Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label juvana. Papar semua catatan

, , , ,

Khamis, 6 November 2014

Geng Buli Singlet Dikenal Pasti, Kejadian Berlaku...



[Harian Metro] Kuala Lumpur: Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin.

"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Pengguna laman sosial mula gempar apabila video buli berdurasi 4 minit dan 37 saat dimuat naik malam Isnin lalu, memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja memakai singlet hitam memukul sembilan pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama. -Mohamad Azim Fitri Abd Aziz /6/11/14


Kemas Kini:

BULI: Kes empat tahun lalu, budak singlet hitam telah dibuang sekolah

Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik

[Bernama] KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti suspek utama dalam video klip aksi buli diketuai seorang remaja lelaki memakai singlet hitam yang viral di laman sosial baru-baru ini, yang berlaku di Pontian, Johor empat tahun lalu.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Asmawati Ahmad berkata hasil semakan dengan pihak sekolah berkenaan mendapati suspek utama (bersinglet hitam) telah dibuang sekolah pada Ogos 2011.

"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti. Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

Beliau berkata pihak sekolah turut mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Sementara itu, Asmawati berkata dalam satu lagi kes yang turut tersebar, hasil siasatan polis mendapati hanya enam remaja yang terlibat memukul seorang remaja lelaki berbaju T merah di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.

"Kejadian itu telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada polis pada 6 Jun lepas dan keterangan mangsa berumur 11 tahun telah diambil.

Siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun dan kes telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi," katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama itu supaya tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

"Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada polis jika mengesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat tidak berasas," katanya. -7/11/14

, , , ,

Buli Rumah Anak Yatim: Lima Pembuli Mengaku Salah


[Harian Metro] Kangar: Lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, hari ini terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah ini.

Hanya lima tertuduh hadir dan membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim, manakala seorang remaja lain berusia 15 tahun gagal menghadirkan diri.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana secara berkumpulan mendatangkan kecederaan kepada mangsa di asrama anak yatim berkenaan antara jam 1 hingga 2 petang antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan yang dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM1,000.

Norhayati kemudian mengarahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM500 seorang sebelum mengeluarkan waran tangkap ke atas pelajar berusia 15 tahun yang tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah menetapkan 24 Disember depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman, sementara menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis. - Shamsul Munir Safini/6/11/14


TERTUDUH kes buli pelajar asrama anak yatim di sini dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin

[Berita Harian] KANGAR – Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad. Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.

Kelmarin, satu klip video berdurasi hampir tujuh minit yang menunjukkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama dipapar dan disebar di laman sosial. – 6/11/14

Lanjut di sini.


, ,

Sabtu, 30 November 2013

Budak 11 Tahun ROGOL Budak 6 Tahun, Ceritanya....

Sekadar hiasan.

[Mstar] MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di rumah pengasuh kanak-kanak itu.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 7 November lalu dan laporan perubatan yang baru sahaja dikeluarkan menunjukkan selaput dara kanak-kanak itu koyak.

Polis kini menyiasat kes yang boleh menjadi sebagai perogol yang paling muda di negara ini.

Kedua-dua kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh pada kira-kira pukul 2 petang apabila seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 43, menyedari bahawa rumah di Alor Gajah itu senyap tidak seperti biasa.

Pengasuh itu pergi ke kedai runcit berhampiran, maka jiran tersebut memasuki rumah melalui pintu belakang dan pergi untuk menyiasat.

Secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan berkenaan keluar dari bilik dengan tergesa-gesa dengan ketika itu tidak berpakaian sepenuhnya.

"Dia menangis dan kelihatan terkejut," kata Shima.

Selepas menenangkan kanak-kanak perempuan itu di bawah, jiran telah memeriksa rumah tersebut dan budak lelaki itu, yang merupakan anak tirit kepada pengasuh kanak-kanak terbabit, bersembunyi di sebalik pintu bilik yang lain.

"Dia hanya memakai seluar," kata Shima.

"Dia memberitahu saya bahawa dia sedang bersiap untuk menghadiri kelas agama."

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, jiran yang kemudian menelefon ibu gadis itu , 35, dan menceritakan kejadian itu.

Apabila ibu meminta anaknya menceritakan apa yang terjadi, dia menjawab bahawa budak itu telah baring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat pada kemaluannya.

Ibu kanak-kanak perempuan itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Polis kini sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kanak-kanak perempuan itu, merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, telah dihantar ke rumah pengasuh kerana dia merupakan seorang anak kecil berbanding adik-beradik yang lebih tua dan lebih muda daripadanya.

Dua kanak-kanak lain sedang tidur pada waktu tengah hari ketika kejadian itu berlaku.

Pengerusi Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie), Mak Chee Hin percaya budak itu mungkin boleh bertindak sedemikian berdasarkan apa yang telah dilihat dalam filem lucah, mungkin di Internet.

"Adalah sukar untuk mempercayai bahawa seseorang yang berusia 11 tahun boleh pergi sampai ke tahap itu," katanya.

Terdapat beberapa kes kanak-kanak meniru perbuatan buruk yang mereka telah melihat di laman web tertentu, katanya.

Mak meminta supaya penapis web dan menyekat perisian diharuskan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengakses laman web yang tidak sesuai seperti lucah atau lain-lain.

"Atau kita harus menetapkan umur minimum untuk melayari laman web," katanya.


P/s: GILA!!!!

, ,

Sabtu, 5 Januari 2013

Budak 13 tahun Mengaku Peluk, Cium, Raba Wanita Berusia 28 Tahun



[BH] Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

“Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum,” katanya. 
 
 
Laporan awal di sini.
 
 
 P/s; Apakah yang mendorong budak mentah ini berbuat demikian? Rasa-rasanya banyak orang tahu sebab banyak remaja terlibat dalam salah laku seks dan aktiviti antimoral.



 
 

,

Selasa, 1 November 2011

Budak Darjah 1 dan 2 Dalang Pecah Rumah


Saya petik:

[HM] PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di sini, sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama. 

Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40 dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis Abdul Razak Abd Majid, berkata kanak-kanak itu mengaku memecah masuk rumah jiran ketika penghuninya tiada di rumah menggunakan kunci yang disorokkan penghuni di dalam kasut.

“Mereka masuk ke dalam rumah terbabit menggunakan kunci yang dijumpai dan mengambil apa saja barang disukai.

“Malah, suspek juga ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan terbabit terutama ketika penghuni keluar bekerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini, semalam. 

Abdul Razak berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai barangan berharga termasuk dua kasut yang dibeli dari wang curi, jam tangan Casio, topi, pemacu pena (pendrive), wang RM14 dan telefon bimbit. 

“Barangan yang ditemui itu dipercayai tidak sempat dijual, malah kami difahamkan terdapat beberapa barangan yang sudah dipulangkan kepada pemiliknya oleh ibu bapa mereka selepas mendapati ia bukan kepunyaan mereka,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak sekolah untuk memberikan kaunseling serta nasihat kepada kanak-kanak terbabit.

P/s: PARAH!


, , ,

Jumaat, 30 September 2011

George Junius Stinney Dieksekusi di Kerusi Elektrik pada Usia 14 Tahun, Kini Ada Dakwaan Bahawa Dia Tidak Bersalah


Saya terharu sedikit apabila membaca berita tentang remaja bernama George Junius Stinney yang dikenakan hukuman mati di AS awal tahun 40-an. Cara penyiasatan dan pendakwaan umpama melepaskan batuk di tangga mungkin menyebabkan seorang budak yang tidak bersalah dihukum mati. 

Dia hanya setinggi 5 kaki 1 inci, berat 95 poun dan apabila polis membawa Stinney ke dewan hukuman pada tahun 1944, dia hanya berusia 14 tahun. Stinney didakwa orang termuda yang menerima hukuman mati di Amerika Syarikat

Semasa di dewan hukuman, pihak polis terpaksa meletakkan buku-buku besar di tempat duduk supaya kepalanya boleh mencapai elektrod pada kerusi elektrik.

Stinney dari Alcolu, South Carolina, didapati bersalah oleh mahkamah pada waktu itu kerana dakwaan membunuh dua orang kanak-kanak perempuan kulit  putih selepas pihak polis berkata dia telah mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Hari ini, menurut sumber yang dipetik DM, seorang peguam bertekad untuk membuktikan bahawa Stinney tidak bersalah dan memanggil pendakwa daerah Claredon County di South Carolina untuk membuka kes itu semula.

Kedua-dua kanak-kanak perempuan yang dibunuh itu ialah Betty Jun Binnicker, 11 tahun dan Mary Emma Thames, 8 tahun. Mereka dilaporkan hilang sehari selepas dilihat mereka menunggang basikal ketika mencari bunga di pekan Alcolu.

Pada masa itu, kawasan penempatan orang kulit putih dan orang kulit hitam telah dipisahkan oleh trek kereta api.

Kedua-dua budak perempuan itu kemudiannya ditemui mati di dalam parit, dibunuh dengan menggunakan kayu landasan kereta api seperti yang dilaporkan oleh thegrio.com.

Stinney yang menyertai pasukan mencari memberitahu bahawa dia ada melihat budak-budak itu pada hari mereka hilang. Selepas membuat kenyataan itu, Stinney telah ditangkap dan dituduh membunuh dua orang budak perempuan kulit putih itu.

Dia telah dibawa ke balai polis dan telah disoal siasat selama berjam-jam tanpa kehadiran ibu bapanya. Ada laporan mendakwa pihak polis menawarkan Stinney ais krim jika dia mengaku kepada mereka bahawa dia telah melakukan pembunuhan tersebut.

Stinney secara lisan mengaku dan hingga ke hari ini tiada rekod bertulis tentang pengakuannya dalam arkib. Selain itu,  tidak ada bukti fizikal yang mengaitkan Stinney dengan pembunuhan itu, malah  tiada rekod di atas kertas menyabitkan Stinney.

Atas kepincangan yang berlaku, peguam Steve McKenzie berkata kes itu perlu dibuka semula kerana kekurangan bukti atau bahan arkib. Beliau berhujah bahawa Stinney merupakan 'sasaran mudah' dan telah digunakan sebagai 'kambing hitam' oleh pihak polis yang ingin mencari dan menghukum sesiapa sahaja yang mereka boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu.

Fakta melibatkan kes juvana di AS:
  • Orang termuda yang pernah disabiutkan dengan hukuman mati di Amerika Syarikat ialah Orang Indian Amerika James Arcene kerana peranannya dalam suatu rompakan dan pembunuhan yang dilakukannya pada usia 10 tahun. Walau bagaimanapun dia telah dihukum mati pada 18 Jun 1885 pada usia 23 tahun.
  •  
  • Pelaksanaan terakhir melibatkan juvana ialah Shockley Leonard yang disabitkan dengan pembunuhan Dia telah menerima hukuman mati di dewan gas Maryland pada 10 April 1959 ketika berumur 17 tahun.
  •  
  • Pelaksanaan hukuman mati terawal yang diketahui ialah  Thomas Graunger pada tahun 1642. Dia berusia 16 atau 17 ketika menerima hukuman.
  •  
  • Sejak tahun 1642, kira-kira 364 pesalah juvana telah dihukum mati di AS.
  •  
  • Bermula tahun 1964, tiada siapa yang telah dieksekusi di bawah umur 19 tahun.
  •  
  • Orang terakhir yang akan dikenakan hukuman mati ketika masih juvana ialah Scott Hain. Dia telah dieksekusi ketika  berumur 32 di Oklahoma kerana melakukan pembunuhan dan penculikan pada usia 17 tahun. -DCM



, ,

Jumaat, 24 Jun 2011

"Toyol Junior" Perompak Paling Muda di Malaysia


Saya petik:
[HM] KOTA KINABALU: Dalam usia baru mencecah lapan tahun, seorang murid sekolah rendah di sini mungkin mencatat rekod perompak termuda di negara ini apabila ditahan bersama dua rakannya selepas memecah masuk pangsapuri seorang pensyarah dan melarikan barang bernilai lebih RM20,000.

Kegiatan penjenayah cilik itu bersama dua rakan masing-masing berusia 15 dan 29 tahun terbongkar selepas polis menyerbu ‘markas’ mereka yang berhampiran pangsapuri itu, kira-kira jam 1.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata ketika diserbu ketiga-tiga mereka asyik membahagikan barangan curi dari rumah berkenaan.

Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari pada Isnin lalu, seorang pensyarah pusat pengajian tinggi tempatan membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk dan kehilangan kamera digital, tiga komputer riba, empat telefon bimbit dan barang kemas dengan kerugian keseluruhannya dianggarkan RM20,000.

“Sebaik menerima laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan mengesan tiga individu dipercayai terbabit kejadian itu di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.

“Dalam serbuan ke atas rumah itu polis menahan tiga suspek termasuk seorang murid sekolah yang berusia lapan tahun,” katanya pada sidang media IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Ahmad Sofi berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, polis menemui semula semua barangan dicuri.

Menurutnya, siasatan polis mendapati ketiga-tiga suspek memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil tingkap sebelum melarikan barang berharga mangsa.

“Kemungkinan suspek berusia lapan tahun itu masuk terlebih dulu sebelum membuka pintu bagi memudahkan dua rakannya menyelinap masuk. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Ahmad Sofi berkata, ketiga-tiga suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

, ,

Selasa, 7 Jun 2011

Budak Lelaki Comel Berusia 12 Tahun Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup. Mengapa?

Cristian Fernandez
Pendakwa raya di Miami mahu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi. Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun.

Pendakwa raya Angela Corey berkata: “Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini.” Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun. Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.

Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu. David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya. Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya. Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya.


P/s: Bagaimana budak ini comel ini menjadi ganas? Lihat persekitaran hidupnya, lihat juga pengaruh media di AS. Jika kes rogol melibatkan budak semuda 9 tahun sudah wujud di negara ini, jangan terkejut jika budak seusia Cristian ini didapati bersalah membunuh kejam di negara ini suatu hari nanti.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH