Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 4 Disember 2012

Remaja 14 Tahun Mengaku "Dirogol" Lebih 20 Lelaki


Mangsa ditemani anggota polis ketika menyenaraikan nama suspek yang pernah merogolnya.

[SH] KULIM - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.

Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.

Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.

Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.

“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.

Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.

“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.

“Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.

"Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya.





Isnin, 3 Disember 2012

Khalwat: KP Kesihatan Diturunkan Pangkat, Pasangannya Diturunkan Gaji


[Bernama] KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.
  
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.
  
Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  
Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
  
SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
  
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. 


Pontianak Berkeliaran di Kampung Serbia



KINCIR air yang musnah dan dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak di Kampung Zarozje, Serbia.

[Kosmo] BELGRADE - Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.

Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.

Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.

"Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini," kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.

"Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda," tambahnya yang berusia 55 tahun.

Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu.

Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.

Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.

Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.

Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.

Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.

Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.

Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.

"Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita" kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. - Agensi

, ,

Jurujual Dirompak, Diikat, Dirogol

 
 [Bernama] KEMAMAN - Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di
sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.

Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.

Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.

Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.

"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. 
 
 
P/s: 10:30 pagi....bukan 10:30 malam
 
 
 

, ,

Ahad, 2 Disember 2012

DAP Jamin Kuasa Melayu Kekal Jika PR Perintah Negara

Kon Yeow (kanan) mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu parti pada Konvensyen Tahunan DAP hari ini.

[SH] GEORGETOWN - DAP memberi jaminan orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah air sendiri meskipun Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai parti itu, memerintah negara ini.

Sebaliknya, hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan hilang kuasa dalam arena politik.

Jaminan itu diberikan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap padaKonvensyen Tahunan DAP negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, Umno dan BN juga sedar pihaknya perlu menghadapi pilihan raya yang sengit kali ini apabila menjadikan Perhimpunan Agung Umno 2012, yang berakhir semalam, sebagai medan menyerang PR.

Menurutnya, Umno masih menggunakan sentimen perkauman untuk mengapi-apikan agar orang Melayu menentang PR.

“Pengundi bukan Melayu juga ditakut-takutkan dengan ugutan bahawa jika orang Melayu hilang kuasa, negara ini akan menjadi porak-peranda.


“Kita mahu meyakinkan orang Melayu bahawa mereka tidak akan hilang kuasa di tanah air sendiri. Cuma Umno yang akan hilang kuasa dalam arena politik Malaysia. Orang Melayu masih boleh pegang kuasa dalam aturan politik baru yang dipelopori oleh PR," katanya.

Kon Yeow berkata, DAP perlu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dengan penuh yakin walaupun menghadapi Umno dan BN yang tidak rela menyerah kuasa pemerintahan dengan begitu mudah.

Beliau berkata, semua ahli parti perlu berganding bahu dan bekerja keras dalam menghapuskan Umno dan BN untuk menakluki Putrajaya.

“Ramalan yang terbaru menunjukkan BN masih di hadapan kita, mereka diramalkan akan menang 120 kerusi berbanding 100 kerusi PR jika pilihan raya diadakan sekarang.

“Oleh kerana pilihan raya masih belum diadakan, kita masih ada masa untuk melipatgandakan usaha untuk menggugat Umno dan BN. Kita perlu menggunakan 50 hingga 100 hari akan datang untuk menentang BN habis-habisan," katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow yakin kebolehan DAP dan PR untuk mempertahankan pemerintahan Kerajaan Negeri kerana BN di bawah kepimpinan yang baru, tidak akan dapat sokongan pengundi kerana masih tidak berubah cara dan pemikiran mereka.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH