Rogol Kanak-kanak Bawah Umur, Juruelektrik Dihukum Penjara, Apa Nasib Pemain Boling Kebangsaan?
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan oleh dua keputusan kes rogol yang membabitkan kanak-kanak bawah umur. Mahkamah yang bersidang telah membebaskan tertuduh yang telah didapati bersalah dan mengenakan hukuman ringan terhadap mereka.
Dua tertuduh tersebut ialah pemain boling kebangsaan dan seorang juruelektrik. Anda boleh membaca butiran kes mereka di sini, di sini, dan di sini.
Penghakiman tersebut telah mencetuskan perdebatan umum dan menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat. Hal ini turut diperkatakan oleh ahli politik dan mendorong pihak kerajaan untuk mengkaji cadangan menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaras hukuman rogol
melibatkan gadis bawah umur untuk memastikan golongan itu dilindungi.
Menurut Datuk Nazri Aziz kerajaan akan mengemukakan usul pada sidang Parlimen bagi
meminda undang-undang supaya Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak
terpakai dalam kes jenayah seksual membabitkan mangsa bawah umur 16
tahun.
Hari ini mahkamah memutuskan juruelektrik Chuah Guan Jiu perlu menjalani hukuman penjara lima tahun setengah kerana merogol kanak-kanak di bawah umur. Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh Mstar mengarahkan Chuah Guan
Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25 000 dengan bon jaminan
berkelakuan baik.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
“Kami juga mengambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir,” katanya.
Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
“Kami juga mengambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir,” katanya.
Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah.
Apa pula nasib pemain boling kebangsaan yang sebelum ini dikekalkan bebas oleh Mahkamah Rayuan? -DCM
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.