Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label plagiat Negaraku. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 2 Ogos 2012

Lagu "Janji Ditepati’ Diilhamkan daripada Lagu Kerohanian Kristian Indonesia?


Sebelum baca berita, bandingkan melodi lagu Merdeka BN dengan lagu kerohanian Kristian di sini.


[TMI] KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Melodi lagu “Janji Ditepati” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini.

Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya.

Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi dengan gergasi Asia Tenggara itu.

Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahwa melodi lagu “Janji Ditepati” menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk “Serukan Namanya”.

Lirik “Janji Ditepati” ditulis oleh menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim.

“Lagu tema KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA,” kata penulis blog yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai.

“Hal ini lagi mengejutkan sekiranya lagu tema kebangsaan di ambil dari lagu rohani org Kristen.

“Mungkin kementerian tidak tau tapi seharusnya pencipta lagu ni tdk berbuat demikian (menciplak) sebab dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan,” katanya lagi.

Penulis blog tidak bernama itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi lagu tersebut kepada melodi lain.

Klip video lagu “Janji Ditepati” dan “Serukan Namanya” telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net — popular dikalangan rakyat Malaysia berasal Sarawak — turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video ini.

“Amen, Yesuslah Raja!! Tapi sorry ya, Rais Yatim dengan lagu ‘Janji Ditepati’nya sama style dengan lagu ni,” kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27 dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak dimuat naik pada 5 September, 2008.

Lagu “Serukan Namanya” dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede, dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, “All Things New”.

“Sekarang saya benar-benar benci kepada kementerian kita kerana menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia,” kata pengkomen lain YouTube yang menggunakan nama vandridel. “Betul-betul memalukan negara kerana tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!”

Permintaan maaf terhadap Indonesia adalah merujuk kepada kekecewaan rakyat Indonesia sehingga menyerang pejabat kedutaan Malaysia di negara nusantara itu dengan melemparkan telur, batu dan kepingan kayu sehingga mencederakan kakitangan dan kerosakkan harta seperti pada bulan Jun baru-baru ini, apabila rakyat Indonesia mendakwa Malaysia mencuri kebudayaan mereka selepas Rais mengumumkan langkah untuk menambah tarian Tortor dari Sumatera Utara dan gendang Gordang Sambilan sebagai warisan negara.

Kedua-dua negara mempunyai pergeseran sejarah politik, ekonomi dan kebudayaan.

Akan tetapi, melodi lagu “Janji Ditepati” dikatakan dicipta oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Aye, Jasnie, Arman E Six.

Dari posting video lagu tersebut di YouTube disini terdapat 255,000 kali tontonan semenjak dimuat naik pada 27 Julai dengan 30,600 tidak menyukai berbanding 415 yang menyukai pada pagi semalam.

Rais juga mengetahui kritikan ini apabila dia telah menulis di Twitter dua hari lepas dan menjemput orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka mengenai lagu dia tulis liriknya.

“Apa pandangan sdr tntg lagu janji d tepati? Di utube dah cecah 140k lebih. Tapi yg ‘ibu jari k bawah’ ada juga,” kata menteri tersebut melalui akaun Twitternya @DrRaisYatim.

Beberapa penyanyi, penulis lagu dan komposer yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, juga mengambil perhatian persamaan ketara antara melodi “Janji Ditepati” dan lagu injil ini akan tetapi tidak mengatakan ianya plagiarisme.

“Persamaan dalam melodi biasanya membawa kepada isu plagiarisme,” kata pendidik musik Tay Cher Siang, yang juga merupakan pengarah muzik untuk The Venue, tempat muzik secara langsung di tempat beli-belah yang popular, Pavllion.

Beliau setuju bahawa terdapat banyak persamaan antara dua melodi tetapi katanya lagi skala muzik adalah terhad kerana ia cuma mempunyai 12 nota. Beliau bertambah lagi yang komposisi musik pop biasanya mempunyai 7 nota.

Menurutnya lagi, “Walaupun sememangnya saya tidak suka dengan keseluruhan yang ada pada ‘Janji Ditepati’ ini, saya ada keraguan terhadap isu plagiarisme ini.”

Beliau benci kerana ini merupakan pencurian lagu secara terang-terangan, katanya lagi beliau tidak ketahui sama ada komposer untuk “Janji Ditepati” sedar akan persamaan yang ada dengan “Serukan Namanya” dan telah dipengaruhi oleh lagu tersebut dan meminta keizinan untuk guna melodi itu ataupun secara sengaja menghasilkan semula melodi itu tanpa memberi penghormatan terhadap inspirasi lagu tersebut.

Penyanyi lagu rakyat dan penulis lirik Meor Yusof Aziddin, 45, setuju dengan pandangan Tay. Katanya isu plagiarisme dalam melodi muzik adalah sesuatu yang subjektif. Beliau rujuk kepada contoh melodi pop yang gunakan formula yang sama sejak zaman Beatles pada 1960-an dan 1970-an.

Beliau berkata lagu kebangsaan Malaysia, “Negaraku”, turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu Indonesia, “Terang Boelan”, dan ini boleh dijejak balik kepada lagu abad ke-18, “La Rosalie”, daripada seorang komposer Perancis, Pierre-Jean de Beranger.

Seorang lagi komposer yang tidak mahu namanya diketahui umum tertarik dengan persamaan melodi diantara lagu Hari Kebangsaan dan melodi lagu kerohanian Kristian itu.

“Persamaan substantif antara sebuah lagu Indonesia injil Kristian dan lagu baru hari Merdeka Malaysia adalah satu yang menarik, tidakkah anda terfikir begitu?” tanya beliau.

Gabungan Barisan Nasional (BN) telah memilih “Janji Ditepati” sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, satu langkah yang dikritik hebat oleh pembangkang dan rakyat Malaysia.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas sambutan Hari Kebangsaan untuk kempen politik mereka.

Mereka juga menuduh BN menggunakan tema dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik pilihan raya.

Jumaat lepas, Rais telah mempertahankan di Twitter tema sambutan Hari Kebangsaan, mengatakan bahawa “segala-galanya boleh melihat buruk jika minda ditutup”.

“Malaysia telah benar-benar menjadi negara yang berjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan janji ditepati?” katanya dalam satu respons kepada kritikan meningkat terhadap tema kemerdekaan yang dikatakan mencerminkan tema kempen politik BN menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.

, ,

Isnin, 30 Julai 2012

[Video] Lagu Tema Hari Kebangsaan 2012 Ciplak Lagu Kristian? Bandingkan Melodinya




 

P/s: Sama?

 

,

Khamis, 3 September 2009

MAMULA MOON = TERANG BULAN = NEGARAKU

Sejak dua tiga hari ini, kiriman di blog ini banyak berkisar tentang cerita antara Malaysia dengan Indonesia. Dari kisah lagu Rasa Sayange, penderaan pembantu rumah, Tarian Pendet, penghinaan lagu kebangsaan Indonesia, "serangan" rakyat Indonesia terhadap Malaysia, dan belum pun reda isu-isu tersebut kini timbul lagi satu isu. Benarkah lagu Negaraku itu ciptaan Saiful Bahri dari Indonesia?

Menurut media Indonesia, lagu Negaraku yang dinyanyikan sekurang-kurangnya sekali seminggu oleh jutaan penduduk di negara ini adalah lagu Terang Bulan seperti yang didakwa dalam berita yang saya pautkan di bawah ini:

[KOMPAS] 2 Sept - Lagu "Terang Bulan" yang melodinya sama persis dengan Lagu Kebangsaan Malaysia "Negaraku" merupakan ciptaan Saiful Bahri, mantan pimpinan Orkes Studio Jakarta (milik RRI). Keluarga Saiful Bahri (alm) meyakini, lagu tersebut salah satu dari ribuan lagu ciptaan Saiful.
Lagu ciptaan Saiful Bahri tersebut memang pernah diminta Malaysia. Bahkan, Presiden Soekarno—pada sebuah acara Perayaan HUT Kemerdekaan RI—pernah meminta Saiful memberikan lagu tersebut untuk dijadikan lagu Kebangsaan Malaysia. Ketika itu, tamu-tamu yang hadir mendapat hadiah rekaman lagu-lagu Indonesia.
"Waktu itu sekitar tahun 1961 atau 1962. Bung Karno mengatakan, 'Ful, kasih aja. Itu kan belum punya lagu kebangsaan'," ujar Subroto (74) mantan pemain Orkes Studio Jakarta, Rabu (2/9) di Solo.
Rabu siang, Subroto bersama salah satu anak Saiful Bahri, Aden Bahri, mendatangi Perum Percetakan Negara Lokananta Cabang Surakarta di Solo. Aden bersama istrinya Artha Simamora (Artha Record), yang merekam lagu-lagu karya Saiful, menunjukkan rekaman-rekaman lagu Saiful, serta dokumen foto Saiful.
"Kami sekeluarga menyanyikan lagu itu sejak dulu. Saya mendengar pertama kali lagu 'Negaraku' sekitar tahun 1969. Waktu dengar lagu itu, saya bilang kok mirip," ujar Aden.
Menurut Aden, dia sempat menanyakan kepada almarhum ayahnya tentang lagu yang mirip dengan lagu "Terang Bulan", dan dibenarkan bahwa itu memang melodi lagu "Terang Bulan". Saat itu, ayahnya justru mengaku bangga karena lagunya dipakai sebagai lagu kebangsaan negara lain.
Mengapa baru sekarang bicara? Baik Aden maupun Subroto menyatakan hal itu dilakukan karena sekarang Malaysia dinilai sudah keterlaluan, mengklaim berbagai aset budaya Indonesia.
"Dulu Malaysia baik-baik jadi enggak ada yang protes. Tetapi sekarang Malaysia sudah keterlaluan, kita benar-benar dilecehkan," ujar Subroto.
Kepala Cabang Perum Percetakan Negara Lokananta Solo Ruktiningsih menegaskan bahwa Lokananta, yang sejak tahun 1962 mendokumentasikan lagu-lagu daerah dan nasional, menemukan ada kesamaan irama musik antara lagu "Negaraku" dan lagu "Terang Bulan" yang sejak tahun 1965 sudah didokumentasikan Lokananta.
Namun, jika diselidik, Indonesia juga tidak boleh mengatakan bahawa melodi lagu kebangsaan Malaysia itu diciplak daripada karya warganegara tersebut kerana kedua-dua lagu tersebut turut dikaitkan dengan lagu Mamula Moon. Lagu klasik ini dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders.

SIAPA TIRU SIAPA? Agak sukar menentukannya. Jika tekaan itu didasarkan pada kiriman dalam laman sesawang Wikipedia yang saya salin dan tampal di bawah ini maka jelaslah bahawa lagu ini dikatakan ciptaan Pierre Jean de Beranger dari Perancis yang disiarkan sekitar tahun 1888 berbanding Terang Bulan pada tahun 1930-an dan Mamula Moon sekitar tahun 1947.

"Mamula Moon" ialah sebuah lagu klasik gaya Hawaii yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders. Lagu ini dimuatkan dalam album Paradise Isle dan diterbitkan pada tahun 1947. Irama lagu ini mempunyai persamaan ketara dengan lagu "Lagu Terang Bulan", yang mengambil ilham dari lagu kebesaran negeri Perak, "Allah Lanjutkan Usia Sultan", pada tahun 1901 dan kemudiannya merupakan ilham kepada lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku", pada tahun 1957.
Penemuan mengenai persamaan lagu ini dengan lagu "Negaraku" dilaporkan dalam akhbar The Star bertarikh 30 Ogos 2005.[1] Pernah timbul perdebatan orang ramai bahawa lagu "Negaraku" menciplak lagu ini. Namun begitu, lagu rasmi negeri Perak yang menjadi asas "Negaraku" dipercayai dicipta oleh Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857, digunakan pada 1888. Sementara lagu "Terang Bulan" pula popular di Tanah Melayu dan Indonesia pada zaman 1930-an sedangkan lagu Mamula Moon pula hanya diterbitkan pada tahun 1947.


Lirik&Lagu:
Negaraku


Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertahkta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertahta

Terang Bulan



Terang bulan
Terang di pinggir kali
Buaya timbul disangkalah mati
Jangan percaya mulutnya lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati
Jangan percaya mulutnya lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati
Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Memotong padi semua orang
Sedari pagi sampai petang
Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Bersenang hati sambil bersuka
Tolonglah kami bersama sama

Mamula Moon


One day I walked along
A moonlit island shore
And soon I heard a song
I've never heard before

I said who can it be
To sing so tenderly
And saw a dust he made
With lonely serenade

Mamula moon
Shine high above the southern sea
And like my love
Say form again to me

We said goodbye
Beside the blue lagoon
Alone am I
With you mamula moon

I waved my hand
The grey ship sailed across the bay
On golden sand
That might I melt to pray

That I might see
My love returning soon
Still true to me
And you mamula moon.




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH