Kajian Dapati Air ZAMZAM Terbaik di Dunia, Menjadi Penawar Penyakit Kronik
Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan bahawa air zamzam adalah air yang terbaik di dunia berdasarkan kajian mengenai sifat kimia dan fizikal air tersebut. Beliau mendapati air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan, petik SG.
Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.
Kata Dr Hamdi, “Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung, dan pelbagai penyakit kronik yang lain.”
Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.
Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, “Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Air itu dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.”
“Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain,” katanya lagi.

P/s: Allah Maha Besar!