Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label buli. Papar semua catatan

, , , ,

Khamis, 6 November 2014

Geng Buli Singlet Dikenal Pasti, Kejadian Berlaku...



[Harian Metro] Kuala Lumpur: Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin.

"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Pengguna laman sosial mula gempar apabila video buli berdurasi 4 minit dan 37 saat dimuat naik malam Isnin lalu, memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja memakai singlet hitam memukul sembilan pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama. -Mohamad Azim Fitri Abd Aziz /6/11/14


Kemas Kini:

BULI: Kes empat tahun lalu, budak singlet hitam telah dibuang sekolah

Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik

[Bernama] KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti suspek utama dalam video klip aksi buli diketuai seorang remaja lelaki memakai singlet hitam yang viral di laman sosial baru-baru ini, yang berlaku di Pontian, Johor empat tahun lalu.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Asmawati Ahmad berkata hasil semakan dengan pihak sekolah berkenaan mendapati suspek utama (bersinglet hitam) telah dibuang sekolah pada Ogos 2011.

"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti. Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

Beliau berkata pihak sekolah turut mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Sementara itu, Asmawati berkata dalam satu lagi kes yang turut tersebar, hasil siasatan polis mendapati hanya enam remaja yang terlibat memukul seorang remaja lelaki berbaju T merah di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.

"Kejadian itu telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada polis pada 6 Jun lepas dan keterangan mangsa berumur 11 tahun telah diambil.

Siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun dan kes telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi," katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama itu supaya tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

"Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada polis jika mengesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat tidak berasas," katanya. -7/11/14

, , , ,

Buli Rumah Anak Yatim: Lima Pembuli Mengaku Salah


[Harian Metro] Kangar: Lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, hari ini terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah ini.

Hanya lima tertuduh hadir dan membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim, manakala seorang remaja lain berusia 15 tahun gagal menghadirkan diri.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana secara berkumpulan mendatangkan kecederaan kepada mangsa di asrama anak yatim berkenaan antara jam 1 hingga 2 petang antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan yang dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM1,000.

Norhayati kemudian mengarahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM500 seorang sebelum mengeluarkan waran tangkap ke atas pelajar berusia 15 tahun yang tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah menetapkan 24 Disember depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman, sementara menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis. - Shamsul Munir Safini/6/11/14


TERTUDUH kes buli pelajar asrama anak yatim di sini dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin

[Berita Harian] KANGAR – Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad. Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.

Kelmarin, satu klip video berdurasi hampir tujuh minit yang menunjukkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama dipapar dan disebar di laman sosial. – 6/11/14

Lanjut di sini.


, , , ,

Selasa, 3 Jun 2014

Video Kumpulan Pelajar Perempuan Serang Rakan Tersebar


[MStar] PETALING JAYA: Satu lagi video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain muncul dan mendapat kritikan di media sosial.

Video berdurasi 1 minit, 17 saat itu dipercayai dirakam melalui telefon bimbit, bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar 'selfie' dan menunjukkan isyarat 'peace' di kamera.

Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

Kumpulan pelajar terbabit melakukan serangan dengan mengoyakkan tudung mangsa, mengheret, menendang dan menarik rambut mangsa, sehingga dia bertindak mengangkat tangan untuk melindungi mukanya.

Selepas serangan itu, mangsa menangis ditinggalkan sendirian di atas tangga.

Murid lelaki hanya memerhatikannya dari jauh tetapi tidak terlibat dalam serangan itu.

Video ini juga merakamkan isyarat tangan tidak sopan yang dilakukan oleh pelajar yang membuat rakaman tersebut yang merujuk dirinya sebagai 'pailang' (gangster).

Dia dilihat menggenggam kuat tangan mangsa pada awal rakaman video.

Walaupun kualiti video tersebut kabur, mangsa dilihat mula menangis pada permulaan rakaman, yang menunjukkan bahawa dia mungkin telah terdedah kepada tindakan lisan sebelum dipukul.

Tiada seorang pun daripada pelajar perempuan dalam video itu dilihat memakai lambang sekolah tetapi dipercayai mereka ialah pelajar dari sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.

Menurut polis, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar bulan April 2014. Laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. -2/6/14

,

Jumaat, 27 September 2013

Terpaksa Dikhatan Selepas Kemaluan Bengkak Diikat Getah



[HM] Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas kemaluannya membengkak dan sel kulit rosak akibat diikat dengan getah oleh rakan sekolah selama lebih empat jam.

Akibat kejadian Isnin lalu itu, Aqil Danish Yusri, murid tahun satu sebuah sekolah swasta di Taman Sri Gombak, dekat ini, juga terpaksa dikhatankan doktor bagi ‘menyelamatkan’ anggota sulitnya. 

Ibu kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai Salina, 35, berkata, pembedahan dilakukan selama lebih dua jam di Hospital Ampang Putri, pagi semalam dan kini anaknya masih berada di bawah pemerhatian doktor.

Menceritakan kejadian itu, Salina berkata, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu Aqil Danish pulang dari sekolah ke rumah mereka di Tamn Sri Gombak seperti biasa, namun dia mendapati anaknya itu tidak bermaya dan kerap ke tandas.

AQIL Danish terpaksa dibedah bagi menyelamatkan anggota sulitnya.

“Pelik dengan sikapnya, saya bertanya sama ada dia sakit atau demam, namun Aqil hanya memberitahu dia berasa seperti hendak demam,” katanya ketika ditemui, semalam. - 27/9/13



, , ,

Jumaat, 12 April 2013

Pelajar Pukul Ketua Kelas Dibuang Sekolah & Diberkas Polis


Polis Tahan Tiga Pelajar Sekolah Menengah Pukul Rakan

[Bernama] BUTTERWORTH: Polis menahan tiga pelajar sekolah menengah di Seberang Jaya, dekat sini yang sebelum ini dikenakan tindakan buang sekolah berhubung kes pukul seorang pelajar di sekolah yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata tiga pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Seberang Jaya di sini pada 11 malam Rabu.

"Kita tahan mereka semalam untuk ambil keterangan bagi melengkapkan siasatan. Jika polis dapat melengkapkan keterangan hari ini kita akan bebaskan pelajar terbabit.

"Sekiranya masih belum cukup (keterangan), polis akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka, semua itu bergantung kepada hasil siasatan kita," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Katanya setakat ini polis telah merakamkan percakapan lapan orang termasuk mangsa, pelajar yang merakamkan video pergaduhan itu dan guru di sekolah berkenaan.

Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Ahmad Tarmizi Kamaruddin dipetik sebagai berkata jabatannya telah membuang tiga pelajar dari sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya di sini setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar dalam kejadian 4 Mac lepas.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila tiga pelajar tingkatan tiga terbabit berang dengan tindakan ketua tingkatan yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.

Perbuatan mereka dirakam dan tersebar luas dalam laman YouTube sejak beberapa hari lepas dan mendapat komen negatif daripada orang ramai.







, ,

Selasa, 15 November 2011

[Video] Budak 10 Tahun GANTUNG DIRI kerana Diejek "Hodoh, Gemuk, Jalang"


Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Amerika Syarikat menggantung dirinya dengan selendang selepas dipanggil jalang, hodoh, dan gemuk.

Sebelum kejadian itu, Ashlynn Conner ada memberitahu ibunya bahawa dia mahu bersekolah di rumah kerana terganggu dengan kejadian buli yang menimpa dirinya. Namun permintaan Ashlynn telah ditolak.

Ibunya, Stacy Conner, memberitahu WCIA-TV "Saya fikir anak-anak adalah anak-anak yang kuat, dan itulah yang sering saya ungkapkan kepada mereka sebagai bimbingan dan nasihat. Kata-kata itu lebih kuat daripada kata-kata yang mungkin keluar dari mulut rakan mereka.

Stacy memberitahu WCIA-TV bahawa dia tahu anaknya dibuli, tetapi tidak menyangka hal itu serius. 

Kakak Ashlynn menemuinya tergantung di dalam almari pakaian pada hari berikutnya. -DCM




, ,

Jumaat, 9 September 2011

Kes Buli di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, BUKTI Jelas, Mengapa Hanya BUANG ASRAMA?

Saya petik:

[BH] ALOR SETAR: Seorang bapa kecewa dengan pihak pengurusan sebuah sekolah agama bantuan kerajaan di Jitra yang didakwa gagal mengambil tindakan tegas ke atas seorang pelajar senior yang membuli anaknya sehingga meninggalkan kesan trauma melampau.

Abu Bakar Mohd Salleh, 43, yang menetap di Kampung Kubang Bonggor, Alor Janggus mendakwa anaknya, Danial Wafiy Nuruddin Abu Bakar, 14, dibelasah tanpa belas kasihan oleh seorang pelajar tingkatan tiga di asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Jitra, pada 2 April lalu dipercayai bermotifkan cemburu.

Abu Bakar berkata, anaknya dibelasah bertubi-tubi termasuk ditendang di perut, disepak sehingga rebah sebelum dipukul dengan sebatang kayu kerusi di kepala berulang kali sehingga mendatangkan kecederaan termasuk bengkak, lebam dan luka seluruh badan.

Difahamkan, pelajar senior terbabit berang kerana tidak berpuas hati selepas mendapat tahu mangsa dijadikan adik angkat oleh seorang pelajar perempuan tingkatan empat sekolah itu.

Lebih memeranjatkan, aksi buli itu seolah-olah menjadi 'hiburan' kepada rakan pelajar senior terbabit yang turut merakamkan kejadian hampir 20 minit dengan telefon bimbit sebelum menghantar rakaman itu ke telefon bimbit mangsa.

Katanya, kejadian itu hanya disedarinya awal Julai lalu selepas anak keduanya, Nurul Ainin Sofia, 20, melihat rakaman kejadian buli itu menerusi kad sim milik Danial Wafiy yang dipasang menerusi telefon bimbitnya ketika pelajar itu pulang bercuti.

“Jika tidak kerana kad sim itu, pastinya saya tidak tahu anak saya dibuli teruk oleh pelajar senior terbabit, selain didera mental dan fizikal sehingga keputusan peperiksaannya dan prestasi pembelajarannya merosot. 

Tambahan pula Danial Wafiy tidak memaklumkan kepada kami, mahupun ibunya mungkin kerana takut diperlakukan lebih teruk lagi.
 
“Selepas menyaksikan rakaman video itu saya terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada 9 Julai lalu. Namun, saya kecewa kerana sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas pelajar senior terbabit oleh pihak berkuasa mahupun pihak sekolah.

“Pihak sekolah ada memanggil saya untuk berbincang mengenai kes berkenaan dan lebih mengecewakan mereka meminta saya menarik balik kes itu,” katanya. sambil menambah dia difahamkan pelajar senior itu hanya dikenakan tindakan dibuang asrama.

P/s: Saya memang pelik cara pihak sekolah, kementerian, pihak polis menangani masalah disiplin pelajar. Patutlah semakin banyak budak sekolah berkelakuan seperti penjenayah. Hukuman yang dikenakan terlalu ringan, terlalu banyak budi bicara tanpa memikirkan kesannya kepada persekitaran.

Kalau Mat Sabu belasah orang sudah tentu mahkamah sudah memenjarakannnya!


, , ,

Jumaat, 5 Ogos 2011

Susulan Kes Pelajar Diliwat, Didera, Dipaksa Seks Oral. Mangsa Dakwa Pelajar Senior Kencing di dalam Mulutnya

Saya petik:

[HM] SUNGAI PETANI: “Depa (tiga pelajar senior) melakukan seks bahagian belakang menyebabkan saya berasa sakit dan mahu menjerit, tetapi depa tutup mulut saya dengan tangan, selain diberi amaran tidak melaporkan kejadian kepada ibu bapa.”

Begitu kata murid yang mahu dikenali sebagai Din, sembilan tahun, dipercayai menjadi mangsa liwat tiga pelajar senior di sebuah sekolah tahfiz di Baling, dekat sini, pada bulan lalu.

Kejadian berlaku pada minggu kedua selepas mangsa memasuki sekolah itu pada 20 Jun lalu, namun kejadian terbabit hanya diketahui ibu bapanya ketika dijemput selepas sesi orientasi selama 40 hari pada 30 Julai lalu berikutan terdapat kesan lebam pada tubuhnya.

Din mendakwa dia bukan sahaja diliwat berulang kali oleh tiga pelajar berusia 12 tahun terbabit, malah dipukul dengan pelbagai objek selain diugut tidak menceritakan segala kejadian kepada sesiapa.

Menurutnya, perbuatan terbabit dilakukan tiga pelajar itu setiap hari, adakalanya pada waktu tengah hari, tetapi lebih kerap pada malam sama ada dalam bilik asrama, bilik air, surau dan tandas.

“Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 10 malam walaupun saya sedang tidur dalam bilik, tetapi mereka mengejutkan saya dan meliwat berulang kali. Saya hanya menangis kerana amat sakit.

“Saya tak boleh menjerit kerana mereka menutup mulut. Perbuatan itu berlaku beberapa minit sahaja dan sebelum keluar, mereka memberi amaran dan mengugut akan melakukan perbuatan lebih teruk jika diketahui orang lain,” katanya.

Selain diliwat, dia mendakwa dipukul dengan pelbagai objek antaranya kayu, kerusi, besi, penyangkut baju, getah paip serta ditumbuk, malah ketiga-tiga pelajar itu membuang air kencing ke dalam mulutnya.

Menurut Din, dia dan murid lain tidak mampu melawan kerana takut dengan tiga pelajar terbabit.

“Kejadian liwat dan dera berlaku berulang kali, namun saya tidak berani melaporkan kepada pengurusan sekolah kerana takut dipukul. Sebelum itu saya pernah dipukul dengan batang paip plastik kerana enggan bercakap akibat dipaksa makan tulang ikan oleh tiga pelajar itu.

“Pada mulanya, saya mahu memberitahu kejadian kepada ayah yang datang pada 25 Julai lalu, namun terpaksa berdiam diri dan memberitahu saya sihat kerana diberi amaran oleh pelajar itu dan pengurusan.

“Namun, saya lega apabila ayah datang pada 30 Julai lalu dan membawa saya keluar dari tahfiz itu sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan perubatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Johari Pak Zain, 44, berkata kejadian menimpa anaknya disedari ketika datang ke tahfiz berkenaan pada 25 Julai lalu selepas rakannya membuat laporan polis berhubung kecederaan yang berlaku terhadap anak kembarnya.

Menurutnya, pada mulanya dia terkejut melihat ada kesan lebam dan kecederaan pada muka dan telinga anaknya, lalu bertanya kepada pengurusan tahfiz itu, namun diberitahu Din mungkin mengalami alahan manakala cedera di telinga akibat bermain.

“Saya cuba bertanya kepada anak, namun memberitahu dia sihat dan tidak ada apa yang berlaku. Saya akur penjelasan daripada pengurusan sekolah lalu pulang.

“Tetapi, saya terkejut apabila mendapati ada kesan lebam pada tubuh anaknya apabila kembali melawatnya pada 30 Julai lalu. Justeru, saya kini akan membuat laporan polis lagi terhadap pengurusan tahfiz berkenaan untuk tindakan,” katanya.

 P/s: Gila! Apa pendapat Muhyiddin? Masih kemaruk dengan isu pelajar obes?


Berkaitan:
3 Murid Ditahan

[HM] ALOR SETAR: Polis menahan tiga murid sebuah sekolah tahfiz di Kuala Pegang, Baling kerana disyaki memukul, mendera dan meliwat tiga murid junior sekolah berkenaan sejak sebulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah, berkata semua suspek ditahan di surau sekolah tahfiz berkenaan kira-kira jam 2 pagi, Selasa lalu.

“Berdasarkan laporan ibu bapa mangsa pada 30 Julai lalu, kami menjalankan siasatan dan menahan ketiga-tiga suspek terbabit di surau tahfiz itu.

“Kami menahan mereka berikutan aduan bapa mangsa berhubung anaknya berusia sembilan tahun dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera tiga pelajar senior berusia 12 tahun.

“Berikutan itu, murid berkenaan terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan ketika menjalankan aktiviti keagamaan di sekolah tahfiz berkenaan, tetapi mereka dibebaskan sementara dengan jaminan polis kerana masih di bawah umur.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii,” katanya.
Semalam Harian Metro melaporkan seorang bapa kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu.

, , ,

Khamis, 4 Ogos 2011

Murid 9 Tahun Didera, Diliwat, Dipaksa Lakukan Seks Oral oleh Senior Berusia 12 Tahun. GILA!


Saya petik:

CEDERA...bapa berkenaan menunjukkan kecederaan pada telinga anaknya.
CEDERA...bapa berkenaan menunjukkan kecederaan pada telinga anaknya.

[HM] SUNGAI PETANI: “Tak sangka mereka tergamak berbuat demikian kerana perbuatan itu begitu zalim, sanggup meliwat, memukul dan mendera anak saya tanpa ihsan.”

Begitu kata seorang bapa yang kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang dikatakan mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku sejak sebulan lalu selepas murid berkenaan mendaftar masuk sekolah agama itu, malah seorang daripada mereka dikatakan diliwat beberapa kali dalam masa lebih sebulan.

Bapa yang enggan dikenali itu mendakwa, kejadian berlaku sejak dia mendaftar anaknya berusia sembilan tahun ke sekolah berkenaan dan murid terbabit mengikuti minggu orientasi 40 hari tanpa dibenarkan pulang ke rumah atau berjumpa waris.

“Saya terkejut apabila melihat muka anak lebam, selain bengkak kaki dan tangan. Telinga anak saya juga kehitaman manakala darah keluar melalui hidungnya. Saya terus membawanya ke hospital.

Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal 
[BH] SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.

Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu. 

Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka. 

Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.

Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.

“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.

“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesalahan.

“Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.

“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.


P/s: Gila! Bagaimana budak semuda ini tahu meliwat dan melakukan seks oral? Adakah kerana terlalu banyak membaca Utusex dan menonton tv pencacai rejim BN? Sila ambil perhatian dan iktibar!!!

, ,

Isnin, 9 Mei 2011

[Video] Pelajar Perempuan Dibuli (Jinjang), Bapa Lapor Polis


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun digunting rambut, leher dijerut dengan tali leher, selain berulang kali ditampar dua rakan sekelas dalam satu kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Jinjang, di sini, minggu lalu.

Perbuatan buli tidak berakhir di situ apabila perbuatan itu dirakam dengan telefon bimbit dan dimuat naik di laman sosial Facebook sebelum tersebar meluas di YouTube bermula kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu berlaku hanya kerana mangsa meminta mereka supaya tidak membuat bising berikutan ketiadaan guru di dalam kelas.

Dalam kejadian antara jam 8 hingga 10 pagi itu, semua pelajar sedang menunggu guru mata pelajaran lain selepas menamatkan sesi pembelajaran.

Rentetan tersebarnya rakaman kira-kira tiga minit di Internet, bapa mangsa berusia 47 tahun membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK).

Zakaria berkata, berdasarkan keterangan mangsa kejadian buli itu berlaku seminggu lalu ketika guru tiada di dalam kelas.

“Mangsa dan dua pelajar yang membulinya belajar dalam kelas yang sama. Mangsa mendakwa ditampar beberapa kali di kepala, rambutnya digunting dan lehernya dijerut menggunakan tali leher.

“Tiada kecederaan serius dialami mangsa, namun polis mengarahkan rujukan dilakukan di hospital untuk keselamatannya selain bagi memudahkan siasatan,” katanya.

Zakaria berkata, mangsa pada mulanya sudah mengabaikan kejadian itu, malah cuba melupakannya, namun kecewa apabila mengesan klip video dia dibuli dimuat naik di laman sosial Facebook pada 6 Mei lalu sebelum tersebar di Internet mulai kelmarin.

Dalam rakaman video berkenaan, terdapat kelibat dua pelajar perempuan bergilir-gilir membuli mangsa sambil disaksikan beberapa pelajar lain.

Mangsa yang ditampar menangis sambil merayu dikasihani. Namun, rayuannya tidak diendahkan sebelum seorang daripada pelajar perempuan itu mengambil tali leher dan menjerut lehernya.

Rakan sekelasnya turut menggunting rambutnya sebelum mereka menghentikan perbuatan itu selepas menyedari kehadiran guru kelas.

Semalam, rakaman kedua adegan buli berkenaan yang selama 3.09 minit sekali lagi dimuat naik di YouTube kira-kira jam 4 petang yang turut menyiarkan sari kata serta muzik latar.

P/s: Mahiaddin hanya risau pelajar menjadi obes. Dia tidak risau peningkatan kes salah laku pelajar di sekolah yang semakin kronik. Video tingkah laku yang tidak sepatutnya berlaku ini boleh anda tonton di sini.


Kemas Kini (10/5):
Empat Pelajar Perempuan Terlibat Kes Buli Digantung Serta Merta
[Mstar] PETALING JAYA: Empat orang pelajar sebuah sekolah menengah di Kepong yang dirakam sedang membuli seorang rakan sekelas mereka sebagaimana yang dimuatnaikkan di dalam rangkaian YouTube telah digantung persekolahan mereka berkuatkuasa serta merta.

Kejadian tersebut disahkan berlaku di SMK Raja Abdullah, Kepong. Hukuman yang dikenakan ke atas mereka ialah pengantungan selama 14 hari.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong mengesahkan perkara itu dalam twitternya, Isnin.

Beliau juga mengesahkan mereka yang terlibat akan diwajibkan melalui proses kaunseling.

“Satu pertemuan telah pun diadakan dengan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan (Mohd Adenan Deraman), wakil pihak sekolah, mangsa buli dan juga wakil keluarganya untuk menangani isu ini," katanya.

Menurut Dr Wee, keluarga murid yang menjadi mangsa buli itu berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil oleh pihak jabatan dan sekolah.....



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH