[Suruhanjaya Diraja TBH - PANAS] Dr Pornthip Tetap Berpegang Bahawa TBH Masih Hidup Semasa Terjatuh
Sudah lama blog ini tidak menyiarkan lanjutan kes Teoh Beng Hock.
Petang ini ada berita yang menarik!
Menurut laporan TMI, Pakar Forensik Patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand memberitahu Suruhanjaya Diraja (SD) bahawa Teoh Beng Hock (TBH) masih hidup ketika dia jatuh dari tingkat 10.
Namun, beliau tidak dapat menentukan sama ada TBH sedar ketika jatuh dari Ibu Pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.
"Mendiang masih hidup ketika terhempas," katanya kepada SD hari ini.
Dr Pornthip juga menyatakan tahap kesedaran TBH tidak dapat ditentukan berdasarkan retakan pada kakinya.
Laporan penuh menyusul.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.





