Sekitar tahun 2009 lalu, timbul cerita Nur Amalina gagal dalam pengajiannya di UK. Cerita itu kemudiannya dinafikan oleh beberapa pihak termasuk rakannya yang berada di universiti yang sama.
Baru-baru ini timbul pula dakwaan bahawa gadis genius yang pernah menggemparkan negara kerana berjaya memperoleh 17A1 dalam SPM berubah dari segi gaya hidup dan penampilan kerana kejutan budaya ketika menuntut di UK. Dakwaan itu disertakan beberapa keping gambar yang didakwa diperoleh daripada akaun FB milik Nur Amalina.
Sebelum ini, negara dikejutkan dengan pendedahan tentang Sufiah Yusuf, genius matematik yang menjadi pelacur selepas menghadapi masalah rumah tangga dan keciciran semasa menuntut di sebuah universiti.
P/s: Kalau benar gambar-gambar di atas ialah Nur Amalina yang sebelum ini manis menutup aurat, maka sudah pasti 1Malaysia terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya.
Yang pasti, masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.
nasihat juga kat mak dia
IQ mahasiswi ini NACB memang tidak boleh dipertikaikan. Syabas. Jadi idola ramai pelajar masa dulu dan pernah terima anugerah Maal Hijrah?
Tapi bila memperkatakan tentang EQnya.... teruk dan hancur........., tidak seimbang. Itulah padahnya bila ibubapa tidak memperdulikan tentang pembinaan EQ anak-anak. Bila anak IQnya baik dikatakan anaknya sempurna 'zahir dan bathin'.Sebenarnya tidak begitu. Emaknya walaupun sudah jelas etika pakaian serta pergaulannya bertentangan dengan budaya Melayu dan Islam masih mahu mempertahankannya. Emak ke benda ni.....Kita 'salute' Chef Wan marah hamun/lutu/ anaknya bila bersalah/tersilap dan Zizan pelawak minta maaf secara terbuka terhadap kata-katanya dalam filem "Hantu Bonceng". Emak NACB GPK1 sekolah menengah, sudah menghadiri banyak kursus - tak kanlah tak faham-faham lagi.Kalau emaknya minta maaf seawal-awal lagi perkara ini sudah selesai. Pembaca2 akan memaafkan macam Zizan pelawak.Satu soalan yang ditanya oleh ramai pembaca, belum dijawab hingga kini. "Bagaimana gambar anaknya yang mengepit mat salleh"?. Mungkin adik beradiknya yang duduk di Britain kut....?