Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Zahid Hamidi. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 5 April 2014

Bekas KM Sabah: Tampar Zahid dapat RM500



[MK] Insiden penculikan terkini melibatkan warga asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan.

Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden terbaru.

Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar.

“Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya,” katanya.

Wan Junaidi mengeluarkan cadangan penutupan resort terpencil ekoran tiada sesiapa dapat menjamin keselamatan tempat itu ekoran kedudukannya.

“Polis dan tentera tidak boleh berada di sana setiap masa,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star. -4/4/14


, ,

Sabtu, 29 Mac 2014

Interpol TEMPELAK Zahid Hamidi



Interpol Kritik Kenyataan Zahid Bahawa Pangkalan Datanya Lembab 

[AA] KUALA LUMPUR: Agensi Polis Antarabangsa, Interpol semalam mempertahankan keberkesanan pangkalan datanya untuk menyemak pasport yang disifatkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘terlalu memakan masa' dan 'menyebabkan kelewatan di lapangan terbang’. 

Menurut laporan AFP, Interpol yang sebelum ini telah mengecam Jabatan Imigresen Malaysia kerana gagal memeriksa pasport penumpang pesawat MH370 dengan pangkalan datanya, mempertahankan sistemnya itu selepas Zahid berkata pangkalan data yang mengandungi maklumat tentang 40.2 juta pasport hilang, adalah "terlalu besar" dan akan menenggelamkan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia. 

“Jika ada mana-mana pihak yang bertanggungjawab atau patut disalahkan ke atas kegagalan ini, ia hanyalah Jabatan Imigresen Malaysia," kata Interpol seperti yang dilaporkan oleh agensi berita itu. 

Interpol berkata bahawa pangkalan data itu hanya mengambil masa selama 0.2 saat untuk mendedahkan sama ada sesuatu pasport disenaraikan dalam data mereka. 

"Walaupun sesetengah negara memeriksa pangkalan data kami lebih daripada seratus juta kali setahun, pada tahun 2014 sebelum kehilangan pesawat MH370, Jabatan Imigresen Malaysia tidak menjalankan satu pun pemeriksaan pasport penumpang dengan pangkalan data Interpol. 

"Sekiranya Malaysia membuat pemeriksaan menggunakan pangkalan data Interpol, dua penumpang pesawat itu yang telah menggunakan pasport curi akan dapat dikesan hampir serta merta,” dakwanya. 

Susulan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, dua warganegara Iran dikesan menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat itu. 

Pada Rabu, Zahid memberitahu Parlimen bahawa memeriksa pangkalan data Interpol akan memakan masa yang lama untuk pegawai imigresen melakukannya dan ia juga akan menyebabkan kelewatan di lapangan terbang. 

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan Zahid berkata bahawa operasi Jabatan Imigresen Malaysia adalah "bertaraf dunia" apabila menjalankan kawalan di sempadan. 

Zahid juga dilaporkan berkata pegawai-pegawai imigresen yang menjaga pintu masuk Malaysia telah dilatih oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada untuk menjalankan pemeriksaan pemprofilan dan mengesan dokumen perjalanan palsu. 

Sebarang keraguan katanya akan membawa kepada pemeriksaan kali kedua menerusi Pusat Pemeriksaan Dokumen (DEC). 

DEC juga mempunyai makmal khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang digunakan oleh pihak imigresen untuk memeriksa sebarang dokumen yang meragukan sejak tahun 2007 lagi.  -  T K Letchumy Tamboo/29/3/14


Berkaitan:

Interpol: Hanya 0.2 Saat Semak Pasport Curi

[MK] HARI 22 MH370 Maklumat terbaru dan liputan terkini ketika operasi mencari pesawat MH370 diteruskan. 

Hari ini menandakan tiga minggu sejak pesawat MH370 Malaysia Airlines hilang selepas secara misterinya beralih haluan penerbangan ke Lautan Hindi dari destinasi asalnya ke Beijing. 

Semalam, dengan maklumat terbaru, pasukan yang diketuai Australia dalam mencari pesawat Boeing 777-200ER itu beralih dari tapak asalnya ke kawasan 1,100 kilometer di timur laut. 

Pasukan pelbagai negara itu yang menggunakan sepuluh pesawat dan enam kapal laut, dijangka tiba hari ini. Satelit juga sedang dihala ke kawasan baru itu. 

Lima pesawat melaporkan mengesan objek yang mencurigakan terapung di lautan, dan kapal peronda Pentadbiran Maritim China - Haixun 01 - telah ditugaskan untuk mencari dan mengutipnya. 

Pencari mempunyai sehingga kira-kira 8 April sebelum bateri pada beacon bawah air MH370 tamat tempohnya, selepas itu, usaha mencari kotak hitam pesawat tersebut akan menjadi lebih sukar. 

Pemeriksaan pasport tidak 'terlalu rumit' 

5.30 pagi: Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit. 

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac. 

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen. 

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia. 

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter. 

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya. 

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya. 

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac. - 29/3/14


,

Isnin, 6 Januari 2014

Selepas Pesta Hari Jadi Mewah, Zahid Kata Kerajaan Tidak Boleh Beri Subsidi Selamanya


[TMI] Selepas mengadakan pesta hari jadi mewah tengahari semalam, hari ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, kenaikan harga barang suatu yang tidak boleh dielak kerana rakyat perlu sedar tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi yang tinggi kepada mereka.

Menteri Dalam Negeri tersebut berkata rakyat perlu sedar atas bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan sekiranya pemberian subsidi yang tinggi diteruskan.

"Dalam hal ini, yang penting kita bersimpati dengan masalah dihadapi rakyat yang berdepan kenaikan harga.

"Tapi rakyat harus diberi kesedaran tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi sebagaimana yang lalu kerana bebanan kewangan yang tinggi," kata Ahmad Zahid dalam sidang media pejabatnya pagi ini.

Semalam, Zahid menyambut hari jadi bersama cucunya di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.

Tetapi majlis makan tengahari yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.

Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu berpakaian merah sebagai tema parti itu.

Naib presiden Umno juga berkata rakyat perlu menerima hakikat mengenai keputusan rasionalisasi yang dilakukan oleh kerajaan.

"Kita harus terima hakikat bahawa negara kita ini perlu kurangkan subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan kita tidak mahu rakyat terlalu selesa dengan jumlah subsidi tinggi yang diberikan oleh kerajaan ini.

"Tapi rakyat perlu menerima hakikat kerajaan harus melakukan rasionalisasi dari segi pemberian subsidi ini," terangnya lagi.

Dalam mempertahankan langkah Putrajaya mengurangkan subsidi tersebut lagi, Ahmad Zahid menegaskan isu kenaikan harga barang bergantung kepada elemen pasaran.

"Hakikatnya, tidak ada sebuah negara pun yang tidak alami kenaikan barang.

"Bukan hanya dalam soal rasionalisasi subsidi, tapi hakikatnya apa yang berlaku di beberapa negara rantau Asean dalam kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana permintaan dan penawaran... ia ditentukan oleh elemen pasaran," katanya lagi.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi yang 'mewah' di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.

"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.

"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, Najib telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15%, dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.

Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.

Langkah pemotongan subsidi tersebut juga mengakibatkan harga barangan harian meningkat serta menambah kesempitan rakyat di Malaysia. – 6 Januari, 2014.



, , , ,

Selasa, 17 Disember 2013

Tuduh Syiah: Mat Sabu Akan Saman Zahid Hamidi


[MK] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran kenyataan menteri dalam negeri itu di Perhimpunan Agung Umno lalu yang mendakwa beliau berfahaman Syiah.

Mohamad berkata tuduhan Zahid yang juga naib presiden Umno itu adalah fitnah terhadap dirinya.

"Pada masa ini peguam saya akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi sahaja kerana bagi saya beliau adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu.

"Dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh beliau ke atas saya adalah didasari oleh niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya.

"Insya-Allah segala proses saman itu kini saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan para peguam saya," katanya dalam sidang medianya petang ini.

Mohamad mendakwa ucapan Ahmad Zahid pada 7 Disember lalu menunjukkan menteri dalam negeri itu menyalahguna kuasa apabila didakwa telah memberi kuasa kepada Jakim untuk mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana smua tahu bahawa Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakah KDN boleh dengan secara sewenang-wenang memberi kuasa kepada Jakim mengambil tindakan ke atas saya," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Zahid berhubung kenyataan yang dianggapnya " tidak bertanggungjawab" dan berharap polis bersikap profesional menyiasat kenyataan menteri itu tanpa rasa gentar dan memihak. 

Mengulas berhubung tindakan undang-undang itu, Mohamed Hanipa berkata pihaknya akan menghantar notis penarikan balik dan permohonan maaf kepada bekas tahanan ISA yang mesra dipanggil 'Mat Sabu' dalam minggu ini.

"Kita beri masa tiga hari. Kita rasa dia sudah bersedia. Kita hantar notis tuntutan. Kita tengok respon. Mana tahu (dalam tempoh itu) kalau Allah dia nak minta maaf.

"Mat Sabu nak berjumpa dia (Zahid) di mahkamah. Datuk Seri Zahid berseorang," tegas pengamal undang-undang itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, tiga peguamnya iaitu Mohamed Hanipa Maidin, Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli.

Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno 7 Disember lalu, Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno antara lain menyeru PAS berani menyatakan komitmen politiknya untukmenolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

Tanpa menyebut nama Mohamad Sabu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mengambil tindakan ke atas "orang nombor dua dalam PAS".

Dalam satu sidang media beberapa hari kemudian, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkansejumlah bukti 'gred B' yang bagi menyokong dakwaan mengaitkan Mohamad Sabu dengan ajaran Syiah.

Bukti yang antara lainnya menyebut bahawa Mohamad pernah mengagumi pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatollah Khomeini, bukan sahaja menjadi bahan jenaka di Internet malah tidak meyakinkanbekas anggota Kabinet.

KDN dalam reaksinya selepas itu menyebut bahawa kementerian berkenaan memiliki bukti lebih bermutu yang mengaitkan Mohamad dengan Syiah.

Namun, menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti yang dikategorikan sebagai 'Gred A' itu tidak akan didedahkan seperti bukti 'Gred B'. -17/12/13


, , , ,

Isnin, 9 Disember 2013

Fitnah Syiah: "Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah" - Mat Sabu


Syiah: PAS Sokong Mohamad Sabu Saman Zahid Hamidi

[HD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menyifatkan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah sebagai serangan peribadi yang keterlaluan.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata justeru itu PAS menyokong usaha Mohamad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat tuduhan itu.

Menurutnya, sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.

"Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid," kata Mustafa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam ucapan itu juga, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak mengumumkan memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

Dalam pada itu, Mohamad dalam reaksinya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid ekoran tuduhan terhadapnya itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata, jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," tegas Mohamad. -8/12/13


,

Isnin, 7 Oktober 2013

[Video] Akhirnya, Ucapan SENSITIF Zahid Hamidi Tersebar



'Kita Dapat Bukti Kita Tembak Dulu'


[MK] EKSKLUSIF Kumpulan masyarakat sivil sering mendakwa polis menjalankan dasar tembak mati ke atas suspek penjenayah.

Dakwaan itu nampaknya terbukti apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ucapannya memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Ahmad Zahid berucap dalam satu 'Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat' pada hari Sabtu lalu, yang dilihat seperti satu acara kerajaan yang bertukar menjadi acara Umno.


Para wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan turut diugut oleh menteri tersebut agar tidak membuat laporan berhubung kandungan ucapannya.

Ahmad Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian.

Ancaman itu berjaya menutup mulut kebanyakan dari media tersebut, namun akhbar Oriental Daily News melaporkan bahawa Ahmad Zahid memberi amaran selepas membuat “kenyataan sensitif”. 

Akhbar itu bagaimanapun tidak memberi butiran lain berhubung kenyataan tersebut.

Malaysiakini berjaya mendapatkan rakaman audio sepanjang 20 minit bagi ucapan yang disampaikan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka.

Berdasarkan rakaman tersebut, Ahmad Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya untuk menahan golongan itu.


“Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.

“Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu. 

Ahmad Zahid seterusnya membangkitkan mengenai kes tembakan maut ke atas lima orang suspek anggota kongsi gelap di Pulau Pinang pada Ogos lalu.

Beliau turut menegur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty – tanpa menyebut namanya – kerana mempersoalkan kejadian tersebut.

“Ada timbalan menteri cengkadak buruk, dia pertikaikan saya dan polis, kenapa tak beri tembakan amaran dulu. barulah tembak. Saya kata kalau kamu nak jadi NGO, letaklah jawatan timbalan menteri. Tak layak jadi timbalan menteri,” katanya yang disambut sorakan dari hadirin.

Zahid juga menyifatkan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undangnya.

“Kita siasat, kita bawa ke mahkamah, kalau tak ada bukti, kalau tak cukup bukti, sekurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi,” katanya lagi.

Pindaaan ke atas PCA itu memberi kuasa untuk membuat penahanan tanpa perbicaraan dalam tempoh dua tahun bagi satu-satu masa. - 7/10/13



Berkaitan:

Pesan Zahid pada 'Kawan-kawan Tiga Line'


[MK] Berbeza dengan sikapnya pada kumpulan jenayah lain, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berlembut apabila bercakap mengenai kumpulan Tiga Line, yang disifatkannya sebagai rakan-rakannya dan menyarakankan agar pihak tersebut “menjalankan apa yang patut”.

Menteri Dalam Negeri itu membuat kenyataan tersebut dalam satu acara di Melaka pada Jumaat lalu, di mana beliau mengugut para wartawan yang hadir bahawa beliau akan menutup akhbar masing-masing sekiranya mereka melaporkan kenyataannya.


Malaysiakini bagaimanapun berjaya mendapatkan rakaman ucapan selama 20 minit di mana beliau mendakwa sedang berucap kepada perwakilan Umno, dalam majlis yang kelihatan seperti acara kerajaan.

Ahmad Zahid memulakan ucapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Air Keroh itu dengan mengisytiharkan bahawa Ops Cantas yang dijalankan pasukan polis tidak mengenal warna kulit.

Katanya, polis memeriksa seramai 178,217 orang Melayu, 77,104 orang Cina dan 73,505 orang India serta 51,517 kaum lain dalam operasi memerangi kumpulan kongsi gelap itu.

Tambahnya, dari jumlah itu, seramai 14,511 orang didapati anggota kongsi gelap – 6,171 orang Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India dan 2,954 kaum lain.

Kemudiannya, beliau menyebut mengenai kumpulan Tiga Line dan mengumumkan bahawa kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara”.

“Tapi yang Melayu 6,171 ini, bukan samseng betul. Mereka dulu anggota Pekida, mereka merupakan kumpulan Tiga Line, Geng 30, Geng 7, ini gengster kenduri kendara...

“Saya beritahu kawan-kawan Tiga Line itu, jalankan apa yang patut,” katanya yang disambut sorakan dari para hadirin.

Tiga Line merupakan antara 47 kumpulan kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementeri Dalam Negeri pada Ogos lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram. -7/10/13

Laporan lain di sini.


, ,

Khamis, 6 Jun 2013

[PANAS] Mengapa Zahid Hamidi TIDAK Dikenakan Tindakan Mahkamah?


[TMI] Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan persoalan mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.

Lim mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman oleh Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan tulang hidung dan bengkak di mata. 

“Najib perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, dan sama ada perdana menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakannya itu,” tegas Lim merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang mana telah dilakukan pada 21 April 2010. 

Ahmad Zahid kemudiannya dakwa Lim telah mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan tersebut. 

Namun tahun lalu jelas Lim, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar RM5,000 kos, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan. 

“Kes ini dibangkitkan bagi menjawab persoalan mengapa Ahmad Zahid tidak didakwa di mahkmah oleh polis kerana perlakuan jenayah. 

“Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?” kata Lim. 

Beliau turut menambah “adakah Najib atau Ahmad Zahid bersedia menjelaskan berhubung isu ini dan kesesuaian beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dengan kes berkenaan.” 

Veteran DAP itu turut menuntut penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low sama ada beliau bersetuju Ahmad Zahid harus meletak jawatan sebagai usaha “integriti” dan “tatakelola kerajaan yang baik” sehingga beliau membersihkan dirinya daripada dakwaan kes berkenaan. 



,

Jumaat, 17 Mei 2013

Prof Agus Sanggah Kenyataan Menteri KDN Minta Rakyat Hijrah ke Negara Lain Jika...


NONE

Anda baca kenyataan Zahid, Menteri KDN, di sini.

Prof Agus menjawab kenyataan Zahid di akaun FBnya. Baca paparan.


P/s: Komen TM. Cuba tanya pak cik di bawah ini.







, , ,

Sabtu, 26 Januari 2013

Rafizi LAWAN Saman Zahid Hamidi



Rafizi Tidak Akan Tarik Balik Kenyataan, Lawan Saman Zahid
 
[TMI] KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.

Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.

Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.

Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.

Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau bersedia untuk ke mahkamah agar semua dokumen yang terlibat dapat disapina di mahkamah.

“Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti.

“Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam,” kata Rafizi lagi.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.


Berita Berkaitan:

Zahid fail saman fitnah terhadap Rafizi

[Bernama] Menteri Pertahanan Datuk Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel yang di tulis Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli palsu dan ditulis dengan niat jahat.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. 



,

Rabu, 16 Mei 2012

Peguam Perancis Jawab Dakwaan Zahid Hamidi


[MK] Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan,"
kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Breham mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.


P/s: Belum menghadap hakim mahkamah Perancis, Zahid sudah kecut???


 

,

Selasa, 13 Mac 2012

Aktivis Dakwa Zahid Kata, “Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa”

[MK] Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.

“Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa” kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita  memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya  kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan.

"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.

NONEDihubungi kemudian, Ivy memberitahu Malaysiakini bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter.

"Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima ... ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya.

, ,

Rabu, 25 Mei 2011

Cabaran Paling Bangang daripada Pemimpin UMCO


 "Zahid cabar DAP keluar Pakatan Rakyat hadapi PRU-13" -TMI. Baru baca tajuk pun sudah membuatkan orang tergelak.

“Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai ‘anak jantan’, kata Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. .

Aduhai! Adakah ini sahaja jurus perang psikologi Zahid Hamidi?

Beliau berkata dengan bertanding atas “tiket sendiri” tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruhnya dalam meraih sokongan rakyat.

Apa macam UMCO keluar BN untuk uji sejauh mana sokongan yang diperoleh mereka daripada rakyat Malaysia? Berani?

P/s: Perkara-perkara bodoh ini tidak perlulah ulas panjang-panjang. Nanti kebodohan itu berjangkit kepada kita.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH