PAS dengan Tegas Tolak Polisi Penyelesaian 2 Negara yang Disokong oleh DSAI
Pemimpin PAS seperti dipetik oleh HD dengan tegas menolak polisi Penyelesaian 2 Negara dan kewujudan Israel secara sah.
Dalam reaksi di FB, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi mengingatkan para pimpinan bahawa “Israel adalah sebuah entiti haram.”
“Ia terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu,” tegas beliau.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.
“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.
PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau.
Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, iaitu Israel.
“Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.
Banyak rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya,” tegas beliau yang dipetik News Straits Times
Betul!
DCM juga berpendapat begitu.
Namun dari sudut realiti politik, realiti semasa pendirian berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution seperti ditegaskan oleh DSAI yang selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan buat masa sekarang. Hal ini demikian kerana selagi umat Islam tidak bersatu, selagi Israel menguasai teknologi persenjataan, selagi Yahudi menguasai politik negara-negara kuasa besar dunia, agak mustahil untuk melenyapkan Israel daripada peta dunia.
Hal itu tidak bermakna kita mengiktiraf kewujudan Israel secara sah, namun sebagai solusi untuk membangunkan Palestine dan mengurangkan penderitaan rakyat Palestin. Biarpun begitu, seperti yang dijanjikan Allah, sampai saatnya, seperti yang kita maklum, Israel dan Yahudi akan lenyap jua dari muka bumi ini. Itu fakta! - DCM
P/s: Hebat UMNO dan geng memainkan isu ini di media. Mereka bercakap seolah-olah mereka pejuang yang memburu syahid di bumi Palestine. Mereka berpura-pura melupakan hubungan Malaysia-Israel, hubungan UMNO-APCO ketika "membelasah" Anwar Ibrahim di media!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.