Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label The Edge. Papar semua catatan

, , ,

Isnin, 27 Julai 2015

[Video] Skandal 1MDB: 'Saya baca The Edge dan ditegur' - Muhyiddin Yassin




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada seorang pun yang boleh beri penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam Kabinet.

Timbalan presiden Umno itu juga berkata beliau perlu mendapat maklumat daripada media termasuk akhbar minggu perniagaanThe Edge Financial Weekly yang kini digantung penerbitannya, tetapi ditegur oleh rakan-rakan dalam Kabinet.

Malah, katanya, beliau bertanyakan kepada ahli ekonomi dan ahli parniagaan untuk memahaminya dan turut membaca The Edgeuntuk memahami isu itu.

"Saya ditegur dalam kabinet: 'Oh (maklumat) itu datang dari The Edge. Ia tidak benar'," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah diberitahu tentang apa perkara yang sebenarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan panjang lebarnya dalam majlis penutupan Mesyuarat Agung Umno Cheras malam tadi.

Menurutnya lagi, kritikan beliau berhubung isu 1MDB bukan satu cubaan untuk mendapatkan kuasa tetapi satu usaha yang tulen untuk menyelesaikan masalah parti. [Baca berita penuh/asal]

'Pernah nasihatkan PM'

Muhyiddin juga memberitahu akar umbi parti itu bahawa beliau telah menasihati Najib berhubung kontroversi 1MDB.

Katanya, beliau telah beberapa kali menasihati Najib mengenai perkara itu.

Katanya, beliau memberitahu PM mengapa tidak lepaskan jawatannya sebagai pengerusi lembaga penasihat (1MDB) kerana beliau (Najib) akan dilihat seolah-olah terlibat.

"Tapi beliau tidak bersetuju," kata Muhyiddin.

"Saya cuba untuk membantu [...] Tapi tak apalah. Saya anggap itu adalah hak beliau," tambahnya. [Baca berita penuh/asal] -Malaysia Kini/27/7/15





, , , ,

Sabtu, 25 Julai 2015

[Video] Penggantungan Permit: The Edge Akan Ambil Tindakan Undang-undang



KUALA LUMPUR: Kumpulan Media The Edge akan berusaha untuk menarik balik status penggantungan dua penerbitannya The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily dengan mengunakan saluran undang-undang termasuk dengan membawa kes itu ke mahkamah.

Tindakan itu diambil susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggantung permit kedua-dua penerbitan itu untuk tempoh tiga bulan berkuatkuasa dari 27 Julai ini.

“The Edge akan membawa kes itu ke mahkamah untuk menarik balik penggantungan tersebut,” kata ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat dalam satu kenyataan hari ini.

Di dalam kenyataan yang sama, The Edge memaklumkan bahawa KDN, menerusi sepucuk surat, telah menyatakan laporan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh kedua-dua penerbitan tersebut ‘memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menimbulkan keresahan umum atau mungkin memudaratkan kepentingan awam dan negara.’

KDN turut memberi amaran bahawa sekiranya ia gagal untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan, ia akan menyebabkan permit penerbitannya ditarik balik.

Melalui kenyataan yang sama, Ho berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.

"Kami tidak melihat bagaimana mendedahkan kes penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion Ringgit boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang menjejaskan kepentingan awam dan negara.

“Ini adalah satu usaha untuk menutup operasi kami dengan menutup mulut kami," katanya lagi. -Awani/24/7/15

Berkaitan:

Penggantungan The Edge Langgar Kebebasan Akhbar - Kesatuan

KUALA LUMPUR: Penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan adalah bertentangan dengan kebebasan akhbar, kata Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Schave Jerome De Rozario.

Keputusan itu tidak adil kerana sudah menjadi tanggungjawab media untuk melaporkan berita, katanya.

Ketika dihubungi, De Rozario berkata media tidak hanya akan menerbitkan sesuatu 'gosip terang-terangan'.

Katanya, 1MDB masih lagi menjadi isu berterusan jadi adalah sesuatu yang tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap penerbitan itu.

De Rozario berkata NUJ juga mengambil berat tentang kebajikan wartawan dan mereka yang lain yang terlibat dengan penggantungan tiga bulan itu.

"Kami dapat menyelami hati dan perasaan mereka."

Bagaimanapun, beliau berkata tidak banyak yang dapat dilakukan kesatuan itu kerana tiada seorang pun daripada mereka adalah anggota NUJ.

Editor The Star Media Group Leanne Goh berkata penggantungan itu menimbulkan kebimbangan pada masa perlunya wujud kebebasan akhbar.

Beliau berkata The Star telah melalui pengalaman yang sama pada tahun 1987 apabila ia telah ditutup selama lima bulan.

"Dalam zaman berita dalam talian dan media sosial, adalah sukar untuk melihat bagaimana penggantungan itu akan menjadi berkesan," katanya.

Ketua Editor Sin Chew Daily Pook Ah Lek berkata Kementerian Dalam Negeri sepatutnya mengambil langkah lain untuk menangani perkara itu.

"Tindakan undang-undang atau saman sivil boleh diambil," kata beliau sambil menambah penggantungan itu juga akan memberi kesan kepada vendor, pengiklan dan pembekal.

Beberapa kumpulan hak asasi juga mempersoalkan penggantungan itu, dengan Amnesty International Malaysia mendakwa bahawa terdapat corak baharu muncul dengan mengawal ketat kebebasan media.

"Tugas-tugas pertubuhan-pertubuhan berita ini tetap menjadi teras kepada peranan media dalam mana-mana demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.

Lawyers for Liberty berkata kementerian perlu menarik balik penggantungan itu dan membenarkan kuasa-kuasa awam dan pasaran membuat keputusan sama ada liputan berita itu boleh dipercayai atau sebaliknya.

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menyifatkannya sebagai langkah terdesak yang bertentangan dengan kebebasan bersuara.

CIJ berkata, ia akan membawa kepada lebih banyak persoalan mengenai pengurusan 1MDB.

Katanya adalah menjadi kepentingan untuk orang ramai dan kerajaan memastikan bahawa tadbir urus dan pengurusan 1MDB telus dan bertanggungjawab. -Mstar/25/7/15

, , ,

[Video] Tiga Sebab Permit The Edge Digantung - KDN



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan 'The Edge Malaysia' dan 'The Edge Financial Daily' untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.

Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.

"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.

Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya. -Bernama/25/7/15


P/s: Adakah wajar digantung terus sedangkan laporan itu disertakan bukti? Buatlah macam mana pun, ramai rakyat Malaysia menyedari isu di balik penggantungan ini.

Bila PM nak saman WSJ/Dow Jones/The Edge?Sarawak Report dan media asing yang lain?



Reaksi Nazir Razak:

Reaksi Nazir Razak terhadap penggantungan permit The Edge

Dalam posting terbaru di laman Instagram, beliau berkata akhbar tersebut berperanan besar sebagai tunjang menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan. - Foto Instagram Nazir Razak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menyifatkan akhbar The Edge Financial dan The Edge Weekly yang digantung permit penerbitannya buat sementara oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat, berperanan besar sebagai tunjang menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan.

"The Edge adalah tunjang kepada komuniti perniagaan - peranan dalam memastikan kami mendapat maklumat, jujur dan kompetitif," kata Nazir dalam posting terbaru di laman Instagram.

Tambahnya, liputan akhbar berkenaan mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah luar biasa namun jika terdapat kesilapan, pihak terlibat perlu memperbetulkannya atau mengambil tindakan undang-undang.


Nazir mengulas penggantungan permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial selama tiga bulan oleh KDN.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan penggantungan tersebut dibuat kerana penerbitan akhbar itu mempunyai motif-motif tertentu. -Awani/25/7/15


, , ,

Jumaat, 24 Julai 2015

Akhbar Mingguan, Harian The Edge Digantung Mulai 27 Julai



Kementerian Dalam Negeri menyatakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan 2 akhbar itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.

Akhbar perniagaan mingguan dan harian The Edge dan The Edge Financial Daily digantung bermula Isnin depan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata penerbit hari ini.

Penerbit berkata, menerusi surat yang dikirimkan, KDN menyatakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan 2 akhbar itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Gagal menghentikan penerbitan selama 3 bulan akan menyebabkan pembatalan permit penerbitan," kata KDN dalam surat tersebut. – The Malaysian Insider/24 Julai, 2015.


P/s: Keselamatan negara atau siapa?

Berkaitan:

KDN gantung permit penerbitan The Edge

The Edge Media Group mengumumkan, Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan untuk dua akhbar terbitannya, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Satu kenyataan kumpulan media itu menyebut, penggantungan itu berkuat kuasa selama tiga bulan bermula 27 Julai.

KDN bertindak demikian berdasarkan laporannya berhubung 1MDB yang didakwa bersifat “memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan pendapat umum atau mungkin memudaratkan orang awam atau kepentingan awam”.

KDN akan menarik balik permit berkenaan sekiranya The Edge Media Group tidak menghentikan penerbitan akhbar tersebut dalam tempoh itu, kata syarikat itu.

Arahan tersebut diterima melalui satu surat KDN.

Ketua pegawai eksekutifnya Ho Kay Tat berkata syarikat penerbitan itu akan mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan penggantungan permit berkenaan.

Penggantungan permit itu hanyalah satu usaha untuk “menutup (The Edge) bagi menutup mulut kami” kata Ho yang mempunyai kira-kira 350 orang kakitangan untuk operasinya di Malaysia.

Beliau turut menangkis tuduhan KDN bahawa laporan The Edge berhubung 1MDB boleh memudaratkan keselamatan awam.

“Kami tidak nampak bagaimana pendedahan komplot untuk menipu berbilion ringgi daripada rakyat Malaysia boleh dianggap menjejaskan kepentingan awam dan negara,” kata Ho.

Dengan penggantungan akhbarnya, Ho berharap para pembaca dan pengiklannya dapat terus menyokong penerbitan dalam talian The Edge.

Pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung kegiatan "menjejaskan demokrasi berparlimen" ekoran laporan mengenai 1MDB. -Malaysia Kini/24/7/15


, , ,

Benar, Kami Perdaya Bayar Justo Dapatkan Bukti Penipuan AS$1.83 Bilion



Kami merujuk kepada berita akhbar Singapura, Straits Times (ST) hari ini (24 Julai) di mana Andre Xavier Justo menuduh kami tidak membayar kepadanya apa yang dipersetujui bagi maklumat diberi berhubung skandal usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi.

Pertama, kami mengatakan wartawan ST pasti mempunyai hubungan "kuat" sehingga diberi akses kepada Justo di penjara Bangkok, sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang kini berada di Bangkok, setakat ini tidak menerima akses kepada Justo.

Kami tertanya-tanya kemungkinan wujudnya pihak tertentu yang berkuasa mengatur Nirrmal Ghosh daripada ST menemui Justo supaya beliau boleh melancarkan serangan ke atas kami?

Justo jelas adalah seorang lelaki marah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa.

Bagi tuduhan Justo kami memberitahunya untuk mengubah dokumen dan objektif kami menjatuhkan kerajaan, sesungguhnya jika kami mempunyai niat sedemikian, kami tidak akan memberitahu kepada orang yang baharu pertama kali ditemui.

Apatah lagi jika kami tahu beliau akan marah kerana kami tidak membayar sebagaimana diingini.

Tiada pengubahsuaian kerana kami segera melakukan “digital finger print” cakera padat yang mengandungi lebih 400,000 emel dan dokumen dan melindunginya.

Apa yang terkandung dalam cakera yang kami beri kepada Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini adalah salinan asal yang diserahkan Justo kepada kami dan beliau berkata tidak melakukan sebarang ubah suai.

Tambahan pula, jejak wang yang kami berjaya kesan dan serahkan kepada penyiasat menunjukkan bagaimana wang daripada 1MDB dipindahkan ke dalam akaun pelbagai individu di beberapa bank-bank global di beberapa negara dengan mudah dan boleh disahkan penyelidik dengan bantuan rakan-rakan mereka di negara ini.

Justo disifatkan seorang lelaki yang kecewa. Tetapi ia bukan mengenai Justo, ia mengenai kita.

Ia skim menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion melalui usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Hakikat banyak agensi kerajaan sedang menyiasat 1MDB dan kini sebuah syarikat hampir bankrap perlu diselamatkan mengesahkan semua kerja The Edge Media Group lakukan untuk mendedahkan apa yang berlaku.

Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.

* Tong Kooi Ong adalah pengerusi The Edge Media Group dan Ho Kay Tat adalah penerbit. The Malaysian Insider adalah sebahagian daripada kumpulan The Edge Media Group. – TMI/24 Julai, 2015.

, , , ,

Rabu, 22 Julai 2015

Skandal 1MDB: Kami Tidak Boleh Diamkan Bukti Penipuan Berbilion Ringgit


Penerbit & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Media Group Ho Kay Tat berkata adalah menjadi kewajipan untuk membongkar kebenaran selepas pendedahan dokumen berkaitan dengan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Julai, 2015. 

The Edge melaporkan dengan meluas mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2013 dan 2014 ketika entiti milik kerajaan itu dilihat mula berdepan masalah kewangan.

Maklumat yang ada, bagaimanapun, sukar didapati dan terhad kerana laporan audit kewangan tahunannya selalunya lewat.

Wartawan kami menemui pelbagai kenalan dan menyelidik apa sahaja maklumat yang ada dalam usaha mencari kebenaran.

Pada awal tahun ini, kami diberitahu, seseorang bersedia untuk berkongsi maklumat yang akan memberi penerangan tentang usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International. 

Kami tidak diberitahu siapa dirinya sebelum mengadakan pertemuan dengannya.

Individu ini, yang kami tidak akan namakan, menunjukkan kepada kami ribuan e-mel dan lampiran dokumen.

Kami membaca kesemuanya dan yakin akan ketulenannya kerana jumlahnya yang besar dan rangkaian emel yang ada.

Kami kemudiannya menemukan seorang pakar forensik IT yang mengesahkan tidak ada sebab untuk berasa bimbang kiranya dokumen itu mungkin palsu.

Apa yang kami baca mengejutkan kami. Apa yang sepatutnya merupakan satu usaha sama yang membawa manfaat ekonomi kepada negara tidak lebih hanya sekadar satu skim penipuan berbilion ringgit dari Malaysia oleh segelintir kecil rakyat Malaysia dan rakan warga asing mereka.

Pada ketika itu, kami boleh melakukan salah satu daripada dua perkara:

1) Tinggalkan sahaja perkara yang boleh mengundang kontroversi itu dan lupakan, atau

2) Cari segala maklumat yang ada supaya kebenaran dapat didedahkan.

Kami mengambil keputusan untuk mencari kebenaran.

Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, mereka yang mempunyai maklumat yang boleh membawa kepada kebenaran mesti bersuara dan tidak memalingkan pandangan ke arah lain. Tidak melaporkan perbuatan salah ialah satu jenayah.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata mereka ingin mendapatkan kebenaran.

Sebagai sebuah kumpulan media, kami percaya kami perlu memenuhi tanggungjawab awam, tidak kira betapa sukar dan bahayanya ia boleh jadi untuk kami.

Bertemu kenalan untuk mengumpul maklumat adalah apa yang dilakukan profesional media setiap masa dalam mengejar sesuatu bahan cerita. Tidak ada yang salah atau jahat.

Kami tidak terlibat dalam kecurian, kami tidak membayar sesiapa, dan kami tidak mengubahsuai sebarang emel dan dokumen yang diberi kepada kami.

Malah, kami melindungi data yang ada supaya tiada siapa yang boleh mengusiknya. Ini boleh disahkan secara bebas oleh pihak berkuasa.

Ada antara maklumat itu yang kami gunakan dalam artikel yang kami siarkan dalam beberapa bulan lepas. Ada yang terlalu sensitif untuk digunakan. Tiada satu pun artikel kami dicabar kesahihannya oleh sesiapa yang dinamakan dalam berita itu.

Malah, kami percaya artikel kami membantu pelbagai agensi kerajaan dalam melihat kepada isu 1MDB.

Kami tidak ada agenda politik atau konspirasi dalam apa yang kami lakukan. Malah, kami terlibat dengan pelbagai ahli politik dan pegawai kerajaan yang meminta bantuan kami bagi memahami lebih baik apa yang terjadi dan bagaimana keadaan 1MDB hari ini.

Perkara yang paling mudah kami boleh lakukan selepas menemui apa yang kami dapati ialah, tinggalkan semuanya. Mengapa hendak mencari masalah? Tetapi kami tidak boleh berbuat demikian.

Kami pilih mengambil jalan yang sukar, jalan yang kami tahu akan penuh dengan risiko kepada diri sendiri dan kepada organisasi kami, yang kini berdepan kemungkinan diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Pada hari Isnin, kami menyerahkan dokumen, e-mel yang dicetak dan sebuah cakera padat kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Hari ini, set yang sama diberikan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis. Saya juga turut memberi kenyataan kepada JSJK.

Kami rasa lega apabila pelbagai pihak yang menyiasat, ketua audit negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, BNM, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan peguam negara memberikan komitmen mereka untuk mendedahkan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Ia sememangnya menjadi tanggungjawab dan kewajipan mereka kepada rakyat Malaysia untuk melakukan demikian. Seperti mana juga menjadi tanggungjawab kami meneruskan pendedahan berita ini.

Ho Kay Tat 

Penerbit & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 

The Edge Media Group – The Malaysian Insider/21 Julai, 2015.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH