Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kecuaian. Papar semua catatan

, , ,

Ahad, 11 Oktober 2015

Akibat Leka Main Facebook, Anak Mati Lemas



YORKSHIRE - BRITAIN. Gara-gara leka melayari laman sosial Facebook, seorang ibu dipenjara selepas kecuaianya itu menyebabkan anaknya mati lemas. 

Kanak-kanak berusia dua tahun, Joshua Barnett lemas terjatuh ke dalam kolam di halaman rumahnya di Beverley, East Yorkshire pada 17 Mac lalu.

Ibunya, Claire Barnett, 31, yang berada di dalam rumah pada ketika itu langsung tidak menyedari anaknya itu terjatuh ke dalam kolam kerana leka melayari Facebook.

Selepas menyedari perkara itu, dia cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, namun sudah terlambat. 

Sebelum ini, wanita itu turut didakwa membiarkan anaknya itu bermain bersama rakannya di jalan raya tanpa pengawasannya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hampir dilanggar oleh kereta. 

"Anak kamu mati akibat kelalaian dan perlu diambil tindakan untuk memberi pengajaran atas tindakan kamu itu," kata Hakim Jeremy Richardson. - Sinar Harian/11/10/15

,

Jumaat, 24 Julai 2015

Budak 3 Tahun Hancur Pergelangan Tangan Tersepit Eskalator


GEORGE TOWN: Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun parah selepas tangannya tersepit pada eskalator sebuah pusat membeli belah di George Town.

Dalam kejadian kira kira jam 6 petang Rabu, mangsa Ng Wei Kang bersama keluarga sedang membeli belah di sebuah pasar raya di sini.

Menurut bapa mangsa, Ng Juen Shen, 34, ketika menaiki eskalator berkenaan anaknya berada di tepi tangga dan memegang bahagian tepi tangga berkenaan dan tiba tiba terkejut apabila terdengar bunyi meletup.

Dia kemudian melihat tangan anaknya tersepit hampir 30 minit sebelum anggota bomba dan penyelamat tiba.

"Dia duduk, baru masuk tangan di dalam. Emak dia tarik tangan dia. Lepas itu dia duduk, tangan dia letak dan sangkut di dalam.

"Tangan dia hancur; lima jari semua hancur," kata Juen Shen.

Sementara itu, pasukan perubatan yang merawat mangsa mengesahkan tangan kanan Wei Kang parah hingga ke bahagian pergelangan dan berkemungkinan akan dipotong.

Keadaan mangsa stabil, namun masih tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahab mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian.- Astro Awani/23/7/15

,

Sabtu, 16 Mei 2015

Doktor Tertinggal Telefon Bimbit di dalam Perut Pesakit



KUALA LUMPUR: Seorang pakar sakit puan di Jordan didakwa tertinggal telefon bimbitnya dalam abdomen pesakit semasa pembedahan Caesarean bulan lepas.

Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Amman untuk pembedahan Caesarean pada 24 April, laporGulf News.

Difahamkan, atas kecuaian pakar perubatan, telefon bimbit milik doktor berkenaan dijahit bersama semasa membantu pesakit itu melahirkan anak.

Menurut ibu pesakit, Majeda Abdul Hamid, 36, selepas Hanan melahirkan seorang bayi lelaki seberat 4.8 kilogram, dia telah dibawa pulang ke rumah atas kebenaran pakar perubatan.

Tetapi, keadaan menjadi teruk apabila Hanan berada dalam kesakitan setiap hari. 

“Anak saya mengalami kesakitan perut yang teruk sehingga dia tidak dapat bergerak.

Saya bergesas kembali ke hospital itu bersama Hanan tetapi mereka memberitahu tidak ada sebarang komplikasi dalam perutnya,” kata Majeda. 

Hanan kemudian dibawa ke hospital awam Al Bashir dan pakar perubatan di hospital itu mendedahkan imej objek asing di dalam perutnya semasa pemeriksaan X-ray sebelum dibedah keluar dari perut pesakit.

Kes ini hangat diperkatakan sehingga dibicarakan di Parlimen Jordan, dan seorang ahli parlimen Salim Al Bataynah menggesa Menteri Kesihatan Jordan untuk meletakkan jawatan berikutan skandal yang memalukan ini.

"Parlimen perlu menunjukkan tanggungjawab atas kes ini,” kata Salim.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Jordan, Hatem Al Azrae pula berkata, tuduhan ini ‘tidak berasas dan palsu’, namun menyatakan pihak Kementerian akan menyiasat kes ini.-Kohilah Sekaran/AstroAwani/15/5/15


,

Jumaat, 11 Julai 2014

[Video] Lamborghini Gallardo Rempuh Simen Konkrit, Valet Hotel Sebabkan Kerosakan Bernilai RM818,000


[Mstar] SEORANG pemilik kereta sukan, Lamborghini Gallardo hanya mampu melihat keretanya yang sedang dipandu oleh pemandu kenderaan tetamu sebuah hotel merempuh simen konkrit sehingga menyebabkan kerosakan bernilai RM818,000.

Kejadian itu berlaku di hadapan lobi Hotel Le Meridien, New Delhi ketika pemiliknya, Nipun Miglani sedang menunggu keretanya untuk pulang.

Mengikut kemalangan yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) hotel, kereta sukan itu gagal dikawal pemandu ketika kawasan tersebut sesak dengan kenderaan lain.

Lamborghini Gallardo itu tiba-tiba bergerak laju melanggar belakang sebuah kereta sebelum merempuh tembok konkrit hotel hingga pecah.

Akibatnya, kereta mewah itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

Pemiliknya, Miglani memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel berikutan kerosakan kereta tersebut.

Harga sebuah kereta import dan kos mendapatkan alat ganti di India lebih mahal daripada negara lain kerana duti import. -11/7/14



, , ,

Ahad, 15 Jun 2014

Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter



[Mstar] SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.

Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.

Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun. -15/6/14


,

Jumaat, 3 Januari 2014

Lagi Kes Kanak-kanak Meninggal Dunia Kerana Ditinggalkan di dalam Kereta


KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.

[BH] Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang.

Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota.

Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska.

“Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Lupa hantar anak ke taska 

Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas -3/1/14


,

Rabu, 30 Oktober 2013

[PANAS] Akibat "KeBijakan" Kerajaan BN, Rakyat Sengsara Tanpa Subsidi Gula


Gula Mahal Sebab Kerajaan ‘Terlalu Bijak’ Import Gula Mentah -Tony Pua

[Roketkini] KUALA LUMPUR, 29 OKTOBER: DAP mengecam tindakan kerajaan yang menggunakan perlbagai helah sebagai alasan untuk menghapuskan baki subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram bersamaan RM521 juta setahun.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pengurangan gula dapat meningkatkan ‘libido’ serta mengaitkan kematian mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akibat diabetes sama sekali tidak boleh diterima.

Menurut beliau, hakikat sebenar rakyat terpaksa ‘menikmati’ gula lebih mahal kerana tindakan kerajaan menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.

“Jika kita mengambil kira harga gula mentah di pasaran antarabangsa sekarang iaitu US$18.91 setiap 100lbs, bukan sahaja kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi malah harga gula akan menjadi lebih daripada RM2.84 sekilogram.

“Pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan telah menanda tangan perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs.

“Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan membeli gula mentah dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga pasaran ketika itu iaitu US$23.42? Perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran dan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan menegaskan, beliau ketika itu telah memberi amaran kepada kerajaan bahawa semua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat ‘excessive supply’ atau pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.

“Tetapi amaran saya langsung tidak dihiraukan kerajaan, malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab di Parlimen kononnya ‘harga gula mentah dunia dijangka akan terus meningkat pada masa depan’,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan bertanggungjawab kerana membuat keputusan yang tidak wajar, akhirnya menyusahkan semua rakyat.

“Ismail Sabri pada Januari tahun lalu dengan angkuhnya menyatakan ‘let me remind you that the government is smart’ kerana menanda tangan perjanjian tiga tahun itu.

“Sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa menjunam serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013. Ini bermakna kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran bulan lalu.

“Mengikut harga pasaran sekarang, kerajaan sudah terlebih bayar sebanyak RM194 juta atau mengimport 2.73 bilion paun gula mentah setiap tahun. Hari ini, ia dibuktikan bahawa keputusan itu adalah ketetapan yang salah dan amat merugikan negara.

Beliau turut menggesa kerajaan memperjelaskan mengapa mereka mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula ‘duopoli’ di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd.

“Bukankah ia lebih baik untuk rakyat jika syarikat ini diberi tekanan untuk bersaing dan tidak dilindungi pihak kerajaan daripada risiko pasaran?

“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula. Jelas, sebab utama mengapa ia meningkat bukannya penyakit kencing manis atau pengurangan subsidi tetapi disebabkan tindakan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Akibatnya, kerugian beratus-ratus juta ini terpaksa ditanggung rakyat,” tegasnya.

Tambahnya, kerajaan perlu mengakui kesalahan yang dilakukan, menyiasat sebab gula mentah diimpot dengan harga jauh lebih mahal dan mengumumkan dasar pembetulan (corrective action) supaya penambahan beban rakyat tidak diulangi. - 29/10/13


P/s: Ingat gula mahal, ingat Pak Menteri di atas, 5 tahun lagi, pakat-pakat undi lagi dia dan geng.


, ,

Rabu, 23 Oktober 2013

Empangan Cameron Lepaskan Air, 3 Nyawa Terkorban, Jutaan RM Harta Musnah, Siapa Wajar Dipertanggungjawabkan?


Empangan Cameron Highlands lepaskan air, tiga maut

[MK] Pasukan polis mengesahkan tiga orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.

Ketua polis daerah Cameron Highlands Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan Bernama menyebut, dua daripadanya mati lemas dan seorang lagi maut akibat serangan jantung.


Seorang wanita warga Indonesia juga dipercayai hilang manakala seorang lelaki cedera dalam kejadian jam 1 pagi itu, katanya.

Menurutnya, banjir kilat akibat limpahan air berkenaan memusnahkan kira-kira 80 buah rumah dan juga kenderaan di kawasan Lembah Bertam.

Menurut Mohd Zahari, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.


"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Sementara itu, ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi mengendali empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.


Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.

Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.

"Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya di Facebook.

Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah.

Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir.

Di Kedah, Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya. - 23/10/13


P/s: Rata-rata media perdana menggambarkan kejadian banjir lumpur ini berlaku sebagai suatu tragedi dan bukannya salah pihak tertentu. Kejadian ini mungkin dapat dielakkan jika pelepasan air dilakukan lebih awal bukannya apabila air sudah di paras kritikal. Di mana logiknya air melimpah ruah membawa lumpur sehingga menenggelamkan rumah jika air di empang itu dilepaskan mengikut peraturan atau dilepaskan lebih awal. Perlu kita ingat, air tidak melimpah secara TIBA-TIBA. Air naik ke paras bahaya dalam tempoh masa berhari-hari atau berminggu-minggu.

Baca pendedahan lanjut di sini.


,

Khamis, 12 September 2013

[Gambar] Kanak-kanak 2 tahun Maut Dilanggar Kereta "Dipandu" Abang


[Bernama] Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dirempuh kereta bapanya berikutan tindakan abangnya yang berusia empat tahun bermain-main di dalam kereta berkenaan dalam kejadian di Taman Kerian dekat Parit Buntar semalam.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata Mohd Adam, 2, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah kereta itu mengundur dan merempuh anaknya itu.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Mohd Ali berkata beliau berada di dalam rumah untuk mengambil barang selepas pulang daripada menghantar isterinya yang berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai.

"Saya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan bergegas keluar dan mendapati anak saya Aiman Yasin cuba menghidupkan enjin kereta," katanya.

Menurutnya, beliau cuba menahan anaknya itu daripada menghidupkan enjin, namun gagal lalu mengakibatkan kereta mengundur dan melanggar Mohd Adam yang berada di belakang kereta.

"Saya tidak menyangka kereta itu mengundur dan percaya Aiman Yasin telah memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain," katanya.

Beliau berkata Mohd Adam cedera parah akibat tersepit antara kereta dan dinding rumah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian itu.


P/s: Kecuaian membawa padah!!!

Foto: SH

Berkaitan:

Main-main Bawa Maut

[HM] Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 

Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.


MOHD Ali hanya mampu terpaku anaknya maut akibat kecuaian.


Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.




, , ,

Ahad, 21 Julai 2013

Bayi China Maut "Dipanggang" di dalam Inkubutor, Pihak Hopsital Enggan Bertanggungjawab



[HM] Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.

Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter.

Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.

Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.


KAKITANGAN hospital mengerumuni mayat bayi berkenaan.

Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu.

Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya.

Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.

Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema. 

Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia. 

Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.

Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH