Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 15 Disember 2009

ISU PERUNTUKAN MASJID: Nga Kor Ming Heret Akhbar ke Mahkamah, Derma Wang Pampasan kepada Masjid Jika Menang


Saya petik:

[SH] - Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming semalam membuat laporan polis terhadap akhbar arus perdana yang didakwa memutar belit kenyataan beliau di Parlimen minggu lalu berhubung isu masjid.

Menurutnya, siri laporan akhbar itu sebanyak 10 muka di peringkat nasional, mengutuk dan menyerang bertubi-tubi dan tohmahan terhadap beliau.

“Kami terpaksa meninggalkan Parlimen seketika dan membuat sidang akhbar tergempar ini kerana dakwaan yang begitu serius sekali telah dibuat terhadap saya,” katanya dalam sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Laporan polis dibuat pada jam 11.30 pagi dan diambil kenyataan oleh Inspektor Azril dari A Team.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) V Sivakumar.

Katanya, rencana dan siri laporan akhbar berkenaan berunsur hasutan, bertujuan membangkitkan hasad dengki dan menyalakan api perkauman.

“Saya merujuk laporan akhbar bertarikh 9 Disember lalu dan tajuk dibuat oleh editor tanpa pengetahuan saya,” kata Kor Ming.

Selain itu katanya, rencana 13 Disember itu juga memetik seolah-olah menyamakan perjuangan DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik.

“Ia secara jelas dan tanpa segan silu membuat kesimpulan menyatakan kononnya DAP mahu menggulingkan Raja-raja Melayu dan bahaya,” katanya.

Katanya, rencana itu turut menyebut, tindakan pemimpin DAP yang memberi maksud dirinya yang didakwa mempersoalkan peruntukan pembinaan masjid berbanding rumah ibadat lain sebagai cubaan menafikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Kor Ming berkata, laporan dan dakwaan akhbar berkenaan juga jelas mewujudkan kontroversi dengan mengheret Institusi Diraja ke dalam politik dengan tohmahan palsu.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu serta media elektronik lain yang didakwa sengaja memutarbelitkan kenyataan beliau demi menjaga keselamatan kerana laporan itu jelas melanggar Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu fitnah.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan panel peguamnya untuk membawa tindakan mahkamah terhadap akhbar itu dan sekiranya direstui mahkamah, semua wang pampasan beliau dermakan kepada masjid.

“Saya percaya Islam adalah agama suci yang mengajar kita semua berlaku adil tetapi laporan palsu, dusta dan ‘ada udang di sebalik batu’ sebenarnya adalah berdosa,” katanya.

Dengan laporan polis yang dibuat, beliau mahu akhbar berkenaan berhenti memainkan api perkauman serta tidak menggadaikan keselamatan negara.

Sementara itu Nizar menyifatkan niat baik Kor Ming yang mahukan penjelasan telah diputar-belitkan oleh akhbar berkenaan.

“Secara tidak langsung masyarakat berasa marah, bukan hanya kepada Nga Kor Ming tetapi kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR).

“Kita mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedudukan status Islam. Ini telah diterima, tetapi apabila mereka memutarbelitkan seolah-olah mahu buat orang Melayu benci, ini adalah perkara berisiko tinggi dan berbahaya,” katanya.

, ,

KRISIS PERLEMBAGAAN DI PERAK: Saya Jamin Menang... - Tommy Thomas

Saya petik:

[MR] "Saya menjamin kepada anda. Seandainya kes-kes negeri Perak ini dibicarakan di mahkamah enam buah negara ini, pihak kami (Nizar Jamaluddin) pasti menang! Saya jamin!"

Krisis perlembagaan Perak lantaran daripada rampasan kuasa telah menjadi perdebatan hangat pakar perlembagaan dan peguam antara kedua-dua pihak. Tommy Thomas (gambar kiri), pihak yang mewakili Pakatan Rakyat ketika berucap dalam satu forum anjuran MerdekaReview, menjelaskan bahawa Malaysia sebagai negara Komanwel yang mengamalkan common law, akan merujuk kepada kes penghakiman di Britain, Kanada, Australia, New Zealand, India, malah Eropah dan Afrika Selatan dalam perundangan.

Dengan penuh yakin Tommy Thomas menjamin kepada hadirin, "Saya menjamin kepada anda. Seandainya kes-kes negeri Perak ini dibicarakan di mahkamah enam buah negara ini (Britain, Kanada, Australia, New Zealand, India dan Eropah), pihak kami (Nizar Jamaluddin) pasti menang! Saya jamin!"

Dengan cepat beliau menyambung, "Sememangnya, sekiranya kes ini dibicarakan di mahkamah Zimbabwe, kami mesti kalah!" Hujahnya meledakkan dewan yang dipenuhi kira-kira 250 hadirin dengan gelak ketawa.

Forum "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis), anjuran MerdekaReview, pada malam 9 Disember, telah membariskan Menteri Besar Negeri Perak Pakatan Rakyat, Mohd Nizar Jamaluddin dan Pakar Perlembagaan Shad Saleem Faruqi sebagai ahli panel.

Malah, Tommy Thomas menggantikan Kevin Tan pada saat-saat terakhir, apabila Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis kerana polis mengenakan syarat terhadap pensyarah dari Singapura ini untuk mendapatkan Pas Ikhtisas sebelum hadir sebagai panelis.

Walaupun forum ini menyaksikan pandangan pakar perlembagaan dan peguam yang saling bercanggah dalm isu krisis Perak, namun mereka sebulat suara menyetujui bahawa bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan pilihan raya adalah penyelesaian kepada krisis Perak.

Shad Saleem Faruqi: Angka yang menentukan

Shad Saleem Faruqi menekankan bahawa angka menjadi penentu dalam politik demokrasi. Oleh demikian, Sultan Azlan Shah telah menyetujui penubuhan kerajaan DAP, PKR dan PAS pada tahun 2008 kerana mempunyai 31 kerusi berbanding 28 daripada BN. Perkara yang sama berlaku apabila Sultan Azlan Shah memberi laluan kepada BN untuk menubuhkan kerajaan apabila BN memiliki 31 kerusi berbanding 28 oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2009.

Shah Saleem Faruqi berkata, "apa yang menyesalkan, dalam perkara angka ini, PR telah tewas kepada ADUN yang melompat."

Namun, Shad Saleem Faruqi menyetujui bahawa antara penyelesaian yang menjadi pilihan Sultan Perak termasuklah pembubaran DUN, dan menyerah kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mereka.

Walau bagaimanapun, Tommy Thomas mempunyai pandangan yang berbeza terhadap 13 isu dalam krisis Perak yang dibentangkan oleh Shad Saleem Faruqi.

Tommy Thomas berkata, dari segi angka, PR telah memenangi 53.8% undi, 31 kerusi dan memerintah dengan majoriti tiga kerusi selepas PRU ke-12. "Seandainya kamu masih ingat Kelantan yang diperintah PAS, mereka telah memerintah dengan hanya majoriti satu kerusi, tetapi berkekalan untuk lebih daripada satu tahun. Oleh itu, majoriti tiga kerusi adalah jarak yang sangat selesa," katanya.

Dengan kata lain, Tommy Thomas tidak bersetuju dengan pandangan Shad Saleem Faruqi bahawa kerajaan PR di Perak adalah pakatan pemerintah yang tidak stabil.

Shad Saleem Faruqi melontarkan pandangan bahawa DAP, PKR dan PAS bergabung secara tergesa-gesa selepas keputusan PRU ke-12 diumumkan, menjadikan kurang wajar untuk Sultan menyerahkan kuasa kepada PR berbanding dengan BN. Namun, Tommy Thomas menyanggah pandangan Shah Saleem Faruqi ini, menganggap bahawa tiada masalah untuk tiga parti PR bergabung hanya selepas PRU ke-12.

Secara terus terang, Tommy Thomas menyatakan bahawa situasi di mana gabungan parti untuk membentuk kerajaan selepas keputusan pilihan raya diumumkan adalah sesuatu yang lumrah, dan berlaku di negara misalnya Itali, Jepun dan India. "Jadi, untuk saya, siapa yang membentuk kerajaan gabungan selepas 8 Mac bukan masalah, kerana jawapannya ialah Pakatan Rakyat."

Pakar Perlembagaan Shad Saleem Faruqi telah merujuk kepada beberapa kes di luar negeri, misalnya krisis perlembagaan di Australia pada tahun 1975. Belanjawan yang dibentangkan oleh Presiden Australia ketika itu, Gough Whitlam tidak diluluskan di Dewan Senat, lantas berdepan dengan krisis kerajaannya digulingkan. Namun, Gough Whitlam merancang untuk meminjam wang dengan bank agar kerajaannya boleh terus beroperasi.

Governor-General Australia ketika itu, John Kerr telah melucutkan jawatan Gough Whitlam dengan menggunakan artikel ke-64 dalam Perlembagaan Australia, dan melantik pembangkang, John Malcom Fraser secara terus untuk menyandang jawatan Presiden sementara.

Shad Saleem Faruqi menggunakan contoh di atas untuk menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah tidak semestinya perlu kembali ke DUN untuk mengetahui siapa yang telah memegang majoriti, sebelum menentukan Menteri Besar.

Tommy: Ini contoh yang buruk!

Sebaliknya, Tommy Thomas menuduh bahawa contoh yang dipetik oleh Shad Saleem Faruqi adalah contoh yang buruk, "John Kerr hanya mewakili Queen, dan Queen Elizabeth II ketika itu berasa serba salah dan langsung enggan mencampur tangan dalam isu ini, dilihat sebagai 'apa yang John Kerr lakukan tiada kena mengena dengan beta.'"

Apa yang lebih penting, Tommy Thomas berkata, "Saya boleh jamin, tiada Governor-General Australia selepas John Kerr yang mengulangi perbuatan John Kerr. Pengajaran daripada contoh ini adalah jangan belajar daripada John Kerr. Namun, jelas kami tidak belajar daripada pengajaran ini."

Peguam untuk speaker DUN Perak Pakatan Rakyat, V.Sivakumar ini bertanggapan bahawa apa yang berlaku di Perak adalah kudeta, "pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya dan pengundian adalah kudeta." Beliau menyifatkan bahawa rampasan kuasa di Perak adalah keadaan yang paling teruk sejak 52 tahun kemerdekaan dan amalan sistem raja berperlembagaan di negara kita.

Beliau menekankan, satu-satunya jalan penyelesaian krisis Perak adalah pembubaran DUN Perak, mengadakan pilihan raya dan menyerah kepada rakyat untuk mengundi kerajaan yang mereka mahu.

Baca: "Darurat" beri laluan untuk penggunaan Ordinan Darurat

Baca: Pakar perlembagaan menyetujui Nizar untuk diadili Panel 11 hakim

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

, ,

Jumaat, 11 Disember 2009

KEJAMNYA MANUSIA!


Mengalir air mata saya apabila membaca laporan tentang kanak-kanak malang ini. Tambah memilukan apabila melihat gambar-gambar yang dipaparkan bersama-sama dengan laporan tersebut.

Budak dalam gambar di atas bernama Ibrahim, berumur tujuh tahun. Dia bekerja sebagai buruh kanak-kanak di sebuah kilang membuat tali di Aganagar dalam daerah Keraniganj, Bangladesh. Biarpun masih terlalu muda, namun dia dikerah untuk berkerja selama 12 jam demi memungut upah sekitar Tk60 (1.21 dolar Singapura) sehari.

Bayangkanlah, kanak-kanak malang semuda ini dipaksa bekerja tanpa rehat yang cukup, mungkin juga bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga, sudah tentu kadang kala melakukan sedikit kesilapan. Namun, hal itu tidak terlintas dalam fikiran penyelianya, malah dengan sepenuh kekuatan dia memukul/mencubit muka Ibrahim tanpa belas kasihan. Kejam dan menyedihkan!

Nama lelaki yang memukul kanak-kanak malang ini ialah Deen Islam. Betapa indah dan mulia nama tersebut, tetapi malang nama yang sangat mulia itu tidak menggambarkan perilaku pemiliknya. Dia dikatakan akan memukul buruh kanak-kanak di bawah kendaliannya walaupun mereka hanya melakukan kesilapan kecil.

Lebih menyedihkan saya, apabila Ibrahim tidak dapat membela diri atau mendengar bebelan atau arahan penyelianya kerana dia PEKAK dan BISU. Tidakkah kejam manusia dalam gambar di bawah ini memukul dan mendera kanak-kanak yang tidak boleh bercakap atau mendengar arahannya? Dalam keadaan dirinya begitu, sudah tentu kanak-kanak malang ini tidak dapat menyatakan: "Saya tidak bersalah/Saya tersilap, maafkan saya/Bukan salah saya, mesin ini mungkin rosak".

Saya tersentuh apabila membayangkan kanak-kanak di seluruh dunia terutama di negara-negara miskin diperlakukan sedemikian rupa. Bayangkan jika anak-anak anda diperlakukan sedemikian rupa. Bayangkan juga apabila dikhabarkan ada kanak-kanak yang dipotong atau dicacatkan anggota badan mereka semata-mata untuk dikerah meminta sedekah dan meraih simpati orang ramai. Bayangkan juga kanak-kanak perempuan yang diculik/dijual kemudiannya dijadikan pelacur atau hamba seks di serata dunia.

Saya doakan semoga Ibrahim yang dilahirkan pekak dan bisu ini memperoleh kehidupan yang lebih bermakna suatu hari nanti. Mudah-mudahan kanak-kanak malang yang lain juga terbela nasib mereka suatu hari nanti!

* Detik-detik Ibrahim dipukul oleh penyelianya. Hukuman di bawah ini sudah tentu bukan yang pertama dan terakhir bagi Ibrahim.





Lanjut, sila baca pautan di bawah ini:
[ASIAONE] A momentary lapse of concentration, and there is no getting away with it. But at the age of seven it's not so easy for Ibrahim to maintain concentration for 12 hours since daybreak every day.

The work seems never-ending to him like the coils of rope he produces every day at a rope factory.

Perhaps, he got his mind off the work for a moment recalling once again that he cannot communicate with anyone like the other kids as he was born deaf and dumb. Perhaps, his little soul became lighter and suddenly he wanted to be free.

Perhaps, it was then that he missed to get hold of a string his master was making.

With full force his master's muscled hand would land on his face several times, leaving a little Ibrahim, who works at Tk 60 (S$1.21) per day, trembling and tossing with fear.

"How many times have I told you not to be absentminded?" Deen Islam, head of the workers at the rope factory, would say as he beat up the little boy defying every law.

Ibrahim's lighter mind became heavier with the cruelty of the world. Pale and downtrodden, he continued work with trembling hands, unable to utter a single word.

He doesn't know for how long he has to undergo this experience under the Buriganga Bridge in Aganagar in Keraniganj, Bangladesh. But he's not alone. There are 39 other children who toil away all day long in four rope factories there every day.

This is happening when hundreds of NGOs for children's welfare and rights organisations hold discussions, seminars and symposiums to ensure the rights of children.

There are thousands of children involved in different kinds of child labour in the country. Many of them are enduring unbearable pain like Ibrahim at any given moment today when the entire world is observing the International Human Rights Day.

When this correspondent approached Ibrahim, he did not understand anything and just gave a blank look. His brother Rahim, another child labourer of eight, came to his aid.

"He [Ibrahim] can neither hear nor speak," Rahim, who works for Tk 50 (S$1) every day, said.

As Rahim returned to his place, having a chit-chat with his fellow workers, Ibrahim continued his work with his head down and eyes focused on the ground, dipping deep into a soundless world.
- The Daily Star/Asia News Network

, ,

Khamis, 10 Disember 2009

Jika DAP Dikatakan BIADAP, Pihak yang Gadai/Jual Tanah Masjid Layak Digelar APA?


Dua cerita berkaitan dengan masjid. Satu cerita tentang YB yang mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid dan jumlah peruntukan untuk membina rumah ibadat agama lain, Satu lagi cerita tentang tanah yang sepatutnya untuk dibina masjid, tetapi digadaikan/dijual untuk projek kormersial. Cerita pertama dikaitkan dengan YB DAP, satu lagi cerita dikaitkan dengan agensi kerajaan.
Jika DAP dikatakan biadap mempersoalkan hal itu, pihak yang menggadaikan/menjual tanah masjid layak digelar apa?
Bagaimana pula dengan pihak yang meruntuhkan surau dan masjid seperti heboh diperkatakan suatu ketika dahulu demi pembangunan dan perbezaan fahaman politik? Apa pula respons dan gelaran yang layak diberikan kepada "MEREKA"?


PERSOAL PERUNTUKAN MASJID DAN RUMAH IBADAT AGAMA LAIN

Isu bina masjid: Kor Ming dibidas

[UM] Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam. Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam. Kata beliau, nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai.

Berkaitan:
* Jakim Bidas DAP
* Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun
* Kor Ming bangkit sentimen kebencian



GADAI TANAH MASJID
[ZUL4KULIM] - ...Antara isu yang saya kemukakan adalah bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh meluluskan pembangunan berbentuk komersial dan kompleks belibelah di tapak yang digazet sebagai "tanah simpanan masjid". Mengikut Kuala Lumpur Structure Plan 2020, tapak di kawasan yang hari ini dikenali sebagai kawasan Sri Hartamas bersebelahan dengan jalan besar telah digazetkan sebagai "tanah simpanan untuk pembinaan Masjid Desa Sri Hartamas".

Tau-tau kawasan itu sekarang sedang dibangunkan pusat komersial oleh syarikat Glomacs.

Saya terkejut apabila YB Menteri memberi jawapan bahawa memang benar kawasan itu dikenalpasti sebagai "Tanah Simpanan pembinaan Masjid Desa Sri Hartamas" didalam KL Structure Plan 2020. Namun setelah penyerahan oleh pemaju kepada kerajaan, tanah tersebut telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Oleh itu boleh dirumuskan daripada jawapan itu bahawa MAIWP telah menjual tanah tersebut kepada syarikat Glomac untuk dibuat pembangunan komersial.

Saya berasa sangat kesal dengan berlakunya perkara ini. Pada saya ini adalah pengkhianatan kepada umat Islam dan agama Islam. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara menghendaki bahawa apa-apa projek pembangunan mesti ada kawasan yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid atau surau. Ini bersesuaian dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Ini adalah untuk menjamin hak dan keistimewaan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan....

,

Rabu, 9 Disember 2009

DUA PM MINUM "SIRAP"!


Saya katakan "sirap" kerana PM kita orang Islam. Mungkin juga air coca cola, mungkin juga air herba. Lagipun, manalah kita tahu itu air apa. Takkanlah PM 1Malaysia minum minuman yang memabukkan. Kalau PM Thailand, minuman yang memabukkan itu mungkin suatu yang biasa baginya. Lagipun, bukankah PM 1Malaysia baru balik dari umrah? Ishhh tidak mungkinlah itu air....


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH