Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan UMNO ke-66. Papar semua catatan

,

Rabu, 16 Mei 2012

Antara Dua Darjat, Perhimpunan BERSIH 3.0 dengan Perhimpunan UMNO Ke-66 (?)


Kredit: Dapmlk

P/s: Pihak berkuasa juga bertindak menuntup jalan untuk pelbagai acara lain termasuk sukan, acara rasmi negara seperti Hari Kebangsaan dan sebagainya. Mengapa pihak berkuasa tidak boleh menutup jalan untuk memberikan laluan kepada BERSIH 3.0 berhimpun seketika? 

Mudah, BERSIH ialah perhimpunan yang memecahkan tembelang sebenar pilihan raya di negara ini, BERSIH juga menjadi penanda aras sokongan rakyat berbilang kaum terhadap PR. Dari pelbagai segi, BERSIH tidak boleh dibenarkan demi kelangsungan hidup BN yang menanti hari untuk gugur!

 

,

Ahad, 13 Mei 2012

Tindakan Terdesak UMNO Jemput Mahasiswa ke Sambutan UMNO Ke-66 Dibidas

 
Kenyataan media oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011

Isu keterlibatan mahasiswa dalam politik kepartian khususnya di arena politik tanah air mendapat liputan yang sangat meluas, khususnya selepas isu penahanan empat orang pelajar UKM ketika kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangar sebelum ini.  Perbicaraan terhadap keempat-empat pelajar tersebut menyaksikan mereka memenangi kes di mahkamah, kerana berjaya mewujudkan keraguan terhadap Perkara 15 AUKU, dengan Perlembagaan Malaysia.

Kesinambungan daripada isu tersebut, mahasiswa mula menunjukkan kebangkitan untuk menuntut hak mereka, apabila mereka secara langsung dapat menyaksikan bahawa selama ini hak mereka dinafikan oleh suatu klausa di dalam AUKU, yang menyaksikan percanggahan antara AUKU dengan Perlembagaan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pada bulan Mac sehingga April yang lalu, perbahasan panjang mengenai perkara ini diparlimen telah berlangsung, yang menyaksikan akhirnya AUKU telah dipinda, dan halangan kepada mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik kepartian, akhirnya berjaya dipinda.

Perenggan 15 (2)(c) telah digugurkan yang mana sebelum ini melarang untuk mana-mana pelajar daripada bertanding bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan, atau kumpulan pelajar di dalam kampus, sekiranya memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah parti politik.

Perkara ini kemudiannya telah diluluskan dan dinyatakan dalam ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang tersebut oleh Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen baru-baru ini.

Namun, demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan Universiti kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus tetap dikekalkan. Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan politik kepartian di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk ke dalam kawasan kampus universiti.

Namun, pihak PMUKM agak terkejut, kerana setelah undang-undang ini digazetkan, ia seolah-olah dipandang enteng dan diambil mudah oleh sesetengah pihak berkaitan isu ini.  Hal ini kerana, bertarikh 8 Mei 2012, PMUKM telah menerima jemputan rasmi daripada UMNO Malaysia, yang dinamakan kepada EXCO MPP PMUKM untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari UMNO ke-66 pada 11 Mei 2012 (Jumaat), pada jam 7:00 petang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Perkara ini dipandang dengan serius, kerana tindakan terbuka UMNO Malaysia ini dilihat dengan angkuhnya menghina Perlembagaan Malaysia, kerana melakukan tindakan yang membelakangi perlembagaan yang telah disahkan di Parlimen.  Seperti yang dinyatakan di atas, tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik untuk masuk ke dalam mana-mana kampus, masih dikekalkan.

Timbul sedikit persoalan dari pihak kami berkenaan surat jemputan ini, adakah pindaan undang-undang AUKU ini hanya sekadar kosmetik untuk menarik sokongan anak muda, atau ada agenda tertentu, khususnya menjelang pilihanraya umum yang akan berlansung hanya beberapa ketika daripada sekarang.  Maka untuk mengukuhkan dakwaan ini, kami lampirkan bersama bukti surat jemputan tersebut di sini.

Justeru, kami memohon agar pihak Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya, dan seluruh universiti di Malaysia amnya untuk tidak bersikap sambil lewa dan hanya memandang sebelah mata, apabila sesuatu isu itu berkaitan dengan pihak tertentu, akan tetapi cepat melatah apabila isu atau perkara yang datang daripada pihak yang lain.  Maka dalam kondisi meraikan tuntutan mahasiswa untuk menyuarakan hak, janganlah ianya dicemari dengan tindakan kotor pihak tertentu, yang menghalalkan segala apa yang mereka inginkan tanpa mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Selaku wakil kepada mahasiswa Univeristi Kebangsaan Malaysia, PMUKM menyatakan pendirian untuk tidak terlibat samada menghadiri atau menyatakan sokongan kepada Sambutan Hari UMNO ke-66 ini, kerana jemputan yang diberikan ini jelas menunjukkan wujudnya tindakan langsung daripada pihak UMNO, iaitu parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus dengan sesuka hati, tanpa mempedulikan kedaulatan Perlembagaan Malaysia yang menegah tindakan tidak beretika ini.

Andai ada pihak yang ingin menghadiri program ini atas kapasiti peribadi, itu adalah keputusan individu dan masih selari dengan apa yang diperuntukkan di bawah perkara 15 AUKU, namun apabila adanya jemputan secara rasmi daripada pihak UMNO kepada EXCO MPP PMUKM, ini jelas bercanggah dengan AUKU, dan mencemarkan reputasi UKM sebagai sebuah lubuk ilmu yang bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik luar.

Sebagai kesimpulan, kami mendesak respon segera daripada Pihak Pentadbiran UKM, khususnya Naib Canselor UKM dan Menteri Pengajian Tinggi, berkaitan isu ini, demi membersihkan imej UKM daripada sebarang pengaruh anasir kotor daripada parti politik luar.  Andai perkara ini terus didiamkan dan tindakan membisu daripada pihak yang bertanggungjawab, maka jelas, pindaan AUKU dan segala bentuk perkara yang berlaku sebelum ini adalah sekadar retorik politik, yang penuh dengan kepalsuan dan tipu daya.

Mohon reaksi segera daripada pihak yang berkaitan.


Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi
Presiden Persatuan Mahasiswa

Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011.


P/s: Kantoi! 
DCM ada sentuh di sini.



 

, ,

Sabtu, 12 Mei 2012

[Gambar] 100 Ribu Hadiri Sambutan UMNO Ke-66? 66 Tahun? Siapa yang Hadir Semalam?


Perhimpunan Raksasa UMNO Ke-66? UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988, UMNO baharu didaftarkan pada 13 Februari 1988. Bolehkah usia UMNO dikira 66 tahun? Bukahkah usia UMNO hari ini perlu dikira mulai tahun 1988?

Cuba lihat pula jumlah kehadiran yang diuar-uarkan oleh media UMNO. Kata mereka 100 ribu, sedangkan Stadium Bukit Jalil hanya mampu memuatkan 80 ribu orang pada satu-satu masa. Hujah mereka gelombang merah semalam memenuhi ruang padang. Cuba lihat gambar di bawah ini. Cuba lihat ruang di belakang pentas. Cuba lihat lompong yang kelihatan dalam gambar.

Perhatikan gambar ini.
Seperkara lagi, kerusi berwarna MERAH di Stadium Bukit Jalil benar-benar menyelamatkan dakwaan kehadiran perhimpunan semalam. Kalau dilihat dari jauh, memang nampak stadium itu dipenuhi orang. Namun, cuba lihat di kawasan stadium yang kerusinya berwarna KUNING.

Adakah ribuan orang yang menghadiri perhimpunan semalam ahli UMNO tulen? Berapa keratkah yang benar-benar ikhlas hadir atas nama UMNO? Berapa keratkah yang datang ke sana menggunakan tambang dan belanja sendiri? Najib dan UMNO boleh berbangga dengan jumlah yang didakwa mereka di media. Namun, bolehkah mereka menipu diri sendiri?

Di bawah ini ada beberapa gambar yang dipetik daripada FB. Gambar yang berupa jemputan, habuan yang didakwa ditujukan kepada pelajar IPT untuk menghadiri perhimpunan UMNO.


Belum lagi dikira jumlah kakitangan awam, pasukan beruniform yang dikerah ke perhimpunan itu. Mungkin juga ada bas yang mengangkut warga emas dari rumah orang tua, atau mungkin ada juga warga asing diberi baju merah pada malam itu. Jika Patriot pernah mengagihkan baju merah kepada warga asing semasa BERSIH 2.0, tidak mustahil hal yang sama berlaku semalam.


Dengan elaun, duit belanja, baju T-Shirt percuma, janganlah Najib dan geng samakan perhimpunan UMNO semalam dengan BERSIH 3.0 yang mencecah 300 ribu orang. Tiada kerusi KUNING di jalan raya. Tiada elaun makan, tiada duit tambang. Kalau ada yang diberi tambang, berapa kerat sahaja yang menerimanya.

Dengan siraman air gatal, tembakan gas pemedih mata yang turut menyesak dada, kejayaan BERSIH mengumpulkan rakyat yang datang dari serata pelosok negara amat-amat membanggakan dan sudah pasti amat jauh berbza jika mahu dibandingkan dengan perhimpunan UMNO ke-24 oppss ke-66.


Kalau sudah yakin boleh menang, Najib tidak perlu mengeluarkan kenyataan psiko 'Rasa-rasa hendak hadap Agong esok'.Tidak perlu tunggu 14 Mei atau 15 Mei. Malam tadi juga sudah wajar diuar-uarkan kepada dunia bahawa Malaysia akan menghadapi PRU13 dalam masa terdekat. BN sudah yakin dapat merampas kesemua negeri yang dirampas PR, BN sudah bersedia merampas kerusi Parlimen yang dijajah PR dalam PRU12 -DCM


P/s: Khabar terbaharu PRU 13 dijangka diadakan pada bulan Julai, bukan Jun. Jika benar, apa sudah jadi dengan keyakinan Najib?


Kemas Kini:

100 ribu? 60 ribu? 40 ribu? 20 ribu? 10 ribu? 5 ribu?
Perhatikan kerusi yang kosong. Ingat stadium ini hanya boleh memuatkan 80 ribu orang.




Kredit kepada empunya gambar.

Cuba lihat gambar ini pula:



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH