Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 18 Julai 2011

Suami Lari, Isteri Minta Lebih 16 Kali



Saya petik:
[HM] KAHERAH: Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir, seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata-mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.

Segala-galanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan melarikan diri ke rumah bujang rakannya sebelum pulang semula ke rumah kelamin lima hari kemudian, selepas yakin dengan ilmu kebatinan diperoleh.

Menurutnya, sepanjang tempoh ‘berguru,’ dia mendapatkan pandangan rakan lelaki lain, sama ada dari rantau Asia atau rakan dari Mesir, hinggalah dia mempelajari pelbagai ilmu kebatinan.

“Saya disyor menggunakan sejenis kayu dikenali sebagai Hagar Guhannam namun fungsi kayu itu sama seperti gambir Sarawak, menyebabkan saya tidak suka kibat kesan sampingan.

“Dua lagi yang disyorkan mereka ialah sejenis serbuk dikenali sebagai Hamada di kalangan masyarakat Arab, selain sejenis minyak bonggol unta atau dikenali sebagai Sanam Cameol dan kedua-duanya masih digunakan hingga ke hari ini,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, serbuk Hamada dicampurkan dengan madu asli berdasarkan sukatan tertentu dan ia berfungsi memekat dan menyuburkan sperma lelaki dan digunakan sejak berzaman.

“Serbuk itu tak banyak dijual, malah tidak ramai masyarakat Arab tahu mengenainya. Ia diperoleh rakan selepas dia mengkaji mengenai perubatan Islam dalam kitab yang dibaca di (Universiti) al-Azhar,” katanya.

Katanya, minyak bonggol unta pula menghidupkan sel mati pada alat sulit lelaki dan menjadikan ia lebih berat dan padat, sekali gus membolehkan tuntutan batin isterinya kini sama seperti orang lain dan tidak keterlaluan seperti sebelum ini.

“Pada mulanya saya malu dengan diri sendiri namun selepas berbincang dengan rakan serta isteri, Alhamdulillah kami kini hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Menurutnya, kejutan batin diterimanya dipercayai dipengaruhi beberapa faktor iaitu faktor budaya dan adat khatan yang diamalkan di negara berkenaan, selain pemakanan masyarakat di sana.

Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun, selain mengakui kejantanannya tercabar.

“Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri.

“Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab... saya nasihatkan mereka supaya lebih bersedia,” katanya.

Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap ia sebagai perkara biasa.

“Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara biasa dalam hubungan suami isteri... maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka.

Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami lima pelajar lelaki itu. Sementara itu, minyak bonggol unta atau sejenis serbuk dikenali Hamada diakui mampu meningkatkan tenaga lelaki, sekali gus memenuhi tuntutan syahwat pasangan.

Selain itu, penggunaan alat kelamin lelaki secara lebih kerap dalam hubungan mendorong kepada kepadatan organ itu yang menyebabkan ia semakin mantap.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby berkata, hampir semua negara memiliki bahan atau produk asli yang menjadi amalan mereka turun temurun.

“Memang saya tidak nafikan penggunaan minyak bonggol unta dan serbuk seperti diamalkan di Mesir kerana ia pasti digunakan sejak zaman berzaman.

“Di negara kita, tongkat ali digunakan untuk membekalkan tenaga bagi membolehkan kita cergas tetapi apabila menggunakannya kita mudah terangsang, jadi ramai menggunakannya untuk tujuan kebatinan,” katanya.

P/s: Tidak pasti sama ada berita ini dilebih-lebihkan atau realiti. 16 kali! Fuh!

  1. salam ziarah.........saya terarik membaca tulisan anda ini

    gravatar Comment by perjalanan pulang @ Isnin, Julai 18, 2011 9:42:00 PG      
  2. eK eleh.... Ko Muda lagi bhai. Apa hal ngan Taib mahmud. Isteri dier 28 tahun dari Lubnan tu... Bikin malu Baik jumpa dia. Tanya berapa kilo guna gambir serawak 1 hari?

    Ko kena tau jugak bila bini ko dlm pantang nanti. Org Arab dlm pantang makanya sekor ayam sehari.

    Teringat jiran mak gua kat kg. blajar kat Mesir balek bawak bini org arab. Badan mesti lebih berisi. Itu lambang suami kaye mampu beli beras.

    Kah kah rasakan. Yg ko pi terlioh sngt kat pompuan arab sape suruh. ukurlah dulu saiz badan zohir dan bathin. mak aiii. Gulp gulp... tersedak gua baca berita ni.

    Tapi dah jadi bini ko kena tanggunglah akibatnya. Seriaunya kena tibai 16 kali sehari. Mau bersepai kepala lutut.

    sori bhai. Gua solute sama luuuu...

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Julai 18, 2011 12:28:00 PTG      
  3. Saya pernah mendengar ceramah allahyarham tuan guru gazali hasbullah..darul atiq selangor..
    katanya...kalau nak bersetubuh, seminggu 2 kali je...kalau 2 kali 1 malam itu binatang.....

    Kalau dah 16 kali 1 malam itu apa pulak??????

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Julai 21, 2011 12:09:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH