3 Anggota Polis Didakwa di Mahkamah Atas Tuduhan Merogol Pembantu Kedai Warga Indonesia
Laporan awal di sini. |
[MK] Tiga anggota polis yang dituduh merogol seorang wanita Indonesia,
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas tuduhan berniat bersama
untuk merogol.
Hakim Nabishah Ibrahim membaca pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan untuk tuduhan merogol dan Seksyen 377(c) untuk tuduhan melakukan seks luar tabii.
Ketiga-tiga anggota polis tersebut - Sin Mat Lazim, 33; Syahiran Ramli, 21; dan Remy Anak Pana, 21 - yang ditahan selama tujuh hari yang berakhir hari ini, minta dibicarakan.
Jika didapati bersalah, ketiga-tiga mereka berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.Sejak jam 8 pagi tadi, ramai wartawan telah berkumpul di bangunan mahkamah, menunggu ketibaan suspek.
Mereka akhirnya tiba pada jam 2.15 petang, dan diiringi tiga anggota polis. Ketiga-tiganya memakai pakaian lokap berwarna oren dan menutup muka mereka dengan baju mereka.
Sebaik sahaja ternampak ketiga-tiga mereka, kumpulan jurukamera bergegas untuk merakam gambar.
Pemangku Ketua Pengarah Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah turut hadir di mahkamah. Kira-kira 30 'penyokong' dalam uniform polis dan pakaian biasa turut hadir.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.