Sejam Peluk Mayat Kekasih
Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: Hampir sejam diperlukan untuk memujuk seorang lelaki yang tidak mahu melepaskan pelukan terhadap teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selepas ditemui di tingkat bawah satu blok flat di Taman Utara, Batu Uban, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya, Lau Kah Kah, 22, maut selepas terjun dari tingkat 17 flat berkenaan.
Lelaki terbabit dilihat meniarap di sisi mayat teman wanitanya sambil memeluknya, tetapi langsung tidak bersuara dan hanya sesekali kelihatan menangis.
Orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat di situ, tetapi terkejut apabila melihat lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak.
Orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat di situ, tetapi terkejut apabila melihat lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak.
Lelaki itu langsung tidak mempedulikan orang ramai yang mengerumuninya dan dia terus memeluk erat mayat teman wanitanya sebelum penduduk menghubungi ambulans.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.