Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Skandal Pembunuhan Hussein Ahmad Najadi. Papar semua catatan

, , , ,

Khamis, 9 Julai 2015

Jangan Sebar Berita Tidak Sahih mengenai 1MDB - SKMM



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan gambar-gambar yang diubahsuai, berita-berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi mengenai siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penyebaran itu termasuk menerusi semua platform laman sosial termasuk aplikasi pesanan WhatsApp.

"Adalah menjadi satu kesalahan bila berkongsi atau menyebarkan perkara-perkara atau kandungan sedmikian kerana ia mungkin melanggar undang-undang khususnya Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan atau tidak lebih satu tahun penjara," kata kenyataan itu.

Pada Rabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Hussein menggesa semua pihak tidak memperbesarkan isu tuduhan The Wall Street Journal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyerahkan kepada pasukan petugas khas melakukan siasatan mereka.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO yakin isu itu dapat diselesaikan dengan segera kerana pasukan itu dianggotai di kalangan individu berkaliber.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga menyatakan kes pembunuhan pengasas Kumpulan Arab Malaysian Banking (kini AmBank), Hussain Ahmad Najadi tiada kena-mengena dengan siasatan yang dilakukan ke atas 1MDB. -Astro Awani/9/7/15


, ,

Penafian Tiada Kaitan Kes Najadi, 1MDB Ditolak - Anak Pengasas Ambank


Anak kepada Hussein Ahmad Najadi hari ini menolak penjelasan polis bahawa kes pembunuhan pengasas AmBank itu tiada kaitan dengan isu sekitar 1MDB.

“Macam mana mereka boleh kata macam itu sedangkan tiada siasatan,” soal Pascal di Facebook yang ditulis daripada Saint Petersburg, Russia. -Malaysia Kini/9/7/15

, ,

Rabu, 8 Julai 2015

Pascal Bercakap tentang Pembunuhan Bapanya, Pengasas Ambank



Pascal Najadi percaya ada banyak lagi yang berkaitan dengan pembunuhan bapanya yang juga pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, dan mendakwa dalang di sebalik pembunuhan itu dibiarkan melarikan diri.



Pascal (gambar), dalam satu temu bual dengan Sarawak Report yang disiarkan hari ini, berkata walaupun penembak bapanya ditangkap tetapi mendakwa dalang pembunuhan itu dibiar melarikan diri.

Pascal (gambar) juga menolak spekulasi bahawa bapanya dibunuh kerana membantu sebuah kuil menghalang tanahnya diambil untuk pembangunan.

"Beliau tiada kaitan dengan kuil itu. Mengapa bunuh seseorang kerana sebab itu?" Pascal dipetik sebagai berkata.

Sebaliknya, Pascal percaya bahawa kematian bapanya ada berkaitan dengan rasuah dan pelakunya yang telah lari meninggal negara ini.

"Saya tidak ada penjelasan atas pembunuhannya kecuali rasuah di bank dan dalang dibiarkan melarikan diri melalui Sydney," Pascal dipetik sebagai berkata.

Pascal mendakwa bahawa pihak Malaysia tidak membuat susulan melalui Interpol.

"Dia rakyat Malaysia, dia menaiki penerbangan ke Sydney walaupun dia menjadi suspeknya," Pascal dipetik sebagai berkata.

Pihak Australia, dakwanya, menyusuli dalang itu ke Shanghai, tetapi mendakwa Malaysia tidak mencarinya.

Hussain ditembak mati pada 29 Julai 2013 pada jarak dekat di tempat letak kereta selepas meninggalkan sebuah kuil Cina di Lorong Ceylon. -Malaysia Kini/8/7/15

Baca temu ramah Sarawak Report dengan Pascal di sini.

Berkaitan:

Pembunuhan Pengasas AmBank Tiada Kaitan 1MDB - KPN

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013 tidak mempunyai kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau yang menafikan dakwaan itu berkata, ia disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan susulan itu pihaknya menyiasat perkara tersebut.

"Satu fitnah. Ia (kes pembunuhan Hussein) tak ada kaitan dengan 1MDB, tak benar sama sekali," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Op Selamat 7)2015 di sini, Rabu.

Berikutan dakwaan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Selasa menggesa Khalid supaya membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank itu.


"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Najib menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadinya. -Mstar/8/7/15


, , , ,

Buka Semula Kes Bunuh Pengasas AmBank - Lim Kit Siang


Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengesa pihak polis membuka semula kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi.

Lim, anggota parlimen Gelang Patah, berkata perkara itu bagi memastikan kematian Hussein tiada kaitan dengan skandal 1MDB.

Beliau membuat gesaan itu selepas pasukan khas menyiasat dakwaan penyaluran wang 1MDB ke akaun perdana menteri dilapor membekukan enam akaun berkaitan siasatan itu.

“Saya gesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula siasatan terhadap kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi yang dibunuh mati di siang hari di tengah-tengah Kuala Lumpur di Lorong Ceylon di Bukit Bintang pada July 29, 2013, untuk menentukan sama ada pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan 1MDB,” kata Lim.

Hussein didakwa dibunuh empat bulan selepas transaksi dikatakan ke akaun Najib dibuat.

Tanore Finance Corp dilapor memindahkan AS$619,999,988 dan AS$60,999,988 ke dalam akaun bank didakwa milik Najib pada 21 dan 25 Mac.

Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah.

Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh pengasas Najadi. -Malaysia Kini/8/7/15

Berkaitan:

Pembunuhan Pengasas AmBank Tiada Kaitan 1MDB - KPN

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013 tidak mempunyai kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau yang menafikan dakwaan itu berkata, ia disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan susulan itu pihaknya menyiasat perkara tersebut.

"Satu fitnah. Ia (kes pembunuhan Hussein) tak ada kaitan dengan 1MDB, tak benar sama sekali," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Op Selamat 7)2015 di sini, Rabu.

Berikutan dakwaan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Selasa menggesa Khalid supaya membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank itu.


"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Najib menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadinya. -Mstar/8/7/15

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH