Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 26 Oktober 2011

Koleksi Berita PENYELEWENGAN & PEMBAZIRAN dalam Laporan Audit Negara



Cerita 1:
K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen
[MK] Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai  206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman. lanjut di sini.

Cerita 2:
Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
[MK] Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

“Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan.

“Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm,” petik laporan itu.

Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.

“Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna.”

Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.

Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina ‘pelindung sungai’ atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai. Lanjut di sini.


Cerita 3:
LPKP ambil masa 700 hari untuk selesai kes, aduan
[MK] Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula daripada tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Jan lalu bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. Lanjut di sini.


Cerita 4:
Johor, negeri ditadbir Umno hutang RM334.51 juta

[KD] KUALA LUMPUR 25 Okt: Sangat mengaibkan apabila Johor, sebuah negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional, berhutang sebanyak RM334.51 juta pada 2010.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, Johor membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekalan air manakala satu pinjaman untuk projek Ladang Hutan Kompensatori kedua.

Sehingga akhir tahun 2010, Johor berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta, lapor Harakahdaily.

Laporan audit menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Agreement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.

Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.


Cerita 5:
Kerajaan tanggung RM375.60 juta projek Lebuh Raya Senai-Desaru

[KD] KUALA LUMPUR 25 Okt: Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan RM375.60 juta.

Ekoran perkembangan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mahu kerajaan menentukan pendekatan baru dengan menetapkan ‘capping’ yang akan diperuntukkan kerajaan.

Pada awalnya, syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 peratus, kata laporan itu.

Lebuh Raya Senai-Desaru yang bermula pada Julai 2004, merupakan sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia yang menghubungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor.


Cerita 6:
Laporan Audit: MARA beli peralatan 100 peratus lebih tinggi

[KD] KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan untuk membeli peralatan elektrik seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran, dedah Laporan Audit 2010.

Beberapa barangan itu seperti ketuhar dibeli pada harga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419; Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding RM100; Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan berharga RM250 berbanding harga pasaran iaitu RM79 seunit dan Pengisar pada RM140 dan bukannya RM60.

Laporan tersebut juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus tanpa melalui tender terbuka serta kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.

Laporan itu juga mengesyorkan Giatmara menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut, lapor Malaysiakini.

Laporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.


Cerita 7:
Laporan Audit: LPPM beri tender runding terus iklan RM194.31 juta

[KD] KUALA LUMPUR: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) memberikan projek ruangan iklan secara runding terus sebanyak RM194.31 juta, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan Audit menjelaskan LPPM, yang diletakkan di bawah kementerian Pelancongan telah membuat tempahan ruangan iklan berkenaan dalam tempoh dua tahun, yang lebih tinggi berbanding nilai secara tender.

“LPPM telah membuat perolehan tempahan ruang iklan secara rundingan terus berjumlah RM194.31 juta atau 72.1 peratus berbanding sejumlah RM75.38 juta secara tender bagi tahun 2009 dan 2010,” laporan itu dipetik.

Menurut laporan Audit, pembelian sebanyak 1,000 unit rak besi risalah Visit Malaysia 2007 berjumlah RM1.95 juta juga dibuat secara runding terus tanpa kelulusan kementerian kewangan.

“Perjanjian tidak disediakan bagi menetapkan spesifikasi bekalan dan tempoh penghantaran antara kementerian Pelancongan atau LPPM dengan pembekal,” petik laporan Audit.

Menurutnya, pemasangan papan tanda di Indonesia juga tidak mengambil kira pandangan pengarah Pelancongan Malaysia dan Indonesia terhadap cadangan lokasi pemasangan yang dianggap kurang sesuai.

“Lawatan Audit di lokasi pengiklanan sekitar Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Lembah Klang mendapati lokasi pemasangan yang telah dibina juga kurang strategik, berlaku kehilangan dan kerosakan lampu.

“Perolehan aktiviti pengiklanan dan promosi yang dibuat melalui arahan kementerian Pelancongan tidak dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah LPPM,” jelas laporan Audit.

Justeru itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesyorkan LPPM mematuhi peraturan perolehan yang ditetapkan supaya dapat diteliti dan dinilai jawatankuasa Teknikal dan Kewangan.


Cerita 8:
RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
[MK] Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

“Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu. Lanjut di sini.

Cerita 9:
Ke mana hilangnya RM110 juta wang petani ?
[KD] PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN Selangor menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjawab isu mengenai ‘kehilangan’ RM110 juta peruntukan untuk golongan pesawah dan petani.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, peruntukan itu sepatutnya disalur kepada golongan terbabit bagi meningkatkan hasil padi mereka seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Namun, seperti yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara semalam, peruntukan itu tidak sampai kepada sasaran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.

“Buat permulaan, kita tuntut penjelasan dari Datuk Seri Noh Omar mengenai isu ini dan jika enggan jawab, ini membuktikan kegagalan beliau sendiri, selaku menteri berkenaan dan pemimpin Umno Selangor secara keseluruhan yang mengkhianati wang rakyat khasnya petani,” tegasnya.

Beliau turut bimbang jika wang itu berkemungkinan disalur untuk tujuan selain kepentingan petani sebagaimana yang sepatutnya.

Selain menjadi menteri, bertanggungjawab, Noh Omar ialah Timbalan Pengerusi Umno Selangor dengan Pengerusinya ialah Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010, Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi Skim insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007.

Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka.



P/s: Amat mengecewakan apabila pak menteri berlumba-lumba mempertahankan penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kementerian dan pihak yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2011. Misalnya, Shafie Apdal membangkitkan soal jasa MARA apabila timbul isu penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh agensi kerajaan itu. Adakah itu jawapan yang mahu didengari rakyat? Jika beginilah respons mereka, maka orang yang pecah amanah sudah pasti akan terselamat tanpa didakwa di mahkamah.

Ubah SEKARANG agar penyelewengan dan pembaziran yang berlaku saban tahun tidak berulang!



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH