Perompak Menangis di Salun
UGUT...suspek (kanan) mengarahkan pekerja salun membuka mesin penyimpan wang.
KUALA KRAI: Seorang penjenayah sempat menyuruh seorang tebusannya bertanya kepada polis berapa lama dia dipenjarakan jika ditangkap dan turut menangis teresak-esak selepas menyamun salun di Jalan Besar Guchil, di sini, semalam.
Dalam ‘drama tebusan’ jam 2.20 petang itu, suspek berusia 27 tahun memakai topi keledar bertutup muka dan bersenjatakan pistol palsu memasuki salun berkenaan yang terletak di tingkat atas kedai dua tingkat.
Dia menjadikan enam orang iaitu empat pekerja, seorang warga emas berusia 68 tahun yang juga bapa kepada pemilik salun dan seorang pekerja restoran yang kebetulan menghantar baki wang membeli roti kepada seorang pekerja salun berkenaan sebagai tebusan.
Bagaimanapun, suspek yang juga graduan seni reka grafik daripada kolej tempatan tidak menyedari dua daripada empat pekerja salun berkenaan bersembunyi di dalam tandas dan bilik rawatan muka.
‘Drama tebusan’ itu berakhir dalam tempoh hampir tiga jam sebelum suspek diberkas anggota polis.
Laporan Berkaitan:
Polis Selamatkan 6 Tebusan
[SH] KUALA KRAI - Drama tebusan selama tiga jam dengan perompak menawan enam
tebusan di sebuah salun di Jalan Besar Guchil, dekat sini, semalam,
berakhir selepas polis bertindak menyerbu premis itu dan menahan suspek.
Suspek lelaki berusia 27 tahun bersenjatakan pistol palsu dan sebilah pisau itu diberkas, selepas sepasukan polis menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.
Suspek terbabit cuba menyamun salun itu kira-kira jam 2.20 petang sebelum menahan bapa pemilik salun, empat pekerja dan seorang orang awam, apabila perbuatannya disedari polis yang menerima laporan daripada seorang pekerja terbabit.
Kesemua tebusan selamat dan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan, dengan seorang daripada pekerja wanita mengalami kecederaan ringan di bahagian leher akibat terlalu lama dipaut suspek.
Suspek sebelum itu membebaskan tiga tebusan lebih awal hasil perundingan dengan polis dan menahan seorang pekerja wanita, Nazira Isa, 18, tanpa menyedari ada lagi dua pekerja bersembunyi di bilik rawatan muka dan tandas di bahagian belakang salun berkenaan.
Nazira berkata, sebelum kejadian, dia sedang membaca buku apabila terdengar loceng pintu salun dibunyikan, dan cuba membukanya dengan menekan butang automatik di kaunter.
“Bila tak dapat buka dari kaunter, saya pergi buka pintu dan seorang lelaki terus meletakkan pistol di belakang dan memaut leher saya sambil meminta kami supaya menghubungi pemilik salun,” katanya.
Selepas kira-kira sejam dia ditahan sambil lehernya dipaut, Nazira berkata, penjenayah terbabit melepaskannya selepas melihat dia mengalami sesak nafas dan beralih kepada seorang lagi pekerja, Siti Roskasma Rozali, 25.
Siti Roskama pula berkata, selepas masuk dan menahan Nazira, penjenayah terbabit memintanya membuka kaunter wang dan menghubungi pemilik salun.
“Selepas lelaki ini lepaskan Nazira, dia paut leher saya,” katanya yang baru tiga bulan bekerja di salun itu.
Pekerja yang menghubungi polis, Mohd Zafri Mat Hussin, 24, berkata, sebelum kejadian, dia berada di bahagian belakang salun dan bertindak menyembunyikan diri dalam tandas apabila menyedari tindakan lelaki terbabit.
“Memang masa itu saya amat takut tetapi saya tenangkan diri dan hubungi polis,” katanya yang bersembunyi dalam tandas sehingga kejadian tebusan itu selesai.
Pekerja yang bersembunyi dalam bilik rawatan muka, Nur Nadia Najwa Zainuddin, 18, berkata, dia terus lari ke bilik itu untuk bersembunyi apabila menyedari kehadiran penjenayah terbabit.
“Saya nak bersembunyi dalam tandas tetapi takut bertembung dengan Zafri. Masa bersembunyi, saya sempat hubungi balai polis untuk laporkan kejadian,” katanya yang pengsan kerana terlalu lama duduk meringkuk di bilik berkenaan.
Seorang orang awam yang dijadikan tebusan, Norshuhada Mohd Razali, 21, berkata, ketika kejadian, dia kebetulan naik ke salun di tingkat satu hantar wang baki seorang pekerja yang membeli roti di kedainya.
“Bila saya masuk, lelaki itu terus letakkan pistol di kepala saya dan tahan saya bersama tebusan lain,” katanya yang merayu dilepaskan tetapi tidak diendahkan penjenayah terbabit.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.