Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label laman sosial. Papar semua catatan

,

Khamis, 15 Oktober 2015

Wanita Bunuh Diri Selepas Ditegur Ketagih Media Sosial oleh Suami



Seorang wanita yang ketagih media sosial dilapor membunuh diri selepas suaminya menegur obsesi wanita berkenaan terhadap media sosial. - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR : Seorang wanita yang didakwa ketagih menggunakan media sosial dilaporkan bertindak membunuh dirinya selepas suaminya dikatakan menegur sikap obses wanita terbabit terhadap media arus baru itu.

Memetik laporan India Times, wanita yang baru berkahwin itu sering dimarahi oleh suaminya kerana sentiasa ketagih menggunakan laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

Menurut pihak polis, Aparna, 22 dari Kerala dikatakan seorang pengamal media sosial yang akif sehingga menghabiskan banyak masa di media sosial. 

Serik dengan perbuatan itu, suaminya, Kumar yang merupakan seorang pemandu lori bertindak merampas telefon bimbitnya sebagai satu pengajaran. 

Kecewa dengan tindakan suaminya, wanita berkenaan kemudian menelefon abangnya dengan telefon bimbit yang lain untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Dia kemudian dilapor mengunci dirinya di dalam bilik tidur dan tidak mengendahkan rayuan daripada ahli keluarga untuk membuka pintu tersebut.

Kumar kemudian mendapati isterinya mati tergantung pada siling dalam bilik tidur di rumah mereka.
Walaupun Arpana dikejar ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, namun tidak sempat untuk menyelamatkannya. 

Bagaimanapun, pihak polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu. -Awani/14/10/15


, , ,

Ahad, 11 Oktober 2015

Akibat Leka Main Facebook, Anak Mati Lemas


YORKSHIRE - BRITAIN. Gara-gara leka melayari laman sosial Facebook, seorang ibu dipenjara selepas kecuaianya itu menyebabkan anaknya mati lemas. 

Kanak-kanak berusia dua tahun, Joshua Barnett lemas terjatuh ke dalam kolam di halaman rumahnya di Beverley, East Yorkshire pada 17 Mac lalu.

Ibunya, Claire Barnett, 31, yang berada di dalam rumah pada ketika itu langsung tidak menyedari anaknya itu terjatuh ke dalam kolam kerana leka melayari Facebook.

Selepas menyedari perkara itu, dia cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, namun sudah terlambat. 

Sebelum ini, wanita itu turut didakwa membiarkan anaknya itu bermain bersama rakannya di jalan raya tanpa pengawasannya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hampir dilanggar oleh kereta. 

"Anak kamu mati akibat kelalaian dan perlu diambil tindakan untuk memberi pengajaran atas tindakan kamu itu," kata Hakim Jeremy Richardson. - Sinar Harian/11/10/15

, ,

Selasa, 11 November 2014

Padah Jumpa Rakan WeChat, Budak 12 Tahun Diperkosa Lelaki 27 Tahun


[Sinar Harian] MANJUNG – Tindakan berani seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baharu dikenali menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di Pantai Remis, dekat sini, Khamis lalu.

Pelajar tahun enam yang baru mengenali suspek berumur 27 tahun tak sampai 24 jam telah menjemput lelaki itu bertemu dengannya di kampung mangsa di Beruas kira-kira jam 12 tengah malam.

Tindakan berani itu menyebabkan mangsa dirogol kenalan baharunya dalam sebuah kereta di tepi pantai.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, mangsa dikatakan telah keluar bersama rakan baharunya itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, kononnya untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, menurutnya, suspek berusia 27 tahun itu berjaya diberkas anggota Balai Polis Pantai Remis beberapa jam kemudian.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor itu mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya.

“Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi pantai di Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya,” katanya.

Tengku Mohd Zailan berkata, suspek yang juga berasal dari Pantai Remis direman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol.

“Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah,” katanya. -10/11/14

, ,

Isnin, 17 Februari 2014

Jerat Laman Sosial: Remaja Diperkosa Lebih Lima Lelaki


[SH] TUMPAT - Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Geting di sini.

Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini menerusi laman sosial.

Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi.

“Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal.

"Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya.

“Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir.

“Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan diri," katanya.

Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah di Pangkalan Chepa.

Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini.

“Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. -17/2/14


, , ,

Jumaat, 21 Jun 2013

Bahana Cinta Kenalan FB, Remaja Dirogol & Diliwat Bergilir-gilir


[SH] MARANG - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

,

Ahad, 12 Mei 2013

Lebih 600 Ribu Rakyat Malaysia Pelbagai Usia Cari ‘Teman Ranjang’ di Laman Sosial Antarabangsa




[HM] Kuala Lumpur: Mengejutkan apabila lebih 600,000 individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, dikesan mendaftar dalam sebuah laman sosial antarabangsa semata-mata untuk mencari kenalan baru yang boleh dijadikan teman ranjang.

Pemantauan Metro Ahad lebih tiga bulan mendapati, mereka dalam lingkungan usia 18 hingga 56 tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian.

Wartawan yang membuat penyiasatan dengan mendaftar sebagai ahli mendapati, lebih 564,576 lelaki dan 26,647 wanita mencari pasangan berlainan jenis sebagai teman ranjang, manakala selebihnya membabitkan kumpulan pondan, gay dan lesbian serta kumpulan individu yang berminat menyertai aktiviti seks secara berkumpulan.

Lebih teruk, ada antara mereka mengakui sudah berumah tangga tetapi mahukan layanan seks daripada pasangan yang jauh lebih muda.

Selain itu, ada ahli daripada pasangan kekasih dan pasangan berkahwin yang turut mendaftar dengan tujuan mahu bertukar-tukar pasangan serta mencari pasangan bagi aktiviti seks liar.

Pemantauan mendapati, kebanyakan individu terbabit tanpa rasa segan turut meletakkan gambar serta video bogel ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan yang diambil dan dimuat turun sendiri bagi menarik minat ahli lain.

Ada antaranya turut menggunakan kemudahan itu dengan menawarkan khidmat seks ‘suka sama suka’ dan secara berbayar.

Dipercayai sudah lama menjadi tumpuan, ada ahli turut menubuhkan kumpulan tertentu dalam laman sosial itu bagi memudahkan carian pasangan yang diingini, selain menjadi tempat mengemas kini maklumat, terutama membabitkan aktiviti penganjuran parti secara beramai-ramai.

Untuk menghubungi individu berkenaan juga sangat mudah berikutan sesiapa saja boleh menghantar mesej di profil individu, selain menghubungi nombor telefon bimbit ditinggalkan ahli.

, , ,

Rabu, 6 Jun 2012

Remaja 13 Tahun Dirogol Kenalan facebook

PELAJAR Tingkatan Satu dirogol remaja berusia 16 tahun yang ditemui di Pusat Khidmat BN, Ipoh semalam.
Mangsa terpedaya pemberian barang kemas

[BH] IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial Facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit.
 
Pelajar Tingkatan Satu itu mula mengenali remaja berusia 16 tahun dan sering berhubung menerusi Facebook sebelum membuat keputusan mengadakan pertemuan kali pertama pada 25 Mei lalu.

Adik saya turut akui menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin. - Lee, Abang mangsa

Malah, mangsa ponteng sekolah beberapa hari dan bersembunyi dua hari di rumah keluarga pasangannya itu untuk melepaskan rindu sebaik berjumpa sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 3 petang, 25 Mei kerana anak mereka tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, mangsa ditemui selamat selepas dihantar ibu teman lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 29, berkata dia mengesyaki perubahan sikap ketara pada adiknya selepas menjalinkan perkenalan dengan teman lelakinya itu, termasuk sering ponteng sekolah, mengabaikan pelajaran dan berubah sikap.

“Adik saya turut mengakui pernah menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin emas dihadiahkan remaja itu.
 
 “Saya percaya lelaki itu memperdayakan adik saya dengan pelbagai hadiah sebelum bertindak merogolnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Katanya, dia dan keluarga meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap remaja lelaki terbabit, termasuk ahli keluarga lelaki itu kerana bersubahat menyembunyikan adiknya selama dua hari di rumah mereka.

Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes rogol yang berpunca daripada perkenalan di laman sosial sejak tahun lalu.

Katanya, empat daripada kes berkenaan membabitkan kes rogol di mana kebanyakan mangsanya berusia lingkungan antara 13 hingga 20 tahun.

“Justeru, saya meminta ibu bapa dan penjaga supaya dapat mengawasi tingkah laku anak masing-masing. Selain itu, pihak polis juga perlu memandang serius tingkah laku pelajar mereka dan segera memaklumkan kepada ibu bapa pelajar bagi mengelak masalah terus berlarutan,” katanya.


, ,

Selasa, 7 Februari 2012

Bukan Sahaja Ada Pengundi Hantu, Rupa-rupanya Ada Dakwaan PENGIKUT HANTU di Twitter Najib




TM memang tidak tahu aspek teknikal berkaitan dengan Twitter dan Facebook. Ada sebuah laman anak muda mendakwa akaun Twitter Najib meriah dengan pengikut hantu. Bagaimana hal itu terjadi, lebih baik anda membacanya di sini.



P/s: Kalau laman peminat Najib di Facebook sukar mendapat sokongan, pelik juga apabila akaun rasminya mendapat sambutan yang "hangat". Banyak akaun berkaitan dengan Najib di laman sosial tidak mendapat sokongan yang diharapkan. Baru-baru ini, MerdekaReview mendedahkan akaun FB An War Gor berjaya memintas peminat akaun Ah Jib Gor yang dikumpul dalam tempoh beberapa hari dalam tempoh 24 jam sahaja. Adakah fenomena itu yang menyebabkan kewujudan pengikut hantu di akaun Twitter Najib?


, ,

Khamis, 6 Oktober 2011

Kekasih Sebar Gambar Separa Bogel Remaja 16 Tahun

Sekadar hiasan. Gambar ini pernah hangat di Facebook suatu ketika dahulu. Anak siapa?

Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terpaksa menanggung malu apabila gambar separuh bogel miliknya dikatakan sengaja disebarkan teman lelaki melalui sebuah laman sosial.

Difahamkan, gambar itu mulanya dimuat naik dalam laman sosial milik teman lelakinya berusia 20 tahun sebelum dilihat kenalannya yang kemudian bertindak menyebarkan kepada kenalan lain.

Berikutan penyebaran gambar itu, ia sampai kepada pengetahuan guru pelajar tingkatan empat terbabit yang terkejut sebaik melihat gambar separuh bogel itu lalu bertindak memanggil remaja berkenaan, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengetahui penyebaran gambar itu turut terkejut sebaik dimaklumkan guru berkenaan.

“Guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Keluarga mangsa diminta hadir ke sekolah bagi mengadakan perbincangan.

“Hasil perbincangan, keluarga mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa mendakwa dipaksa teman lelakinya yang sudah bekerja membuka pakaian hingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

P/s: Lunyai!!!!

,

Selasa, 22 Februari 2011

FB Haramkan Gambar Wanita Mengandung. Mengapa?


Saya petik:

[Kosmo] LONDON - Seorang wanita terkejut kerana gambarnya dalam keadaan hamil diharamkan oleh laman sosial Facebook, lapor akhbar The Sun semalam.

Gambar itu menunjukkan wanita tersebut, Angela Hurst (gambar) bergaya seperti aksi pelakon Demi Moore.
Gambar Angela yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional itu dijadikannya sebagai gambar profil di muka surat Facebooknya. 

Ia tidak sama seperti gambar Demi untuk majalah Vanity Fair pada Ogos 1991 yang dirakamkan dalam keadaan bogel. Sebaliknya, Angela memakai pakaian yang tidak menjolok mata. 

Namun, hanya selepas tiga hari ia menjadi gambar profilnya, Facebook mengeluarkan gambarnya kerana dianggap menyalahi terma 'berbogel'. 

Angela yang berusia 34 tahun dari Lee-on-Solent dekat Hampshire, England menyatakan bahawa gambar itu bukannya lucah kerana seluruh tubuhnya ditutup. 

"Saya menerima banyak mesej, terutama daripada kaum wanita yang memberitahu mereka menyukainya. Mengingati tempoh mengandung ialah sesuatu yang menarik dan ia tidak bersifat seksual. Jika Demi boleh buat (merakamkan tubuhnya semasa hamil), kenapa tidak saya?" kata Angela. 

Suami Angela, David berkata: "Gambar itu cantik. Tindakan ini agak berlebih-lebihan." 

Sementara itu, seorang jurucakap Facebook pula menegaskan pihaknya melarang wujudnya unsur-unsur berbogel di laman tersebut. - Agensi 

,

Isnin, 21 Februari 2011

Benarkah 640 Ribu Rakyat Malaysia KEMARUK dengan FB & Twitter Najib?



Benarkah sebanyak itu rakyat Malaysia yang kemaruk dengan Najib? Jika benar figur yang dinyatakan, maka Najib sudah tentu popular dalam kalangan generasi muda yang mendominasi penggunaan FB dan Twitter.

Jika benar begitu, tunggu apa lagi, mintalah Agong bubarkan Parlimen, biar 1Malaysia menghadapi PRU ke-13. Kerana yang dibimbangi Najib selama ini ialah undi generasi muda yang dalam PRU ke-12 yang majoritinya berpihak kepada PR. Jika jumlah yang mengikuti Najib di laman sosial sudah mencecah 700 ribu, maka jumlah itu membuktikan bahawa Najib sudah mendapat sokongan golongan muda. 

Kah Kah Kah! Errr...Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng berapa pula?

P/s: Sebanyak 170 ribu pengguna FB meminati blog DCM. Siapa mahu percaya? Sila angkat tangan!



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Khamis, 17 Februari 2011

Dari Facebook ke Atas Katil


Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: Angkara laman sosial facebook, seorang suami terpaksa berdepan kecurangan isterinya yang menjalin hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya sejak lima bulan lalu.

Malah, lelaki berkenaan mendakwa hubungan isterinya bersama ‘kekasih gelap’ berkenaan bukan saja setakat melalui laman sosial terbabit, tetapi dibawa hingga ke bilik hotel.

Menurutnya, isterinya bukan saja mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya serta dua anak berusia 10 dan 13 tahun, tetapi sudah pandai bergaya.

Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata, meskipun bekerja sebagai kerani, isterinya berubah menjadi lebih pandai bergaya sekali gus menimbulkan kesangsian kepadanya.

Bukan itu saja katanya, isterinya berusia 30-an sanggup menghabiskan masa beberapa jam melayari laman sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Semuanya terbongkar selepas saya berjaya melayari facebook isteri dan terkejut mendapati pelbagai ayat cinta dalam laman sosialnya itu.


“Kemuncak hubungan mereka ialah apabila rakan saya ternampak kelibat isteri bersama seorang lelaki memasuki sebuah hotel.

“Pada mulanya saya tak percaya, tetapi apabila ditunjukkan bukti, saya tergamam,” katanya yang tampil mendedahkan perkara itu selepas Harian Metro baru-baru ini mendedahkan kisah isteri lari mengikut teman lelaki angkara facebook dalam laporan Jejak Songsang facebook.

Osman kemudian bertanya kepada isterinya mengenai kejadian itu dan isterinya mengaku mengenai perbuatannya.

“Saya terkejut dan tidak mampu berkata-kata apabila isteri mengaku dia bersama bekas kekasihnya berusia 40-an menginap di sebuah hotel di negeri ini.

“Saya kesal dan sedih kerana isteri sanggup curang terhadap saya selepas sekian lama kami berkahwin,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, mereka sudah berumahtangga sejak 15 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata.

Sebelum ini katanya, rumah tangga mereka tiada masalah sehinggalah ‘penangan’ facebook yang mengubah isterinya termasuk penampilan dan sikap....- Rudy Syareme Sheriffudin

P/s: Sudah ada banyak kes yang menyalahkan FB sebagai punca perceraian dan kecurangan.

,

Isnin, 10 Januari 2011

[Video] Facebook TIDAK Akan Ditutup pada 15 Mac

Sumber berita yang mengatakan Facebook bakal ditutup. Baca lanjut di sini.
Tiba-tiba gempar di seluruh dunia dengan penyebaran berita bahawa Facebook akan menutup operasinya pada 15 Mac 2011. Namun, berita itu, seperti juga berita isteri Obama mengandung anak ketiga, adalah PALSU. Facebook akan terus beroperasi seperti biasa pada tarikh itu dan seterusnya.

Video Berkaitan:





, ,

Khamis, 2 Disember 2010

Kajian: Facebook, MySpace, Twitter Penyumbang Keruntuhan Rumah Tangga

Saya petik:
[HM] LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.

Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.

Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian.

Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).

Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.

Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.

Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook. - Agensi

, ,

Jumaat, 4 September 2009

PELAN RAHSIA UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT PENGGUNA LAMAN JARINGAN SOSIAL!


MAKLUMAT PENTING UNTUK PENGGUNA FACEBOOK, TWITTER, MYSPACE, YOUTUBE, FLICKR, E-MEL, DAN JUGA BLOG@SEUMPAMA DENGANNYA.


Secara ringkasnya, maklumat di bawah ini mendakwa pentadbiran Obama kini sedang mengumpulkan maklumat pengguna laman sosial atau lama jaringan sosial seperti yang dintakan di atas secara besar-besaran. Menurut artikel ini, projek tersebut hanya melibatkan pengguna di Amerika Syarikat. Oleh itu, saya yakin ada yang akan berpendapat: Oh, mereka hanya mahu mengumpul maklumat orang Amerika sahaja!, Aku bukannya orang penting, aku bukan saintis, menteri, orang politik atau ahli pertubuhan tertentu, buat apa mereka mahu menyalin maklumat aku, Orang biasa macam kita, siapa yang hairan. Inilah persepsi dan tanggapan sesetengah orang apabila berdepan dengan isu ini. Terpulang kepada diri masing-masing. Namun, persoalannya, apakah projek rahsia itu hanya melibatkan warganegara Amerika Syarikat tatkala negara penyokong tegar Zionis itu mahu "menakluk dunia" melalui propaganda memerangi keganasan ciptaan mereka? Justeru, bukankah lebih baik kita berhati-hati dalam hal berkaitan dengan pendedahan maklumat peribadi di internet.

Obama White House Has Secret Plan To Harvest Personal Data From Social Networking Websites

[FTM] The National Legal Policy Center (NLPC) has uncovered a plan by the White House New Media operation to hire a technology vendor to conduct a massive, secret effort to harvest personal information on millions of Americans from social networking websites.
 
The information to be captured includes comments, tag lines, emails, audio, and video. The targeted sites include Facebook, Twitter, MySpace, YouTube, Flickr and others – any space where the White House “maintains a presence.”

In the course of investigating procurement by the White House New Media office, NLPC discovered a 51-page solicitation of bids that was filed on Friday, August 21, 2009. Filed as Solicitation # WHO-S-09-0003, it is posted at FedBizzOps.com. Click here to download a 51-page pdf of the solicitation.

While the solicitation specifies a 12-month contract, it allows for seven one-year extensions. It specifies no dollar cap. Other troubling issues include:
extremely broad secrecy terms preventing the vendor from disclosing to the public or the media what information is being captured and archived (page 7, “Restriction Against Disclosure”)
wholesale capturing of comments by non-White House staff on publicly accessible sites
capturing of content of any type (text, graphics, audio, or video)
capturing of comments by both Obama critics and supporters, with no restriction as to how the White House would use the information.
This is the third controversy involving the White House internet operations in less than a month. First, Obama’s New Media operation asked supporters to send information about critics of the White House health care effort to a White House email. This provoked a storm of criticism and the White House retreated. Then large number of people complained of getting email spam from the White House supporting the President’s health care position. Again the White House was forced to back down.

Now the same people at the White House are at it again with an ambitious plan to harvest huge amounts of information from the web and specifically social networking sites.

Given the White House’s recent abuse of its New Media operations, this huge, new secretive program is yet another sign that this Administration is at best indifferent to privacy rights and at worst prepared to violate civil liberties for political purposes.

Perhaps anticipating negative reaction to the invasiveness of the plan, a justification is provided in a Q&A. section of the solicitation. Question #9 reads:
The Presidential Records Act does not require the storage or archiving of non-EOP content, as such is there a specific reason as to why the content provided on EOP related websites in the form of comments is included in these archiving procedures?
Answer: The PRA includes in its definition of presidential records content ―received by PRA components and personnel. Out of an abundance of caution, we are treating comments made by non-PRA personnel on sites on which a PRA component has a presence as presidential records, requiring them to be captured or sampled.
Of course, this interpretation of the Presidential Records Act is so expansive that virtually any communication mentioning the president or the Administration could become subject to collection and archiving under the Act. This is not out of an “abundance of caution,” but out of an over-abundance of power. President Obama should make sure that this plan goes no further.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH