[PANAS] Isu Amalina Pakai Pakaian Seksi, Apa Komen Amalina? Apa Kata Ibunya?
![]() |
| Sabariah Hassan |
Sejak beberapa hari ini, isu gambar Nur Amalina berpakaian seksi dan berpenampilan yang jauh berbeza berbanding dengan penampilannya sebelum terbang ke UK untuk melanjutkan pelajaran hangat diperkatakan di blog mahupun di laman sosial. DCM pun ada melahirkan rasa terkejut dengan perubahan tersebut.
Seperti dijangka, ibu Amalina, Sabariah Hassan tampil memberikan respons terhadap kiriman blog dan dakwaan pihak-pihak tertentu terhadap anak gadisnya. Menurut Sabariah, Amalina cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh dan meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK). Malah Amalina turut didakwa sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan. Amalina dikatakan sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini seperti yang dilaporkan di Berita Harian. Isu kiriman blog yang mendakwa Amalina gagal sudah terjawab walaupun banyak pihak akan terus mempersoalkannya. Misalnya, ada suara nakal yang mempersoal "kehebatan" Amalina menulis buku perubatan walaupun masih dalam pengajian.
Dalam laporan yang sama, Sabariah juga ada menyentuh tentang isu penampilan, gaya berpakaian, dan cara hidup anaknya yang didakwa bebas dan liar. Menurut Sabariah, beliau kesal dengan laporan blog yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya yang berusia 23 tahun itu. Gambar-gambar itu, katanya, dipercayai "dicuri" dari laman sosial Facebook Nur Amalina. Penjelasan Sabariah ini telah menjawab dakwaan bahawa gambar-gambar itu adalah rekayasa Photoshop atau superimposed. Cuma agak kurang bijak jika Sabariah berkata gambar itu "dicuri" kerana foto-foto yang dimuatnaikkan ke laman sosial bebas ditatap dan dimuatturunkan oleh sesiapa yang mempunyai akses. Jika gambar itu berunsur peribadi, mengapa dimuatnaikkan ke laman sosial?
Yang mungkin mengejutkan kita apabila Sabariah mendakwa “Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Apa komen Amalina?
![]() |
| "I don't care what people say about me as I wear my pain everyday." |
Apabila ibu Amalina sendiri berkata demikian, saya tidak mahu komen apa-apa. Amalina sendiri melalui akaun FBnya juga sudah memberikan respons yang agak mengejutkan. Apa lagi yang mampu kita katakan selain mengharapkan pelajar cemerlang Malaysia ini berjaya menamatkan pengajiannya dan dalam masa yang sama dapat menjadi muslimah yang boleh dijadikan suri teladan.
Kiriman sebelum ini di sini.
P/s: Kebanyakan blog yang menyiarkan isu Amalina ini bukanlah mahu memfitnah atau mencaci, tetapi mahu melahirkan rasa terkejut dengan penampilan pelajar cemerlang itu. Rasa-rasanya, isu Sufiah Yusuf, gay Melayu, sudah cukup membimbangkan banyak pihak. Atas rasa bimbang dan prihatin, maka banyaklah pihak yang membangkitkan isu ini.







