Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Negaraku. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 30 Julai 2012

[Video] Lagu Tema Hari Kebangsaan 2012 Ciplak Lagu Kristian? Bandingkan Melodinya





 

P/s: Sama?

 

,

Selasa, 12 Julai 2011

ScreenShot FB Budak UMT Hina dan Ubah Lirik Negaraku

Berita berkaitan:

Saya petik:
[Bernama] KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.
"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Dr Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.
Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia adalah mahasiswa UMT.

"Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

"Seseorang pelajar tidak seharusnya membabitkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain," katanya.

P/s: Jika benar, budak itu menghina, mengugut, maka dia sememangnya kurang ajar dan sengaja mencari penyakit.Tidak mustahil juga akaun FB milik poenyamar/pencacai yang sengaja mahu memburuk-burukkan pihak lain kerana si "Farizal" ini juga ada menulis "bunuh najib razak anjing...". Gaya penulisannya tidak ubah seperti pencacai di FB.

 

,

Khamis, 4 Jun 2009

NAMEWEE: BOLEHKAH KITA MEMAAFKANNYA?

Setelah beberapa lama, semalam Kosmo melaporkan semula berita tentang petualang yang pernah mencetuskan kontroversi dua tahun yang lalu. Namewee @ Wee Meng Chee pernah mencetuskan kemarahan masyarakat berbilang bangsa di negara ini apabila mengubah suai lagu kebangsaan dengan memasukkan kata-kata yang bukan sahaja menghina lagu tersebut, tetapi liriknya juga turut menyentuh agama Islam, bahasa kebangsaan, kaum bumiputera, pihak polis, kerajaan, dan sebagainya. Video kontroversi tersebut boleh disaksikan di pautan ini.

Tidak mahu mengulas lanjut, kerana saya akan menjadi terlalu emosional apabila bercerita tentang kenaifan dan sikap kurang ajar petualang ini. Di bawah ini ialah pautan berita tentang petualang tersebut. Yang menarik perhatian saya ialah alasan yang diberikan oleh petualang ini untuk mencetuskan kontroversi tersebut:

Sekali lagi saya ingin tegaskan apa yang berlaku adalah salah faham semata-mata. Saya langsung tidak berniat untuk mempersendakan lagu kebangsaan sebaliknya klip video tersebut dihasilkan hanya untuk suka-suka.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku biarlah berlalu. Saya kini tidak mahu menoleh ke belakang sebaliknya mahu menjadikannya sebagai pengajaran pada masa hadapan," katanya.


"Suka-suka" itulah alasannya. Kes ini sudah dua tahun berlalu. Namun, masih tiada lagi kedengaran tindakan yang bakal diambil terhadap petualang ini. Yang pernah saya dengar ialah petualang ini pernah dipanggil beberapa kali untuk memberikan keterangan. Itulah yang berlaku setakat ini. Jika pihak berkuasa boleh mengambil tindakan pantas terhadap pemogok lapar, orang yang memakai baju hitam/merah/kuning, orang yang menyalakan lilin, orang yang mendengar ceramah, masakan kes yang seberat ini dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya, petualang itu kini umpama selebriti yang menjadi perhatian pihak media. Wajarkah demi kepentingan politik, kita perlu bersikap apologis dan melupakan segala-gala yang berlaku, walaupun jauh di sudut hati, kita beranggapan sebaliknya.

Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak pernah memaafkan petualang ini. Walaupun agama saya menyeru saya sentiasa memaafkan kesilapan orang, namun saya masih belum bersedia untuk berbuat demikian. Anda?

Pautan berita : KOSMO

"Penyanyi lagu 'Negarakuku' insaf

KUALA LUMPUR - Penyanyi klip lagu kontroversi 'Negarakuku', Wee Meng Chee atau Namewee, 26, mengaku tekanan akibat nyanyian lagu itu masih berbekas di hatinya walaupun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini.

Malah, pelajar tahun akhir pengajian Komunikasi Massa Universiti Ming Chuan, Taiwan itu berkata, kontroversi yang berlaku turut memberi tekanan kepada ahli keluarganya di Muar, Johor.

"Sekali lagi saya ingin tegaskan apa yang berlaku adalah salah faham semata-mata. Saya langsung tidak berniat untuk mempersendakan lagu kebangsaan sebaliknya klip video tersebut dihasilkan hanya untuk suka-suka.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku biarlah berlalu. Saya kini tidak mahu menoleh ke belakang sebaliknya mahu menjadikannya sebagai pengajaran pada masa hadapan," katanya."


Berita Berkaitan:
* Lindungi lagu Negaraku

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH