Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Rabu, 25 Januari 2012

Onar Budak 15 Tahun, Tipu Diculik, Diratah 4 Lelaki


Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KANGAR: Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun ‘merancang’ bahawa dia diculik dan dirogol membawa padah apabila dicekup bersama empat remaja lelaki termasuk teman lelakinya di sebuah hotel di Jitra, Kedah, malam Sabtu lalu.

Dalam serbuan pada jam 9 malam, pelajar sebuah sekolah menengah agama di Ayer Hitam, Kedah itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bapa angkatnya menggunakan talian tidak dikenali, yang antara lain mengandungi ugutan bunuh jika kejadian culik itu dilaporkan kepada polis.

Dia berbuat demikian semata-mata untuk meluangkan masa bersama teman lelakinya tanpa diganggu ibu dan bapa angkatnya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bapa angkat mangsa berusia 53 tahun kemudian membuat laporan polis pada jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu. Menurutnya, mangsa keluar rumah sebelum kejadian sebelum dihampiri seorang lelaki tidak dikenali.

Katanya, selepas kejadian berkenaan kira-kira jam 8 malam itu, mangsa pulang semula ke rumah dan menceritakan perkara itu kepada bapa angkatnya sebelum dia keluar semula ke pasar raya dan diculik suspek.

Abdul Rahman berkata, kandungan SMS berkenaan berbunyi ‘dendam lama masih belum selesai dan jangan buat laporan polis atau mencari mangsa jika tidak mahu mangsa disembelih’.

“Pada jam 9 malam Sabtu lalu, polis menyerbu bilik sebuah hotel murah di Jitra, sebelum menemui mangsa bersama empat lagi remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun bersamanya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol dua kali oleh seorang suspek sebelum ditinggalkan di bilik itu bersama rakan lain.

“Siasatan mendapati mangsa sengaja merancang penculikan berdasarkan maklumat diperoleh daripada semua suspek, malah SMS berkenaan dipercayai dihantar seorang daripada mereka.

“Remaja perempuan berkenaan dipercayai merancang helah penculikan berkenaan bagi mengaburi mata keluarga angkatnya supaya tidak mencarinya yang ingin bersama salah seorang suspek di situ,” katanya.

Beliau berkata, hasil pengakuan teman lelaki mangsa berusia 15 tahun itu juga mendedahkan bahawa mangsa kerap keluar dan tidak pulang ke rumah hampir dua malam sebelum kejadian.

“Polis juga diberitahu teman lelaki mangsa bahawa mereka sering keluar berjumpa di Jitra, Kedah sebelum polis mengadakan operasi mencari mangsa di situ.

“Mangsa direman polis bersama empat suspek lelaki itu sebelum membebaskan mereka dengan jaminan dan kes disiasat mengikut Seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh atau menyebabkan kematian.
 

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu juga menyiasat empat suspek remaja berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa,” katanya.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH