Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label atlet. Papar semua catatan

,

Selasa, 4 Ogos 2015

[Video] Bekas Pemain Bola Sepak Ditangkap Khalwat




ALOR SETAR: Seorang bekas pemain bola sepak Liga Simpanan Kedah sanggup mengaku suami isteri bagi mengelak dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Lebuhraya Darulaman, kelmarin.

Malah, lelaki berusia 52 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak kemudian mengaku pasangannya berusia 27 tahun itu sebenarnya adalah anak saudaranya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila anggota JAIK menghubungi bapa wanita terbabit sebelum mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan.

Lelaki terbabit turut memberi alasan hanya menumpang tidur di bilik itu kerana mereka baru selesai menjalani latihan futsal di Titi Gajah.

Penolong Pengarah Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Roshidi Mahmud berkata, dalam serbuan jam 12 tengah malam yang disertai 28 anggota penguat kuasa itu, pihaknya membuat pemeriksaan di bilik berkenaan selepas mengesyaki sesuatu mencurigakan. - Harian Metro/3/8/15

, , ,

Rabu, 21 Ogos 2013

Kes Atlet Dituduh Rogol Pengiring Disebut 20 September

TIGA atlet bola baling yang menghadapi tuduhan merogol pegawai pengiring bola baling dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.
[Kosmo] PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan kes tiga atlet lelaki skuad bola baling yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring ketika temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 pada Julai lalu untuk sebutan semula pada 20 September depan.

Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han memaklumkan pihaknya belum mendapat laporan perubatan, forensik dan kimia bagi kes tersebut.

Mengikut pertuduhan, Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, 19, didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), antara pukul 4 pagi dan 4.10 pagi pada 4 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


, , ,

Khamis, 11 Julai 2013

[Gambar] Suspek Rogol Pengiring Atlet SUKMA...Melayu Rupanya


[Mstar] PETALING JAYA: Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) - Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos.

Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.


Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan.

Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.



P/s: Mengikut laporan awal, ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 dan digantung serta-merta daripada sebarang aktiviti sukan berkenaan.





, , ,

Isnin, 8 Julai 2013

Pegawai Pengiring Bukan Atlet SUKMA yang Dirogol...Berita Lanjut di Sini...


Isu minuman keras: 3 atlet bola baling digantung

[Bernama] KUALA LUMPUR - Tiga pemain bola baling Wilayah Persekutuan yang didapati bersalah membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 minggu lepas, digantung serta-merta daripada terlibat dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.

Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM) Pandak Ahmad berkata selain itu, pengurus pasukan, jurulatih dan seorang pegawai pasukan terbabit turut dikenakan tindakan sama walaupun mereka tidak terlibat membawa masuk bahan larangan berkenaan ke perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Beliau berkata PBBM memandang serius insiden itu dan tindakan yang dikenakan terhadap ketiga-tiga pegawai terbabit ialah kerana mereka sepatutnya memantau atlet mereka sepanjang berada di perkampungan sukan.

"Pada perjumpaan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini, kami usulkan supaya mereka ini digantung sementara kerana dalam insiden pada Rabu lepas, terdapat dua kes iaitu membawa masuk minuman keras dan rogol.

"Berhubung kes rogol, kami serahkan kepada polis. Kami gantung mereka sementara kerana insiden membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan sukan melanggar disiplin sukan Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan di UPM, Rabu lepas.

Mengulas lanjut, Pandak berkata berikutan insiden itu, pihaknya akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi atlet dan pegawai termasuk pengurus dan jurulatih, yang terlibat dalam sesuatu kejohanan atau temasya sukan.

"Misalnya, dalam kes ini, pegawai pengiring itu berumur 19 tahun dan dia perlu awasi atlet lelaki yang berusia 18 dan 19 tahun. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku.

"Dalam SOP itu juga, kami akan nyatakan bahawa membawa minuman keras semasa berlangsungnya sesuatu kejohanan itu melanggar disiplin sebagai atlet," katanya.

Tiga atlet bola baling lelaki Sukma 2013 ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis berkaitan kes rogol itu.

Tiga suspek berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan Jumaat lepas, di perkampungan sukan berkenaan, sehari selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.


Berita terdahulu di sini, di sini 




, ,

Susulan Kes Pegawai Pengiring Atlet Dirogol Selepas Mabuk Todi

Sekadar hiasan.

[SH] SHAH ALAM - [Dikemaskini] Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan.

"Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut.

"Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol," katanya, hari ini.

Hari ini, sebuah akhbar media arus perdana melaporkan bahawa atlet bolang baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.

Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan.

Menurut laporan tersebut, mangsa sedar kira-kira jam 4 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel serta dihimpit oleh seorang lelaki.

Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya. 


P/s: Bukan atlet, tetapi pegawai pengiring atlet yang menjadi mangsa kes rogol ini. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang atlet pasukan bola baling wanita dirogol bergilir-gilir oleh atlet sukan bola baling di perkampungan SUKMA di UPM.





, ,

Selasa, 20 November 2012

Rogol Kanak-kanak Bawah Umur, Juruelektrik Dihukum Penjara, Apa Nasib Pemain Boling Kebangsaan?


Baru-baru ini masyarakat dikejutkan oleh dua keputusan kes rogol yang membabitkan kanak-kanak bawah umur. Mahkamah yang bersidang telah membebaskan tertuduh yang telah didapati bersalah dan mengenakan hukuman ringan terhadap mereka.

Dua tertuduh tersebut ialah pemain boling kebangsaan dan seorang juruelektrik. Anda boleh membaca butiran kes mereka di sini, di sini, dan di sini.

Penghakiman tersebut telah mencetuskan perdebatan umum dan menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat. Hal ini turut diperkatakan oleh ahli politik dan mendorong pihak kerajaan untuk mengkaji cadangan menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaras hukuman rogol melibatkan gadis bawah umur untuk memastikan golongan itu dilindungi.

Menurut Datuk Nazri Aziz kerajaan akan mengemukakan usul pada sidang Parlimen bagi meminda undang-undang supaya Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai dalam kes jenayah seksual membabitkan mangsa bawah umur 16 tahun.

Hari ini mahkamah memutuskan juruelektrik Chuah Guan Jiu perlu menjalani hukuman penjara lima tahun setengah kerana merogol kanak-kanak di bawah umur. Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh Mstar mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25 000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.

Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.

“Kami juga mengambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir,” katanya.

Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. 

Apa pula nasib pemain boling kebangsaan yang sebelum ini dikekalkan bebas oleh Mahkamah Rayuan? -DCM




, ,

Isnin, 13 Ogos 2012

[PANAS] Mahkamah Rayuan Kekal Bebaskan Atlet yang MENGAKU Bersalah Merogol Remaja Bawah Umur


[Bernama] PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.

Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.


P/s: Gila.

Keadilan "dirogol" hanya kerana pesalah seorang atlet yang kononnya "mempunyai masa depan yang baik". Adakah hakim tidak memandang kesan yang ditanggung oleh remaja tersebut?  Mampukah dia hidup secara normal selepas dirinya dirosakkan oleh atlet tersebut?

Gila!


, ,

Isnin, 19 Mac 2012

Pemandu Langgar Pelumba Basikal Rafizi Hamdan SERAH Diri


[SH] KUALA LUMPUR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya,  suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian difahamkan suspek  enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.


P/s: Soalan cepu emas: Adakah pemandu tersebut akan menyerah diri jika plat keretanya tidak tercicir di tempat kejadian?


 


, ,

[Kantoi] Plat Kereta yang Melanggar Pelumba Negara Tercicir di Tempat Kejadian

BUKTI...nombor pendaftaran kenderaan terjatuh selepas melanggar penunggang basikal.

TRAGIK...jenazah Rafizi (gambar kecil) diusung ke kereta jenazah selepas selesai dibedah siasat di HKL.

[HM] KUALA LUMPUR: Sebaik melihat penunggang basikal dilanggarnya maut, seorang pemandu sebuah kereta Proton Saga kelam-kabut melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran keretanya tercicir berhampiran mayat.

Kini, pemandu kereta itu menjadi ‘individu paling dikehendaki’ apabila orang ramai yang berhenti menyaksikan kejadian itu menghantar nombor kenderaan berkenaan di laman twitter serta facebook bagi mengesannya yang melanggar seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua di Kilometer 20.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian yang dipercayai langgar lari itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12 untuk menyertai aktiviti berbasikal bersama ahli kelab lain maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala kerana dilanggar dari belakang.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti rakaman CCTV milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Menurut abang ipar mangsa, Akmal Hanif, 40, arwah seorang yang minat sukan lumba basikal dan pernah menyertai beberapa kejohanan sebelum ini meskipun bukan pelumba profesional.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang petanda aneh cuma dia kelihatan gembira kerana baru menimang cahaya mata kedua kira-kira dua bulan lalu, malah isterinya juga baru saja habis berpantang. “Memang setiap hujung minggu, arwah akan berbasikal dari rumah kira-kira jam 6.30 pagi untuk berjumpa rakan kelab yang lain bagi menyertai aktiviti yang disediakan selain menjalani latihan ringan,” katanya yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, jenazah adik iparnya itu yang berasal dari Seremban dan bertugas sebagai pegawai bank di CIMB Bank Jalan Raja Laut itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir, Hulu Klang, selepas Asar.



P/s: Pemilik kenderaan WCK 2290 (TM pula yang kantoi, WCK, bukan WCX, maaf), anda hendak lari ke mana?


,

Khamis, 4 Ogos 2011

Atlet Menembak Kahwin Lari, Jadi Isteri Ketiga


Saya petik:
[Kosmo] MELAKA - Seorang bapa merayu anaknya, seorang atlet menembak pelapis kebangsaan yang menghilangkan diri setelah kahwin lari tahun lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.

Azlan Maidin, 53, juga merayu anaknya, Nabila Ashazra, 20, (gambar) supaya meneruskan kembali latihan menembak di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur demi masa depan.

Nabila adalah pemenang pingat emas acara Air Pistol di Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok tahun lalu.

Dia bagaimanapun menghilangkan diri setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand pada 12 November tahun lalu.

Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut ialah lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.

Azlan menjelaskan, dia mula menyedari kehilangan Nabila setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri pertama lelaki tersebut pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, dalam perbualan singkat itu, wanita tersebut mendakwa anak perempuannya itu kini berada di Kampung Kor, Lorong Kubur, Kota Bharu, Kelantan.

"Saya sangat risau kerana dia dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun dan sudah pun mempunyai dua isteri serta empat anak," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.



,

Rabu, 6 Julai 2011

[Kemas Kini] Atlet Mengaku Perkosa Budak Bawah Umur, Dikenakan Hukuman Terlalu Ringan

Saya petik:

[HM] MELAKA: Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 dan atlet Sukan Malaysia negeri terlepas daripada hukuman penjara apabila dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 tanpa cagaran oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Abu Bakar Katar selepas tertuduh, Nor Afizal Azizan, 20, menukar pengakuannya kepada bersalah petang semalam.

Semalam ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama kes itu, namun selepas saksi pendakwaan pertama iaitu bapa mangsa memberi keterangan, tertuduh melalui peguam bela Azrul Zulkifli Stork memberitahu mahkamah dia mahu menukar pengakuannya.

Abu Bakar dalam penghakimannya turut meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin serta rayuan peguam.

Mengikut pertuduhan, Nor Afizal didakwa merogol gadis berkenaan yang ketika kejadian berusia 13 tahun empat bulan antara jam 12.30 pagi hingga 5 pagi, di bilik bernombor 225, tingkat dua, Hotel Kings, Ayer Keroh pada 5 Julai 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Sementara itu, Azrul merayu mahkamah menggunakan budi bicara peruntukan Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah kerana tertuduh adalah pesalah muda yang perlu diberi peluang selain dia masih atlet dan itu adalah kesalahan pertamanya.

Beliau juga menyatakan tertuduh adalah atlet yang mengharumkan nama negara dan negeri serta menanggung keluarga kerana ibu bapanya tidak bekerja.

Katanya, kepentingan awam juga membawa maksud tertuduh diberi peluang kerana mempunyai masa depannya cerah selain pertuduhan itu adalah rogol bawah umur dan tiada unsur paksaan.

Ifa bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran atas perbezaaan usianya 19 tahun manakala mangsa pula 13, ketika kejadian.

Katanya, sebagai atlet, kesalahan dilakukan tertuduh turut mencemarkan imej negara dan negeri.

Sementara itu pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hukuman itu di Mahkamah Tinggi.

Sepanjang kerjayanya, Nor Afizal pernah memenangi pingat emas Kejohanan Bowling Remaja Milo Kebangsaan 2006 selain muncul juara Kejohanan Bowling Remaja Kebangsaan ke-30 dan mewakili Negeri Sembilan dalam temasya Sukan Malaysiake-11 di Seremban pada 2008.
 
P/s: Hukuman yang dikenakan kepada bekas atlet ini terlalu ringan. Apa kejadahnya? Pesalah lain dikenakan hukuman antara 5-20 tahun, mengapa atlet ini hanya diberi bon jaminan berkelakuan baik?


Kemas Kini (21/9)

* Jel 5 tahun
[HM] MELAKA: Bekas atlet boling Sukan Malaysia (Sukma) negeri, Nor Afizal Azizan, 20, yang sebelum ini dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran RM25,000 atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas meneliti secara terperinci fakta kes dan keseluruhan hujahan timbalan pendakwa raya (perayu) dan peguam tertuduh (responden) pada prosiding rayuan silang itu.

Beliau turut menegaskan mahkamah perlu berhati-hati menggunakan peruntukan Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi kes rogol....


, , ,

Sabtu, 2 Julai 2011

Atlet Angkat Berat AS Berjaya Pertahan Hak Pakai Hijab Ketika Bertanding




Atlet angkat berat AS, Kulsoom Abdullah berjaya mempertahankan haknya memakai hijab ketika bertanding. Selepas sekian lama berkempen untuk mengubah peraturan pemakaian atlet, Federasi Angkat Berat Antarabangsa (IWF) meluluskan panduan baru yang membenarkan wanita menutup tangan dan kaki mereka. Peraturan baru juga membenarkan atlet memakai pakaian "one-piece" yang menutup aurat.

Kulsoom berusia 35 tahun yang merupakan pemegang ijazah PhD dalam Kejuruteraan Komputer telah meminta Jawatankuasa Olimpik AS dan Persatuan Angkat Berat AS membuat perubahan pada undang-undang pemakaian atlet yang sebelum ini tidak membenarkan atlet Muslim menutup aurat. 

Dilahirkan di AS oleh ibu bapa yang berketurunan Pakistan, Kulsoom bertanding dalam acara wanita senior dengan kelas berat 48kg dan 53kg. Kulsoom sebelum ini dilarang bertanding kerana melanggari peraturan pemakaian atlet yang telah ditetapkan.

P/s: Kita juga mengharapkan peraturan pemakaian atlet dilonggarkan untuk sukan yang lain. Misalnya, pasukan bola sepak remaja Iran baru-baru ini dilarang bertanding kerana enggan membuka aurat. Atlet seharusnya dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan kehendak agama mereka.




, ,

Ahad, 19 Jun 2011

Pemain Bola Sepak Selebriti Mahu Cacah Tatu di Kemaluan


 
 Bintang bola sepak, David Beckham bukan lagi asing dalam hal lukisan badan. Dia didakwa memiliki ‘30 atau 31’ tatu. Khabar terbaru mendakwa dia berhajat mahu mencacah tatu di tempat lebih sulit.

Beckham memberitahu pengacara bual bicara televisyen, Craig Ferguson bahawa dia bercadang membuat tatu di kemaluannya dan bersetuju dengan gurauan Ferguson supaya mereka membuat tatu itu bersama lapor berita Agensi.

“Bunyinya menarik,” kata Beckham walaupun isterinya, Victoria tidak bersetuju.

“Setiap kali saya mempunyai satu lagi tatu dia tidak menyukainya. Bukan lagi satu,” kata Beckham memetik Victoria sambil mengakui itu tidak menghalang dia  menambah koleksi tatunya.

Beckham berkata, beliau akan membenarkan anak lelakinya, Brooklyn, 12; Romeo, 8, dan Cruz, 6, untuk bertatu sebaik saja mereka dewasa, tetapi tidak bagi anak perempuannya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Saya secara peribadi sukakan milik saya, tetapi tidak pasti adakah semuanya akan kelihatan hebat bila saya berusia 75 tahun,” kata Beckham.
 
P/s: Jangan tiru!

, , ,

Isnin, 21 Februari 2011

Pemain Bola Didakwa Raba & Hisap Buah Dada Serta .....


Saya petik:
[Bernama] SUNGAI PETANI, 21 Feb — Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.
Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Pemain bola sepak Perlis itu dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.

Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Februari lepas antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis tersebut dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Satu lagi pertuduhan, dia didakwa dengan cara menyuruh mangsa menghisap kemaluannya yang mana kesalahan ini melanggar kesopanan dan dihukum mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Muhammad Munawwar dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terhadap gadis itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama...

 P/s: Aduh! Spesifik pertuduhan yang dilaporkan dalam media di atas. Kalaulah pemain ini didapati bersalah, maka jelaslah kebangangannya kerana gagal mengawal diri dan nafsu! Kerana mukadimah seks haram, masa depan hancur.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH