAWAN: Pegawai Rangkaian Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar Asia Tenggara (TRAFFIC Antarabangsa) menolak dakwaan cicak gecko atau dikenali sebagai “anggak” oleh orang tempatan yang menjadi menjadi kegilaan di Brunei Darussalam dan Malaysia dapat menyembuhkan penyakit.
“Oleh sebab ada dakwaan yang mengatakan haiwan itu boleh menyembuhkan penyakit, orang ramai mula gilakan haiwan ini dan membeli dengan harga beribu-ribu dolar,” kata Noraini Awang Anak dalam satu pembentangan Perdagangan Hidupan Liar Antarabangsa di Bengkel Perancangan Negara Pengurusan Hidupan Liar, semalam.
Katanya, seekor cicak gecko seberat 350 gram, berharga berjuta-juta ringgit Malaysia.
“Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) berkata, spesies cicak ini tidak mempunyai keupayaan untuk merawat penyakit seperti yang didakwa,” katanya.
“Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) berkata, spesies cicak ini tidak mempunyai keupayaan untuk merawat penyakit seperti yang didakwa,” katanya.
Katanya, hidupan liar dan habitat di banyak tempat di dunia ini dalam keadaan terancam akibat pemburuan dan pembalakan haram, pencerobohan, penyeludupan hidupan liar dan perubahan iklim.
P/s: Ada orang kaya raya kerana cicak ini, ada orang yang melaburkan wang berjuta-juta untuk perkara yang sia-sia. Minta maaf tulis, ada orang yang ditahan dan dijadikan tebusan ketika mencari cicak ini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.