Penyerang FREEDOM FLOTILLA Dipelawa Berekreasi di Itali
IRNA melaporkan bahawa pemimpin Yahudi di Rom merancang lawatan rekerasi untuk anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam serangan maut terhadap misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla.
Riccardo Pacifici, Ketua komuniti Yahudi Rom telah mempelawa anggota tentera laut Israel ke Itali ketika lawatannya di Israel. Dia memuji mereka sebagai "hero".
Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya 20 aktivis terbunuh dan mencederakan 50 yang lain semasa serangan pada 31 Mei terhadap konvoi enam kapal yang membawa 10 000 tan bantuan kemanusiaan dan lebih kurang 700 aktivis antarabangsa dari 42 negara yang menuju ke Gaza.
Artikel ini diterjemahkan daripada pautan ini.





