[PANAS] Pemuda "Indonesia" Mengaku Ditawar RM1 Juta Selepas Diliwat DSAI, Adakah DRAMA LIWAT III Sedang Berjalan?
Minggu lepas atau lebih tepatnya 10 Jan lalu, saya ada menyalin dan menampal paparan skrin blog pencacai kononnya mendakwa seorang pemuda "Indonesia" mengaku diliwat oleh DSAI. Yang kantoinya, lenggok bahasa pemuda itu langsung tidak menunjukkan bahawa dia warganegara Indonesia. Saya yakin akaun itu akaun palsu untuk mengelirukan orang ramai. Saya kira lawak bodoh itu berakhir setakat itu! Rupa-rupanya tidak!
Hari ini, blog pencacai yang sama, menampal pengakuan pemuda itu yang kononnya diliwat oleh DSAI di Hotel Nikko Jakarta pada 6 Jun 2010. Dalam pengakuan itu, pemuda itu turut mendakwa ditawarkan wang RM1 juta oleh DSAI.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, fitnah jahat pencacai UMCO ini memang melucukan dan sekali imbas sudah nampak tempangnya. Lihatlah lenggok bahasanya, lihatlah gaya tulisannya. Persoalan yang mahu saya timbulkan di sini, adakah Drama Liwat III sudah berjalan? -DCM
P/s: Lahanatlah kamu kaki fitnah!

