[18SX] Saintis: G-spot TIDAK Wujud
Apakah G-spot? G-spot ialah nama suatu daerah di tubuh perempuan yang dikatakan jaringan saraf yang letaknya di belakang klitoris. Nama ini diberikan oleh Dr Ernest Grafenberg dalam sebuah artikel pada tahun 1950 yang memerihalkan penemuannya itu. G-spot dikatakan dapat memberikan kenikmatan luar biasa kepada wanita jika dirangsang dengan betul. Bagaimana menemukan G-spot atau di manakah kedudukannya yang tepat? Kalau anda mahu tahu lanjut tentangnya, sila buat carian di google.
Selepas berdekad-dekad orang memperkatakan G-spot, hari ini suatu kajian saintifik mendakwa titik pusat ghairah seksual wanita itu mungkin tidak benar-benar wujud. Menurut laporan The Telegraph, para penyelidik mendapati tidak ada bukti konklusif tentang kewujudannya selepas menyemak 100 kajian sejak 60 tahun yang lalu.
Mereka mendakwa konsep G-spot menjadi popular dan hangat diperkatakan di seluruh dunia kerana hal itu diperbesarkan oleh ahli terapi seks dan lucah.
"Kajian objektif gagal menyediakan bukti yang kukuh dan konsisten tentang kewujudan dari sudut anatomi yang dapat dikaitkan dengan G-spot yang hangat diperkatakan sejak dahulu," kata ketua penyelidik, Dr Amichai Kilchevsky dari Hospital Yale-New Haven di Connecticut.
"Banyak wanita berasa seolah-olah kesalahan mereka kerana tidak dapat mencarinya. Realitinya G-spot kemungkinan adalah sesuatu, secara sejarah atau evolusi, tidak wujud."
Penemuan itu yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Seksual, menyokong kaji selidik 1800 wanita oleh King College London yang membuat konklusi tidak ada bukti bahawa G-spot itu wujud. -DCM

P/s: Hmmmm.....!!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.