Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Iran. Papar semua catatan

, , ,

Sabtu, 24 Mac 2012

Selepas Hneti Eksport Minyak Sawit ke Iran, Malaysia Akan Henti Import Minyak dari Negara Itu



[Bernama] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.


Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.

Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini.



P/s: Siang, malam, kononnya benci Israel dan AS, namun realitinya Malaysia di bawah BN mengikut telunjuk kuasa besar itu menghukum Iran melalui sekatan ekonomi.

Takut benar Najib pada AS dan Israel!!!!


, ,

Khamis, 19 Januari 2012

Iran Persenda AS dengan Mengirimkan Mainan RQ-170

RQ-170 Sentinel yang ditembak jatuh oleh Iran.

Saya petik:
[BH] TEHRAN: Iran berkata ia akan mengirimkan pesawat mainan menyerupai pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel kepunyaan Amerika Syarikat yang ditembak jatuh akhir tahun lalu ke Rumah Putih, sebagai memenuhi permintaan Washington yang meminta ia dikembalikan.

Kelmarin, stesen radio tempatan Iran, Radio Payam, melaporkan sebuah syarikat tempatan akan mengeluarkan versi mainan pesawat tanpa pemandu dan akan dihantar ke Rumah Putih.

“Satu upacara istimewa akan diadakan pada 1 Februari, bagi memperingati ulang tahun ke-34, kemenangan revolusi Islam di Ira dan pada hari itulah kami akan mengirimkan pesawat itu ke Rumah Putih,” lapor stesen radio itu.

Pesawat mainan itu mempunyai saiz satu perlapan puluh lebih kecil daripada saiz pesawat sebenar dan dijual pada harga AS$6 (RM18).

Berita mengenai penghasilan pesawat mainan menyerupai RQ-170 Sentinel, dilaporkan untuk kali pertama di luar Iran oleh wartawan Mitrak Amiri yang secara kebetulan membuat laporan mengenai pengharaman patung Barbie oleh polis agama negara itu.

Laporan menyatakan bahawa pesawat mainan itu akan dijual dalam pelbagai warna, manakala laman web dari negara jiran Iran, Trend menyatakan bahawa pesawat itu berukuran 30 sentimeter lebar dan 40 sentimeter panjang, dihiasi kata-kata berbunyi; “Kami akan menginjak-injak Amerika”.

Trend menyatakan bahawa sekumpulan belia Iran bekerjasama untuk mereka dan mengedarkan pesawat mainan itu, manakala agensi berita antarabangsa Associated Press melaporkan ada sebuah syarikat menghasilkan permainan itu.
 
Iran sebelum ini berkata, ia menembak jatuh pesawat tanpa pemandu itu pada 4 Disember tahun lalu. – Agensi 


P/s: Terbaik!

, ,

Sabtu, 12 Jun 2010

[Kemas Kini] "Arab Saudi Akan Benarkan Israel Guna Ruang Udara Serang Iran" - Sumber Pertahanan AS-/Arab Saudi Nafikan Laporan Itu

Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya selepas membaca tajuk berita di atas ialah CELAKA! Celakalah kepada boneka Amerika dan Israel di Timur Tengah. Celakalah kepada boneka Amerika dan Israel di Mesir/Arab Saudi dan sebagainya.

Menurut berita yang disiarkan oleh Press TV, Arab Saudi dilaporkan telah melancarkan beberapa siri latihan ketenteraan yang bertujuan untuk membenarkan/memudahkan jet-jet Israel menggunakan ruang udara negara itu untuk menyerang tapak nuklear Iran.

Sumber Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menyatakan kepada The Times bahawa Israel telah mendapat kebenaran Arab Saudi untuk menggunakan ruang udara di sebelah barat negara itu untuk menyerang Iran.

Untuk memastikan laluan pesawat pengebom Israel ke Iran selamat dan lancar, Riyard dilaporkan telah menjalankan ujian untuk memastikan sistem peluru berpandu negara itu tidak diaktifkan dan memastikan jet-jet pejuang negara itu tidak mengganggu misi Israel

Anda boleh membaca berita lanjut di sini. 

Berkaitan:
Mesir, sebuah lagi negara yang dipimpin oleh boneka Amerika/Israel dilaporkan telah menghalang konvoi bantuan kemanusiaan Algeria daripada memasuki Gaza. Menurut akhbar Algeria, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, susu tepung, dan sebagainya itu kini berlabuh di Perlabuhan Al Arish sejak Jumaat lalu. Konvoi itu disertai MP, ahli perniagaan, dan aktivis keamanan negara tersebut. Biarpun terdapat perjanjian antara kedua-dua buah negara berkaitan dengan hal ini, namun pihak berkuasa Mesir tetap menghalang konvoi tersebut memasuki Gaza. Hanya tiga MP Algeria dibenarkan masuk ke Gaza melalui pintu Sempadan di Rafah.

Berita lanjut boleh anda baca di sini.

Kemas Kini 13/6:
Arab Saudi Nafi Akan Bantu Musuh Iran (AS dan Israel)

Arab Saudi menafikan laporan akhbar Britain (The Times) bahawa negara itu akan membenarkan Israel menggunakan ruang udaranya untuk menyerang Iran.

Menurut laporan media: Saudi Arabia "rejects violating its sovereignty or the use of its airspace or territories by anyone to attack any country," the official Saudi Press Agency (SPA) quoted a Foreign Ministry official as saying on Saturday. But it declined to name the official.

The source called the allegations "false" and "slanderous" and stated that the Kingdom of Saudi Arabia reiterates its position of firm opposition to and rejection of the violation of its sovereignty and the use of its airspace or territory by anyone to attack any country.

It is more appropriate that Saudi Arabia should apply this policy to the authority of the Israeli occupation regime, with which it has no relationship in any way, SPA quoted him as saying.



,

Isnin, 7 Jun 2010

Tentera Laut IRGC Iran Bersedia Iringi Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan ke Gaza

Selepas serangan komando Israel terhadap Freedom Flotilla, konvoi sembilan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, Islamic Revolution Guards Corps (IRGC) Iran menyatakan kesediaan untuk mengiringi konvoi misi kemanusiaan ke Gaza jika mendapat arahan untuk berbuat demikian.

Untuk makluman, Gaza telah dikepung oleh Israel sejak tiga tahun lalu. Segala barangan yang masuk dan keluar dari wilayah itu diperiksa dengan ketat oleh Israel.

Menurut Ali Shirazi, wakil Ketua Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei (Tentera Laut IRGC)  seperti yang dilaporkan oleh Press TV:

"In the wake of (last week's) unfair attack, it is Iran's duty to defend the innocent people of Gaza," Mehr News Agency, quoted Ali Shirazi, the Leader's representative in the IRGC naval forces, as saying on Sunday.

"Iran's naval forces are ready to escort the peace flotilla to Gaza with all their powers and capabilities," Shirazi added.


Shirazi went on to say that if the Leader of the Islamic Revolution issued a decree, the IRGC naval forces would immediately dispatch escort ships.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH