Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 24 Januari 2012

[Tragis&Sadis] Gadis DIDERA, DIUGUT, & DIKURUNG di dalam TANDAS Selama 10 Tahun



Pasukan polis di Qalqilya, Tepi Barat, Palestin, membebaskan gadis berusia 21 tahun yang dikurung ayahnya di bilik mandi berukuran 1  x 1.5 meter selama 10 tahun, Sabtu (21/1/2012) selepas mendapat maklumat daripada ibu saudara gadis itu.

Ayah gadis yang bernama Baraa Melhem itu mengakui mengurung anaknya itu sejak dia berusia 11 tahun. Dakwa ayahnya, dia mengunci anaknya itu kerana "perselisihan keluarga". Namun, dia tidak menjelaskan perselisihan yang menyebabkan dia bertindak kejam dan mengurung Baraa.

Baraa menjelaskan kepada pihak berkuasa bahawa dia dikurung pada waktu siang dan hanya dikeluarkan dari bilik mandi itu sekitar pukul 01.00 hingga 04.00 pagi  untuk membersihkan rumah. Selain itu, Baraa turut mendakwa sering diugut (termasuk diugut akan dirogol) dan dipukul oleh ayahnya yang kini telah diserahkan kepada pihak berkuasa Israel untuk dibicarakan. Ayahnya, Hassan Melhem, 49 merupakan warganegara Israel.

Menurut pihak kebajikan Qalqilya, Azat Maluach, sewaktu dibebaskan, Baraa meminta sejenis gula-gula. Gadis itu mengakui selama dikurung dia tidak pernah mendapat makanan manis dalam apa-apa jua bentuk.

Ketika berada di luar rumah, Baraa berkali-kali meluahkan rasa tidak percaya kerana dirinya telah bebas. "Benarkah itu matahari? Apakah itu matahari yang saya impikan?" tanyanya kepada orang berada di situ.

Menurut Azat, "Dia beritahu kami bahawa dia tidak pernah melihat waktu siang selama sembilan tahun."

Gadis itu juga kaget apabila melihat begitu banyak orang. "Adakah orang-orang itu yang saya dengar di radio?" tanyanya.

"Di dalam rumah itu terdapat dua buah tandas mandi dan dia dikurung di salah sebuah bilik mandi itu. Di situlah dia makan. Dia situ juga dia mencuci baju dan tidur. Satu-satunya hubungan Baraa dengan dunia luar adalah melalui radio yang diberikan oleh ayahnya," kata Azat.

Selepas dibebaskan, Baraa meminta ditemukan semula dengan ibu kandungnya. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia empat tahun. Hak penjagaan diberikan kepada ayahnya. Baraa tinggal bersama-sama dengan ayah dan ibu tirinya yang turut ditahan oleh pihak berkuasa.

Selama dikurung, Baraa sering kelaparan dan hanya diberi selembar selimut, radio, serta sebilah pisau cukur  agar dia boleh membunuh diri.

"Saya tidak membenci ayah. Namun, saya membenci perbuatannya terhadap diri saya. Mengapa dia melakukannya? Saya tidak memahaminya," ujarnya.

Baraa kini tinggal dengan ibu kandungnya di Maysoun, sebuah permukiman Arab di Jerusalem. 

"Sekarang saya bahagia. Kehidupan sebenar saya baru bermula," ujarnya kepada pihak media. -DCM






Kemas Kini (1/2/12):

[HM] BAITULMAQDIS: Pejabat Pendakwa Raya di Wilayah Tel Aviv semalam, memfailkan tuduhan ke atas pasangan Arab-Israel kerana mengurung anak mereka selama sembilan tahun.

Menurut dakwaan yang dibuat di Mahkamah Daerah Petah Tikva, ayah dan ibu tirinya, mengurung gadis yang berusia 20 tahun itu di dalam bilik mandi atau bilik kecil dalam tiga rumah yang berbeza di Tebing Barat.


Mereka dikatakan pertama kali mengurung gadis itu ketika usianya 11 tahun dan hanya dibenarkan keluar pada waktu malam untuk membersihkan rumah, membasuh pakaian dan memasak.

Bapanya didakwa memukul gadis itu dan kadang-kadang dibuat atas dorongan isterinya.


Pasangan itu juga dikatakan menggalakkan gadis itu untuk membunuh diri, malah berkata dia perlu menggunakan pisau cukur ayahnya untuk berbuat demikian.

Kedua-duanya akan didakwa kerana mendera kanak-kanak, mengurung dan percubaan mendesak seseorang untuk membunuh diri.

Bapa gadis itu ditahan oleh pasukan keselamatan Palestin di bandar Qalqilya di Tebing Barat, awal bulan ini.

Jurucakap pasukan keselamatan berkata, lelaki itu “membuat keputusan mengurung anaknya kerana bimbang menjadi mangsa penderaan seksual.”

Gadis itu dihantar ke khidmat sosial Palestin dan kemudian diserahkan kepada ibu kandungnya, seorang warga Palestin yang tingga di Tebing Barat dan bercerai dengan bapa anaknya beberapa tahun lalu.

Ibu tiri gadis itu ditahan di Israel. - AFP



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH