Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Trigana Air Service. Papar semua catatan

,

Rabu, 19 Ogos 2015

Pesawat Trigana Air Hancur, Penumpang Maut




Bangkai pesawat Trigana Air ditemui dalam keadaan hancur akibat terhempas di kawasan Gunung Tangok, daerah Okbape, wilayah Pegunungan Bintang di Papua, tengah hari tadi.

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) turut menemui kesemua 54 penumpang termasuk lima kru pesawat komersial itu yang dilaporkan maut dalam nahas berkenaan.

Media-media tempatan memetik Timbalan Bidang Operasi SAR Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Heronimus Guru sebagai berkata pasukannya sedang berusaha membawa keluar semua jenazah terbabit dari hutan bukit di kawasan pendalaman itu.

Pesawat itu ditemui dalam keadaan hancur dipercayai akibat merempuh Gunung Tangok itu.

Katanya kotak hitam pesawat itu telah ditemui di kawasan kejadian dan ia akan diserahkan segera kepada Komisi Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT).

Pesawat jenis ATR42 itu yang berlepas dari Bandara Sentani di Jayapura itu sepatutnya mendarat di lapangan terbang Oksibil, Wilayah Pegunungan Bintang pada pukul 3 petang Ahad lepas tetapi disahkan hilang apabila tidak mendarat dan gagal dihubungi.

Sementara itu, Ketua Basarnas FHD Soelistyo pula dipetik sebagai berkata, kesemua jenazah yang ditemui tidak utuh tetapi masih boleh dikenal pasti.

"Kesimpulannya, penumpang dan kru sudah ditemukan dan sekarang tinggal proses evakuasi dari lokasi kejadian ke Oksibil atau Jayapura, tergantung pada penerbangan," katanya.

Katanya, Basarnas juga sedang berusaha mencari wang tunai Rp 6.5 miliar (hampir RM2 juta) yang dibawa oleh empat pegawai syarikat Pos Indonesia dalam pesawat berkenaan.

"Wang itu adalah dana Program Simpanan Keluarga Sejahtera (PSKS) untuk warga di Papua dan sampai saat ini wang milik Kementerian Sosial itu masih belum ditemui," kata beliau.

Bagaimanapun, Menteri Sosial, Khofifah Indar Parawansa berkata dana PSKS yang dibawa oleh petugas Pos Indonesia itu telah diinsuranskan.

Katanya, wang itu dibawa petugas PT Pos Indonesia dalam pesawat berkenaan untuk diagihkan kepada warga wilayah Pegunungan Bintang, Papua.

Beliau berkata peruntukan PSKS itu telah dikirimkan sejak 1 April 2015 dan mekanisme agihannya ditentukan syarikat Pos berkenaan yang dilantik sebagai penyalur dana.

"Ada yang dimasukkan menerusi perkhidmatan pos, ada yang disalurkan langsung, ada juga yang dibawa tunai. Kebetulan untuk wilayah Pegunungan Bintang wang itu dibawa tunai," kata beliau.

Beliau berkata, agihan peruntukan itu mengambil masa yang agak lama bagi kawasan-kawasan terpencil, pedalaman dan terluar dari hubungan darat.

Pesawat itu membawa 49 penumpang dan kesemuanya adalah rakyat tempatan iaitu 44 dewasa termasuk empat petugas Pos Indonesia, dua kanak-kanak dan tiga bayi.

Lima anak kapal terbabit ialah juruterbang yang dikenali sebagai Hasanudin, pembantunya Ariadin, juruteknik Mario, dan dua pramugari yang dikenali sebagai Ika dan Dita.- Bernama/18/8/15


, ,

Isnin, 17 Ogos 2015

Peluang Penumpang Trigana Air Service Selamat Amat Tipis



Jakarta: Bentuk muka bumi pergunungan serta hutan tebal menyukarkan anggota pasukan penyelamat memasuki kawasan pesawat ATR42-300 milik Trigana Air Service yang terhempas dalam hutan di timur Papua.

Berita mengenai nasib 54 penumpang serta lima anak kapal pesawat itu kini bergantung kepada anggota pasukan penyelamat yang mendaki gunung itu sejak petang tadi.

Pengarah Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia Mejar Jeneral Heronimus Guru berkata, jika pesawat itu merempuh gunung sukar untuk ada mangsa yang terselamat.

“Namun, siapa tahu. Kita tunggu,” katanya.

Sebaik tiba ke lokasi pesawat terhempas, pasukan penyelamat darat perlu membina tapak pendaratan helikopter. Operasi menyelamat itu dihentikan lewat petang semalam, dan akan disambung jam 6.30 pagi esok. - Reuters/Harian Metro/17/8/15


Gambar daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia menunjukkan lokasi pesawat pesawat ATR42-300 milik Trigana Air Service yang terhempas di kawasan pergunungan Papua. - Foto Reuters

Berkaitan:

Pesawat Terhempas Bawa Wang Tunai Hampir AS$500,000

JAKARTA: Pesawat penumpang Indonesia dengan 54 penumpang yang terhempas di wilayah Papua telah membawa wang tunai bernilai kira-kira AS$470,000 untuk kampung-kampung terpencil, menurut jurucakap, Isnin.

Pesawat Trigana Air Service ATR 42-300 terhempas pada Ahad, kejadian terbaru dalam rentetan bencana penerbangan di kepulauan Asia Tenggara.

Terdapat 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan bayi serta lima anak kapal dalam penerbangan jarak dekat dari Lapangan Terbang Sentani di Jayapura.

Semua yang berada di dalam pesawat itu adalah warga Indonesia, kata pegawai rasmi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas).

Pegawai-pegawai syarikat penerbangan bagaimanapun tidak bersedia untuk menjawab soalan daripada Reuters.

Tiada syor bahawa sejumlah wang yang besar dibawa dalam kapal terbang dikaitkan dengan kemalangan itu.

"Ada empat orang yang membawa wang itu, 6.5 bilion rupiah ($471,500)," kata jurucakap PT Pos Abu Sofjan, sambil menambah bahawa ia adalah sebahagian daripada program bantuan rasmi untuk golongan miskin dan bertujuan untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Beliau berkata infrastruktur yang teruk di wilayah timur Indonesia menunjukkan bantuan wang sering diterbangkan melalui udara.

Sebuah helikopter Super Puma terhempas di kawasan yang sama tahun lepas, kata Sito, operator komunikasi Basarnas di Jayapura.

"Cuaca di sana berubah setiap masa. Pada waktu pagi ia jelas dan panas dan kemudian tiba-tiba hujan turun," kata Sito.

ATR 42-300 terhempas dalam penerbangan pertamanya 27 tahun lalu, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan.

Trigana Air Service mempunyai 14 pesawat armada, dengan purata usia 26.6 tahun, menurut pangkalan data airfleets.com.

Trigana berada dalam senarai pengangkut penumpang yang diharamkan Kesatuan Eropah sejak 2007 kerana keselamatan atau kebimbangan kawal selia.

Ia mempunyai 14 insiden serius sejak mula beroperasi pada tahun 1991, menurut pangkalan data dalam talian Penerbangan Rangkaian Keselamatan.

Tidak termasuk kemalangan yang terbaru, 10 pesawat telah dihapuskan. - Reuters/Mstar/17/8/15


Pesawat Terhempas di Pergunungan

Jakarta: pesawat turboprop ATR42-300 membawa 54 penumpang termasuk lima anak kapal milik Trigana Air Service Indonesia disahkan terhempas di kawasan pergunungan Papua.

“Maklumat terkini ialah pesawat yang terputus hubungan itu ditemui di Kem 3, daerah Ok Bape di pergunungan Bintang, Penduduk memberitahu pesawat itu terhempas di Gunung Tangok,” kata Ketua Pengarah Pengangkutan Indonesia, Suprasetyo.

Setakat ini belum dapat dipastikan nasib 49 penumpang dan lima anak kapal dalam pesawat itu.

Pesawat itu hilang dari radar petang tadi, ketika penerbangan dari ibu kota Papua, Jayapura, ke bandar Oksibil di negara itu. Ia terputus hubungan selepas 33 minit berlepas untuk penerbangan yang dijadualkan 42 minit.

Pengarah Operasi Trigana Air, Beni Sumaryanto, berkata selepas 30 minit pesawat itu disahkan hilang, pihaknya menghantar pesawat mengikut laluan yang sama tetapi tidak menemui apa-apa tanda.

Pesawat buatan Perancis dan Itali itu membawa 44 penumpang dewasa, lima anak kapal dan lima kanak-kanak serta bayi.

Menurut pangkalan data Aviation Safety Network, pesawat ATR 42-300 yang hilang itu sudah berusia 27 tahun dan Trigana Air Service berada dalam senarai hitam EU sejak 2007. Syarikat penerbangan yang berada dalam senarai itu dilarang beroperasi di ruang udara Eropah sama ada kerana tahap keselamatan tidak menepati piawaian atau sebab lain.

Menurut airfleets.com, Trigana Air Service mempunyai 14 pesawat, termasuk 10 ATR dan empat Boeing 737 Classics yang purata usia 26.6 tahun.

Menurut Aviation Safety Network, sejak beroperasi pada 1991, Trigana mempunyai 14 kejadian serius tidka termasuk yang terbaru ini. - Reuters/16/8/15


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH