Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Konspirasi Gay. Papar semua catatan

, , ,

Selasa, 19 Mac 2013

Konspirasi Gay: Anwar SAMAN Papagomo




[KD] PETALING JAYA 19 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Peguam Anwar, N Surendran dalam kenyataan tengahari ini berkata, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo dalam saman itu, sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar fitnah tersebut.

“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.
 
 
 
P/s: Pencacai UMNO ini meratib hari-hari menyuruh orang menyamannya. Maka termakbullah sudah impiannya!
 
 
 
 
 

, ,

Sabtu, 16 Mac 2013

Anwar nafi Gambar/Video Konspirasi Gay


[TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Dalam artikel yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa blogger pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin utama PKR tersebut berdampingan dengan lelaki gay.

"Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama.

Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya.

"Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.

"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," tambah Anwar yang mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab oleh blogger Umno tersebut.

Anwar disamping itu juga tidak menolak kemungkinan selepas ini pemimpin Umno dan medianya akan mengeluarkan video beliau mengadakan hubungan sejenis ekoran pendedahan gambar pada Khamis lalu.

"Selepas ini confirm keluar video pula," sindir Anwar.

Beberapa kepingan gambar tersebut masih lagi berada dalam laman www.rajagoyang360.blogspot.com dan masih boleh lagi boleh dibaca ketika ini.

Gambar-gambar yang dipamerkan tersebut diambil daripada dua sudut berbeza kamera dan menunjukkan dua lelaki dalam keadaan intim termasuk gambar bogel seorang individu yang diambil daripada bahagian belakangnya.

Gambar pertama menunjukkan seorang lelaki dengan berpakaian kemas, berkemeja, berseluar hitam dan memakai kasut memasuki bilik.

Tajuk berjudul "Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG", memaparkan seorang lelaki sedang duduk dengan pakaian t-shirt cerah, berseluar pendek dan berselipar sedang menunggu di katil.

Dalam gambar seterusnya bertajuk "Hi!!! Sayang kat ABANG" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut berkucupan; gambar bertajuk "Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM; errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG; KUCUPAN INTIM asmaradana dua KEKASIH" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut berpelukan mesra dan gambar terakhir menunjukkan lelaki yang sudah berpakaian penuh sedang berjalan menuju ke katil.

Video yang didedahkan hari ini merupakan yang kedua dituduh keatas Anwar selepas pada 21 Mac 2011 trio "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011.

Dalam pada itu, laman portal rasmi PAS iaitu Harakah Daily yang melaporkan tentang pendedahan video seks tersebut awal hari ini telah membuang berita tersebut dikhuatiri atas desakan oleh pihak atasan seperti yang dituduh oleh pihak blogger Umno.




, ,

[Gambar PANAS] Video Fitnah Aksi Gay Anwar Ibrahim Akan Tersebar, Mereka Mulakan dengan...





BOM PRU 13!

Gambar-gambar di atas mula tersebar dalam blog pro-Parti Syaitan yang Dikenali sejak malam tadi. Gambar-gambar yang kelihatan seperti dipetik dari video ini bersumberkan blog Aksi Raja Goyang. Blog yang baru dibina ini hanya mempunyai satu kiriman seperti yang dipaparkan di atas. Seperti telahan banyak pihak, blog hantu digunakan oleh penyokong Parti Syaitan yang Dikenali untuk mengelakkan implikasi undang-undang dikenakan terhadap mereka.  Hal ini samalah seperti taktik penyebaran video pelakon porno mirip Anwar dengan gadis Cina yang menggunakan sebuah akaun Youtube hantu tidak lama dahulu. 

Apa persamaan video China Doll, Made in Thailand, dengan video aksi homoseksual terbaharu ini? Gambar blur dan video versi hitam putih merupakan dua persamaan yang jelas bagi ketiga-tiga video tersebut. Seolah-olah tiada perakam video yang dapat merakam aksi tersebut dengan lebih lebih, walhal hari ini sudah ada perakam 3D dan HD. Mengapa mereka membikin video dengan gambar yang kabur atau hitam putih? Tidak lain dan tidak bukan supaya orang ramai tidak dapat mengesan identiti sebenar pelakon atau kelemahan video tersebut.

Paparan gambar sudah disebarkan, nantikan pula kemunculan videonya. Nantikan juga media UMNO memanipulasi isu video ini untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah Anwar. Jangan pelik jika berita tentang video ini akan ke udara sehingga tamat PRU13. Siapa yang akan dapat untung? -DCM



P/s: Tidak cukup mengaibkan Anwar dengan video main depan, kini mereka membikin video main belakang. Depan, belakang.

TM yakin rakyat Malaysia dapat menilai hal ini secara waras. TM yakin mereka dapat membuat pertimbangan yang betul berdasarkan fitnah-fitnah yang pernah dilontarkan sebelum ini.




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH