Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 21 November 2012

Gempar, Minda Pondok CABAR TG Nik Aziz BERDEBAT Isu Doa KO UMNO!


Sumber gambar di sini.

[Bernama] KOTA BAHARU - Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.
  
Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok di Kelantan.
  
Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan Pas tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam.
  
"Pas terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang Pas bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT.
  
"Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mereka tidak terkeliru," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut.   

Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan Umno murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan Pas kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini.
  
Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata Pas seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam.
  
"Apakah Pas tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?" tanya beliau.

Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam.
  
"Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW.
  
"Kami dahulu bersama dengan Pas, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidak beragama Islam," katanya.
  
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai sebuah parti berteraskan Islam, Pas sepatutnya berdoa untuk selamatkan rakyat Palestin dan bukan untuk kehancuran Umno dan BN.
  
"Doa untuk kebaikan, bukan kehancuran. Pernahkah Nabi Muhammad SAW berdoa agar orang yang menentangnya menerima pembalasan daripada Allah? Sebaliknya dia berdoa agar mereka ini insaf," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Iman di sini. 


P/s: Lawak! Apalah yang hendak ditakutkan, kalau kita tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah, perkara yang terkandung dalam doa seseorang. Biarlah sejuta orang melontarkan dan mengaminkan doa tersebut, jika kita berada di pihak yang benar, maka doa itu hanya sia-sia kerana Allah Maha Mengetahui. Allah jualah yang akan menolak atau memakbulkan doa itu. Hanya orang yang benar-benar bersalah akan meroyan jika ada pihak yang mendoakan kehancuran mereka.

Betul?

Kah kah kah!

 

  1. Nama pun Minda Pondok...cam minda kelas 3

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, November 21, 2012 10:13:00 PTG      
  2. Mamat atas ni memang jenis kaldai akaq bodoh tahap gaban,tak dak akai yang apek porno buat kenyataan pasal hudud ari tu mana pi tak dengaq suara pon atau dia pekak atau gila sebentar kot tak leh nak ulas...harap Tok Guru jangan layan je NGO jenis cari makan dengan bodek je kerja dia dan mana tau kot2 leh dapat lebih dari 2 juta pulak

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, November 22, 2012 1:03:00 PG      
  3. aku rasa dia patut tukar ke nama "Minda Mangkuk Tandas"

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, November 22, 2012 10:39:00 PG      
  4. Adik beradik denghe hak sekor lagi di pondok geting...ust. rm 2 juta...kihkihkih!tengok muka pun pun jenis umNO...

    gravatar Comment by Budak tadika @ Khamis, November 22, 2012 12:25:00 PTG      
  5. korang solat 5 waktu pun berterabur tak pernahnye cukop lalu jangan lah nak ketawakan orang alim ulama dengan kah kah kah.. sekolah rendah, menengah universitas semua tuh kan yahudi nasara punye jalan, kenapa korang ikot sedangkan sepatutnya duduk dalam kelas pondok atau madrasah untuk fikir risau bab keyakinan sama Allah lebih ke atau yakin dgn menang pilihan raya itu kejayaan. Kejayaan sebenar bila korang dapat ucap Laa ilaha illallah bila nyawe kat hujung halqum.. perkara yang korang kutuk ni boleh tolong jawab soalah kubur ke.?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, November 28, 2012 11:37:00 PG      
  6. ko lagi yakin ubat gigi dari yakin pakai miswak kayu sugi.. tak ke ko sokong kafir dari amal agama yang berlandaskan agama islam sunnah rasulullah.. cakap banyak, tapi amal agama pun cedok apa yang ko rasa patut je.. solat ada cuti ke? agama ada cuti ke? ko solat pun berterabur lagi nak kutuk ulamak.. ko dah gile blogging.. sebarkan fitnah kat muka bumi malaysia dgn cerita baik ko jadi ngumpat, cerita buruk jadi fitnah, kalau fitnah selagi ko takde bukti pada Allah, selagi tu ko dok dalam neraka.. mana de bukti kalau tu fitnah, saje saje nak sebarkan cerita.. masak ko kena goreng api..

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, November 28, 2012 11:40:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH