Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label PBB. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 2 November 2015

Kumpulan Kerja PBB Desak Anwar Dibebaskan




Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara adalah tidak perlu dan mendesak beliau dibebaskan serta-merta.

Kumpulan itu menyifatkan perlucutan hak yang dihadapi Anwar dianggap arbitrari (sewenang-wenangnya) dengan mengambil kira kepada semua hal dalam kes itu.

"Pemenjaraan Anwar Ibrahim adalah arbitrari... mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, kumpulan kerja ini berpendapat bahawa (langkah) kerajaan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara Anwar Ibrahim dengan serta-merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan itu.

Pandangan kumpulan itu dibacakankan oleh MP Padang Serai N Surendran dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Kumpulan kerja itu adalah badan bawah Majlis Hak Asasi Manusia PBB, yang mana Malaysia sebelum ini menganggotainya pada 2006 hingga 2009 dan 2010 hingga 2013.

Surendran berkata Malaysia perlu mematuhi arahan tersebut dan Putrajaya berdepan risiko reputasi terjejas di peringat antarabangsa jika arahan tersebut diabaikan.

Sementara itu dalam kenyataan yang diedarkan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), beliau bersyukur dengan gesaan PBB supaya kerajaan membebaskan bapanya.

"Pendirian tegas sebegini bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar satu mesej yang jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kemerosotan hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan oleh dunia," kata Izzah.

Anwar dipenjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. -Malaysia Kini/2/11/15

, , ,

Jumaat, 18 Julai 2014

MH17: Ban Ki-Moon Mahu Satu Siasatan Penuh dan Telus oleh Pasukan Antarabangsa

Foto AFP

[Astro Awani] NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan satu sidang tergempar pada Jumaat bagi membincangkan insiden pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Mesyuarat 15 negara anggota yang dipengerusikan oleh Rwanda itu akan diadakan pada pukul 10.00 pagi waktu New York (1400 GMT).

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataannya mahu “satu siasatan penuh dan telus oleh pasukan antarabangsa” berhubung insiden itu.

Britain sebelum ini menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan satu pasukan siasatan diketuai oleh PBB ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu. -Agensi/18/7/14



, , ,

Jumaat, 11 Mei 2012

Kerajaan BN Tolak PBB Siasat Keganasan BERSIH 3.0


[KD] KUALA LUMPUR 10 Mei: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank William La Rue.

Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) itu, Nalini E, berkata ia membuktikan kerajaan Malaysia tidak ikhlas menganggotai PBB sebaliknya sekadar mencari populariti.

“Ini tanggungjawab sebagai anggota PBB. Kita mesti benarkan. Mereka sudah pasti pakar dalam bidang tersendiri. Jadi Malaysia tidak perlu takut.

“Kita mahu siasatan sewajarnya dijalankan PBB sebab pandangannya bebas dan seimbang,” katanya selepas sidang media NGO Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini semalam.

Sebelum ini, La Rue, seorang peguam dari Guatemala menawar diri bagi menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau yang pernah dicalon sebagai penerima Anugerah Keamanan Nobel dianggap paling sesuai kerana dapat memberi penilaian tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

Mengulas lanjut kepada Keadilan Daily, Nalini menyifatkan keengganan kerajaan itu hanya menyerlahkan kezaliman pentadbiran diktator Umno BN.

“Apa salahnya? Tapi kerajaan Malaysia tidak mahu ambil tanggungjawab untuk memastikan situasi hak asasi manusia dalam keadaan baik.

“Bermakna Malaysia tiada kesungguhan untuk pulihkan demokrasi. Kerajaan mahu mengekalkan undang-undang yang tidak menghormati hak asasi,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menyatakan tiada keperluan untuk orang luar menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Sebaliknya, kerajaan melantik bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengetuai panel ‘bebas’ bagi menyiasat keganasan polis yang pernah diterajuinya.


 P/s: Kalau pihak kerajaan tidak melakukan kesalahan, agensi kerajaan tidak terlibat dalam provokasi dan keganasan, mengapa Kerajaan BN takut dan tolak wakil PBB?

PBB bukan negara asing atau kuasa asing. Mengapa perlu takut?


Berkaitan:

Tolak PBB Bukti Umno Tiru Pemerintahan Kuku Besi Mugabe


[KD] KUALA LUMPUR 9 Mei: Keenggananan kerajaan Persekutuan membenarkan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0 membuktikan pentadbiran kuku besi Umno BN.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata, hanya negara yang mengamal pemerintahan kuku besi menolak pemerhatian institusi yang diiktiraf antarabangsa.

 

“Seperti Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe tidak membenarkan PBB melihat perjalanan demokrasi negara itu. Ia menyebabkan Zimbabwe terasing dari dunia.

“Pemerintahan junta tentera Myanmar juga menutup pintu dari pemerhatian antarabangsa. Begitu juga di Indonesia – Suharto, Filipina – Marcos dan negara Arab lain,” katanya kepada Keadilan Daily hari ini.

Mugabe terkenal sebagai pemerintah zalim yang sanggup membunuh dan menyeksa rakyat termasuk menembak mati pasangan suami isteri selepas membunuh anak lelaki mereka.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat kerana Malaysia mampu melakukannya.

Perhimpunan itu menarik perhatian La Rue kerana berpendapat peserta tidak agresif mahupun mengingkari arahan tetapi polis yang bertindak ganas.

Saifuddin menyifatkan keengganan Umno itu bertujuan menyembunyikan keganasan, menutup propaganda media kerajaan dan tuduhan mengguling kerajaan.

“Jika wakil PBB siasat, ia akan membongkar semuanya. Dunia akan tahu tiada usaha guling kerajaan, sebaliknya wujud keganasan dan bukti media arus perdana berat sebelah,” katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat berhimpun di jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan melaksana pilihan raya yang adil.

Bagaimanapun, himpunan itu dicemari keganasan polis – peserta termasuk orang tua, wanita dan wartawan cedera dibelasah.


, ,

Kerajaan BN Putar Belit, PBB Tidak Luluskan Penggunaan Gas Pemedih Mata Semasa BERSIH 3.0


[HD] KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam ‘meluluskan’ senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.

“PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan ‘CS Gas’ sebagai bahan pengawal rusuhan,” kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia.

Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

"Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat.

Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa.

“Kita di PBB menyeru agar para wartawan untuk menyelidik dan melaporkan secara betul dan tepat atas segala maklumat dan prosedur yang melibatkan PBB. Kita percaya bahawa professionalisme sebegini perlu juga ada pada pegawai awam,” kata Lin.

Sebanyak lebih 250,000 peserta telah menbanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lepas untuk menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 untuk menuntut penambah-baikan segera pada sistem pilihanraya negara.

Lebih 500 peserta telah ditahan, ramai yang tercedera termasuk polis dan wartawan.



P/s: Menipu, menipu, menipu! Seks, seks, seks!



, ,

Selasa, 12 Julai 2011

[PANAS] BERSIH 2.0: PBB Anggap Malaysia Perlekeh Demokrasi. Tahniah Najib!!!

 
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Julai — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah “mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.”

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis akan menggunakan rakaman video sebagai bukti untuk mendakwa di mahkamah pihak-pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak beasas terhadap pasukan keselamatan.

Meskipun polis telah mengatakan bahawa pihaknya sudah membebaskan kesemua 1,700 tahanan pada hari yang sama Sabtu lalu, PBB berkata tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj belum lagi dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

La Rue berkata tindakan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai gerakan haram tanpa bukti kukuh juga satu lagi halangan tidak munasabah ke atas hak sivil dan politik.

Bersih mendakwa telah dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 orang di ibu negara tetapi dinafikan oleh pihak polis.


P/s: Tahniah Regim BN



, , ,

Rabu, 6 Julai 2011

[Wajib Baca] Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Kecam Tindakan Regim BN Bertindak Melampau terhadap BERSIH!


Sumber: BERSIH


NOTA TAKLIMAT AKHBAR OHCHR – Malaysia

Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB Hak Asasi Manusia: Rupert Colville
Lokasi: Geneva 5 Julai 2011

Malaysia

OHCHR baru-baru ini telah menerima laporan-laporan satu tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk gangguan, ugutan, penangkapan dan ancaman-ancaman, mensasarkan ahli-ahli Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) dalam menuju satu demonstrasi aman yang dijadual pada Sabtu, 9 Julai. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sekurang-kurangnya 150 orang telah disaman, ditahan atau didakwa, termasuk sejumlah Ahli Parlimen pembangkang.

Pihak berkuasa turut dilaporkan menahan aktivis-aktivis hanya kerana memiliki  kemeja-t kuning dan risalah kempen BERSIH. Kami sangat bimbang tentang pelbagai langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara di Malaysia, termasuk tahanan pencegahan, dan keputusan kerajaan mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah organisasi yang menyalahi undang-undang.

Kami meminta pihak berkuasa membebaskan semua tahanan yang mempraktikkan kebebasan bersuara dengan cara aman. Kami juga menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah untuk memansuhkan undang-undang pencegahan, termasuk Emergency (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Ordinance 1969, seperti yang telah diminta oleh Working Group pada Arbitrary Detention.

Untuk maklumat lanjut atau temu bual, sila hubungi jurucakap Rupert Colville (+41 22 917 9767 atau rcolville@ohchr.org ) atau pegawai-pegawai akhbar: Ravina Shamdasani (+ 41 22 917 9310 atau rshamdasani@ohchr.org ) atau Xabier Celaya (+ 41 22 917 9383 atau xcelaya@ohchr.org ) - Terjemahan Manjung Mari dengan sedikit pengubahsuaian.


P/s: Tahniah Regim BN!


,

Selasa, 22 Jun 2010

PBB: "Polis Malaysia Kejam"

Jangan marah pak polisi! Saya hanya memetik berita di bawah ini daripada media Indonesia. Berita seumpama ini sememangnya tidak akan disiarkan oleh media Malaysia. Apa agaknya komen KPN dan Menteri KDN?
KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinilai kejam dalam menangani tersangka dan tahanan. Pendapat itu disampaikan Komisi HAM PBB yang meninjau kondisi para tahanan PDRM di Malaysia.

"Penyiksaan menjadi prosedur standar. Keterangan diperoleh dari tahanan yang ditemui tim PBB dalam kunjungan ke Malaysia," kata El Haji Malik Sow, Ketua Delegasi HAM PBB, Jumat (18/6/2010) di Kuala Lumpur.

Para tahanan yang disiksa terkait kasus subversif, terorisme, imigran gelap, dan pencari suaka. "Sebagian tahanan mengaku dipukuli, ditendang, ataupun disiram air kotor," El Haji Malik Sow menerangkan.

Beberapa tahanan ada yang dikurung dan dibiarkan kelaparan. Sebagian besar tahanan tidak diberikan kesempatan menghubungi keluarga atau pengacara.

Sejumlah oknum polisi terlibat dalam pembunuhan seorang fotomodel Mongolia yang dikabarkan memiliki kedekatan dengan petinggi Malaysia. Fotomodel itu ditembak mati.

Kasus yang diduga terkait pemberian suap dalam pembelian kapal selam Perancis yang dilakukan Pemerintah Malaysia beberapa tahun lalu itu kini menghilang dari pemberitaan.

Komisi HAM PBB, mengutip keterangan para tahanan, mengatakan, mereka lebih memilih berada di penjara daripada di dalam tahanan polis ataupun imigrasi Malaysia.

Komisi HAM PBB datang atas undangan Pemerintah Malaysia yang berusaha melakukan reformasi hukum.

Raja Azahar Abdul Manap, seorang pejabat senior Departemen Dalam Negeri Malaysia, mengatakan, pemerintah berusaha memperbaiki kondisi tahanan imigrasi. Namun, Raja juga menyalahkan pemerintah negara asal imigran gelap. (Reuters/AFP/ONG)

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH