Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label penyeludupan. Papar semua catatan

,

Rabu, 20 Mei 2015

Pramugara Dipenjara 5 Tahun Seludup Pasport Palsu Guna Seluar Dalam




SEORANG pramugara dipenjara lima tahun selepas didapati bersalah menyeludup pasport palsu yang disembunyikan pada seluar dalamnya.

Portal Mirror melaporkan Shaukat Ali Cheema, 59, ditahan menyeludup 26 pasport, 37 muka surat biodata pasport dan 13 lesen memandu pada seluar dalamnya.

Pegawai berkuasa sempadan menahan pramugara bagi sebuah syarikat penerbangan di Pakistan sewaktu dia melalui pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Birmingham, United Kingdom pada 22 Mac lalu.

Memetik laporan Birmingham Mail, kesemua dokumen itu disimpan di dalam poket simpanan khas yang dijahit pada seluar dalamnya.

Chema berhadapan dengan tujuh pertuduhan kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang palsu dengan tujuan tidak baik.

Pramugara itu telah berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut selama 40 tahun, mengaku bersalah dan disabitkan hukuman di Mahkamah Birmingham Crown. - MIRROR/Mstar/20/5/15


, ,

Rabu, 28 Mei 2014

Dakwaan Enam Budak Diseludup di FB Tidak Benar



[HM] Alor Setar: Dakwaan penahanan sebuah lori ayam yang dipercayai cuba menyeludup enam kanak-kanak tempatan ke negara jiran untuk diambil organ mereka seperti tersebar dalam laman sosial Facebook sejak semalam disifatkan sebagai tidak berasas.

Difahamkan, ‘kekecohan’ tercetus di ruang maya berikutan status seorang lelaki dalam laman sosial berkenaan mendakwa kejayaan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam menahan lori ayam terbabit.

Lelaki itu turut mendakwa lori terbabit membawa enam kanak-kanak iaitu tiga daripada mereka tidak boleh bercakap, dibius dan disorokkan di bahagian tengah kenderaan terbabit.

Pada masa sama, status berkenaan turut tersebar luas melalui aplikasi Whatsapp dan WeChat yang bertujuan untuk disebarkan kepada orang ramai bagi memaklumkan kejayaan pihak berkuasa itu.

Komander UPP Kedah Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah menyiasat laporan seperti didakwa menerusi status laman sosial itu tetapi tiada sebarang tangkapan membabitkan lori ayam dilaporkan setakat ini.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat tujuan pemilik akaun Facebook itu membuat status demikian selain meminta orang ramai tidak panik atau bimbang mengenai apa yang dinyatakan dalam laman sosial berkenaan.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara ini dan tidak tahu menahu mengenai penahanan lori ayam berkenaan. Ini berikutan setiap laporan berkaitan tangkapan akan dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu, tetapi semua anggota dan pegawai saya tidak tahu mengenai perkara itu.

“Adalah mustahil penyeludupan membabitkan lori ayam dari negara ini ke Thailand kerana biasanya lori ayam hanya akan masuk dari negara jiran ke sini dan kenyataan itu membuktikan ia adalah tidak sahih,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, anggota UPP melakukan pemeriksaan ketat di kedua-dua hala laluan dalam sekatan di Kilometer 1.3 Lebuhraya Changlun-Bukit Kayu terhadap kenderaan yang keluar masuk dari negara ini ke Thailand selain dibantu kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu untuk pemantauan.

Katanya, beliau tidak menafikan berkemungkinan penyeludupan kanak-kanak boleh berlaku, tetapi pasukan UPP bersama agensi penguat kuasa lain di sekitar kawasan sempadan sentiasa melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan perkara itu tidak akan berlaku.

“Saya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyeludupan manusia boleh menghubungi balai polis berhampiran atau memaklumkan kepada UPP supaya tindakan boleh diambil, bukan sekadar menghebahkannya melalui laman sosial kerana akan mencetuskan panik.

“Malah, kita menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka supaya tidak menjadi mangsa penyeludupan dan sebarang maklumat kehilangan anak atau anggota keluarga boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa supaya siasatan boleh dilakukan,” katanya. -28/5/14


,

Sabtu, 19 April 2014

Ahli Perniagaan Telan 12 Jongkong Emas



[HM] New Delhi: Pakar bedah menemui 12 jongkong emas kecil bernilai 1.2 juta rupee (RM64,400) dalam perut seorang pesakit yang mengadu sakit perut.

Ahli perniagaan berusia 63 tahun itu menelan emas yang setiap satu seberat 33 gram di Singapura sebelum membawanya ke India pada 28 Mac lalu. 

Namun dia gagal mendapatkan semula emas berkenaan selepas tersekat di usus kecilnya walaupun minum air yang banyak dan mengambil julap. 

Pada 7 April lalu, lelaki itu meminta dibedah kononnya atas alasan dia sakit perut selepas tertelan penutup botol.

Imbasan x-ray dilakukan mengesahkan bahan asing di dalam perutnya sebelum lelaki itu dibedah.

Bagaimanapun, doktor yang menemui emas berkenaan terus menghubungi kastam dan polis. 

Emas itu dirampas pihak kastam sebelum ahli perniagaan terbabit ditahan polis. 

“Dia ahli perniagaan berjaya jadi memang mengejutkan apabila dia melakukan kesalahan ini,” kata doktor yang merawatnya, CS Ramachandran. - Agensi/19/4/14


,

Khamis, 14 November 2013

Vui Kong Akhirnya Terlepas daripada Hukuman Gantung


[MK] Selepas empat tahun berhempas pulas mengelakkan hukuman mati, Mahkamah Tingi Singapura membuat keputusan yang jarang-jarang berlaku dengan menukar hukuman gantung kepada penjara seumur hidup kepada penyeludup dadah Malaysia Yong Vui Kong.

Peguam M Ravi berkata, Hakim Choo Han Teck berpuas hati dengan kerjasama Yong dengan pihak berkuasa dan penglibatannya dalam penyeludupan dadah hanya sebagai pembawa.

Yong justeru akan dipenjarakan seumur hidup dan 15 kali sebatan, kata peguam hak asasi itu kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Agung pagi ini.

Menurut Ravi, Yong sangat menghargai keputusan itu sehingga melutut di hadap hakim semasa keputusan pendengaran itu dibuat.

Keputusan itu nyata membuatkan aktivis anti hukuman mati yang melobi pembebasannya sejak beberapa tahun lalu menarik nafas lega. Yong, kini 23 tahun, berasal daripada Sabah.

Keputusan mahkamah itu mungkin berhubung kait dengan pembaharuan yang diluluskan dalam parlimen Singapuran November lalu yang menghapuskan hukuman mati untuk beberapa kes penyeludupan dadah dan pembunuhan.

Yong sebelum ini menulis surat-surat daripada dalam penjara untuk tatapan rakyat Malaysia, yang disiarkan dari masa ke semasa diMalaysiakini. 

Beliau antaranya menceritakan kekesalannya terjebak dalam perkara itu dan bagaimana beliau menghabiskan masa dalam penjara dengan mendampingi ajaran agama.

Dalam surat terakhirnya pada Julai 2011, beliau berkata sudah sedia menghadapi hukuman mati dengan aman. -14/11/13


, ,

Jumaat, 27 September 2013

Sorok Emas di dalam Seluar Dalam


Sekadar hiasan.

[HM] Colombo: Kastam Sri Lanka kelmarin menahan seorang wanita berusia 54 tahun dan dua lelaki berusia 38 dan 50 tahun kerana cuba menyeludup 2,267 gram emas ke India di Lapangan Terbang Bandaranaike.

Akhbar The Island melaporkan 10 keping emas seberat satu kilogram setiap satu disembunyikan oleh dua suspek lelaki terbabit di kemaluan mereka, manakala emas dalam bentuk barang kemas seberat 267 gram dipakai wanita berkenaan.

Jurucakap jabatan kastam berkata, ketiga-tiga suspek ialah pengunjung biasa dari Colombo ke India. Menurutnya, seramai 48 orang yang cuba menyeludup emas dari negara itu ke pelbagai negara lain sudah ditahan setakat ini. - Agensi - 27/9/13


, , , ,

Selasa, 13 Ogos 2013

[Video] 2 Gadis Britain Didakwa Cuba Seludup Dadah Bernilai £1.5 Juta Pound Sterling



Dua gadis Britain dituduh cuba menyeludup kokain dari Peru bernilai lebih £1.5 juta yang disembunyikan di dalam beg pakaian mereka.

Polis Lima mendakwa Melissa Reid dan Michaella McCollum Connolly telah mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Pasangan, yang bakal menghadapi hukuman penjara yang panjang jika didapati bersalah, masih belum secara rasmi disoal siasat kerana pihak polis masih belum menyediakan penterjemah.

Walau bagaimanapun Major Manuel Siclla, yang mengetuai siasatan itu, berkata: "Mereka telah mengakui perbuatan itu secara tidak rasmi kepada saya dan pegawai-pegawai di lapangan terbang yang menahan mereka.

"Seperti orang lain yang terlibat dalam penyeludupan dadah, mereka akan dibicarakan dan akan menghadapi hukuman penjara yang panjang jika disabitkan bersalah. Kami mengganggap masalah ini sangat serius dan mahkamah  menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan hal ini dengan ketat."

Bekas pekerja kedai Reid, 19, dari Lenzie berhampiran dengan Glasgow, dan penari McCollum Connolly, 20, dari Dungannon, County Tyrone, ditahan pagi Selasa lepas ketika mereka bersiap sedia untuk menaiki penerbangan Air Europa dari Lima ke Madrid sebelum mengambil pesawat kedua ke destinasi akhir mereka di Majorca.

Skuad Antidadah menemukan hampir enam kilogram kokain tersembunyi di dalam bekas produk makanan yang disimpan di dalam beg pakaian Reid dan Connolly. -DCM/DM -13/8/13

Sambung baca di sini.



Kemas kini di sini, di sini, di sini, di sini, di sini.

puru girls

Akhirnya, mereka mengaku bersalah. Baca di sini.



, ,

Sabtu, 27 Julai 2013

Sorok 5.5 Kg Emas di dalam Dubur



[HM] Seoul: Pihak berkuasa kastam Korea Selatan semalam menahan sembilan warga Taiwan yang menyembunyikan 24 keping emas dalam dubur mereka.

Kesemua mereka ditahan ketika melalui pusat pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa Seoul.

Setiap keping emas itu seberat 225 gram, bermakna setiap penyeludup membawa 5.5 kilogram logam berkenaan.

Menurut kastam, penyeludup warga Taiwan itu dijangka bertemu seseorang di stesen kereta api bawah tanah Seoul selepas keluar dari lapangan terbang itu.

Di situ emas berkenaan akan diserahkan sebelum mereka pulang ke Taiwan keesokan harinya. Jumlah keseluruhan semua emas diseludup itu adalah AS$3 juta (RM9.62 juta). 

Kastam Korea berkata kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat daripada beberapa penumpang selepas mereka melihat “tingkah laku mencurigakan” warga Taiwan itu. - Agensi



, , ,

Jumaat, 12 Julai 2013

Wanita Sorok Pistol dalam KEMALUAN & Dadah dalam DUBUR. Wow!!!!


[HM] Oklahoma City: Seorang wanita dihukum penjara 25 tahun selepas disabitkan kesalahan menyorok senjata api dalam kemaluannya, selain dadah di dubur.

Selepas tuduhan dibicarakan, Christie Harris mengaku bersalah pada minggu lalu.

Keputusan penghakiman dibacakan kepada tertuduh semalam.

Christie didakwa menyorokkan methamphetamine - juga dikenali sebagai ice dengan niat mahu mengedarnya.

Dia juga dituduh menyembunyikan sepucuk pistol revolver dalam kemaluannya. Christie ditahan pada Mac lalu selepas seekor anjing pengesan membawa polis ke kereta dipandunya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa jenis dadah dan sepucuk pistol separa automatik. Ketika dijel, Christie enggan melondehkan seluar dalamnya untuk membolehkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan bahan larangan.

Dokumen mahkamah menyatakan, Christie memberitahu dia ketika itu datang bulan.

Bagaimanapun, Christie akhirnya mengalah dan ia membolehkan pegawai pemeriksa yang bertugas melihat “objek kayu dan logam” terjulur dari kemaluan suspek. 

Apabila diperiksa, objek itu ialah sepucuk pistol revolver. Pegawai bertugas turut menemui dua pek berisi sejumlah besar bahan kristal yang didapati kemudian sebagai ice. - Agensi



, ,

Rabu, 22 Disember 2010

[Video] Dokumentari: Modus Operandi Sindiket Dadah Antarabangsa Memperdaya Gadis Tempatan

Statistik di Singapura

Di Singapura, mangsa paling banyak ditipu oleh Awang Afrika ialah gadis Melayu! Kalau di Malaysia memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa gadis Melayulah paling mudah ditipu oleh Awang Afrika. Semoga dokumentari ini memberikan manfaat.

Video:

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH