Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label hina raja. Papar semua catatan

, , , ,

Rabu, 13 Jun 2012

Isu WWW1: Nizar SAMAN Utusan dan TV3!



[KD] KUALA LUMPUR 12 Jun: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1.
Menurut beliau, laporan media kawalan Umno itu memutar belit kenyataan kononnya beliau menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membida WWW1.

“Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan.

“Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga sedia menghadap Sultan Johor pada bila-bila masa bagi menyatakan perkara sebenar.

Beliau berkata, pihaknya akan mengutus surat untuk mohon menghadap ke Istana Johor.

“Saya ingin menyatakan seikhlas-ikhlas hati di hadapan semua, saya teringin untuk menghadap, memohon maaf dan menceritakan kepada Baginda hal yang sebenarnya supaya kemelut ini dapat dihentikan,” katanya.
 
Dalam pada itu, Nizar turut mempertikai tindakan berat sebelah polis kerana gagal bertindak ke atas laporan Kosmo walaupun terang-terangan mempersenda Sultan Johor dalam isu berkenaan.
 
Hujung bulan lalu, Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam twitternya.


Bagaimana dengan laporan di bawah ini?

 

, , ,

Rabu, 18 April 2012

[Video] Isu Persenda Raja: Dr Rahman Kadir Bakal Disaman (Sila Nilai Tulisannya Di Sini)


Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud akan mengambil tindakan undang-undang terhadap facebooker yang turut mengaitkan beliau bersama dengan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kononnya mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu, oleh seorang facebooker bernama Dr Rahman Kadir.



Yang berikut ialah petikan yang dikatakan ditulis oleh Dr Rahman Kadir. Saya petik dari laman MyNewsHub:

1. 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

2. Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

3. Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

4. Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

5. Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

6. Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

7. Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

8. Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

9. Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

10. Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

11. Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

12. Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

13. Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

14. Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

15. Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

16. Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

17. Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

18. Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

19. Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

20. Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care”.

21. Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

22. Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

23. Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

24. Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

25. Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

26. Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

27. Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

28. Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

29. Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

30. Daulat Tuanku.




, ,

Isnin, 16 April 2012

[Video] Tohmahan Persenda Raja: Mari Dengar Penjelasan Ahli Parlimen PR

Apa masalah dengan gambar ini?

[SH] KUALA LUMPUR – Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu.

Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu.

Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.


"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.

"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?"
katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu.

Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan.

Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut.

"Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya.

Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan.

"... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya.










, , ,

Rabu, 28 September 2011

SKMM Dakwa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara TINGGAL di SWEDEN, Patutlah Berani Semacam!


Menurut berita Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' yang menghina Allah SWT, Islam, Nabi Muhamad SAW, dan agong menetap di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini, Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperoleh dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, menteri berkenaan berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberikan isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. -DCM


P/s: Buru lahanat ini sampai ke lubang cacing!

,

Ahad, 21 Ogos 2011

[Video-Wajib Tonton] Azmil Mustapha NAFI Hina Agong, Sila Tonton Video yang Disertakan


Saya petik:
[MK] Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

Video:



P/s: Politik UMCO ini memang busuk! Sekejap penyokong taksub UMCO berlakon sebagai pejuang agama, sekejap mereka penyebar fitnah!



,

Selasa, 12 Julai 2011

ScreenShot FB Budak UMT Hina dan Ubah Lirik Negaraku

Berita berkaitan:

Saya petik:
[Bernama] KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.
"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Dr Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.
Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia adalah mahasiswa UMT.

"Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

"Seseorang pelajar tidak seharusnya membabitkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain," katanya.

P/s: Jika benar, budak itu menghina, mengugut, maka dia sememangnya kurang ajar dan sengaja mencari penyakit.Tidak mustahil juga akaun FB milik poenyamar/pencacai yang sengaja mahu memburuk-burukkan pihak lain kerana si "Farizal" ini juga ada menulis "bunuh najib razak anjing...". Gaya penulisannya tidak ubah seperti pencacai di FB.

 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH