Hudud Untuk SEMUA? Bagi yang Tidak Tahu Termasuk Che Det, Sila Baca Penjelasan Ini...
[MK] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pelaksanaan hukum hudud meliputi orang bukan Islam.
Abdul Hadi mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam boleh dilihat ketidakadilan dan bertentangan dengan ajaran Islam.
"Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua.
"Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang memberi contoh hukum hudud yang berkait dengan arak.
"Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya.
Beliau turut menempelak mantan presiden Umno itu supaya bercakap pasal perubatan. "Dia cakap pasal perubatan sajalah," katanya.
Dr Mahathir dilaporkan meminta PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.
Beliau dilaporkan berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.
Dr Mahathir juga dilaporkan berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.
Berkaitan:
1. Mahathir mahu PAS perjelas undang-undang hudud
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.