Bekas Bom Seks Indonesia Akui Sudah Lama Bertaubat
[HM] JAKARTA: Nama Eva Arnaz sering kali dikaitkan dengan filem panas. Hampir dalam setiap adegan dia selalu tampil seksi.
Bagaimanapun, Eva sudah berubah dan kini dia dikenali dengan nama Syarifah.
“Sekarang nama saya sudah ditukar menjadi Syarifah. Eva Arnaz sudah lama dilupakan,” kata ibu kepada seorang anak itu kepada detikhot, semalam.
Eva juga menegaskan dia sudah bertaubat. Zaman kegemilangannya sebagai artis hingga mendapat jolokan ‘bom seks’ telah lama ditinggalkan.
“Saya sudah melupakan nama Eva Arnaz. Saya juga tidak suka jika wajah terpampang di Internet dan dikaitkan dengan cerita porno. Saya sudah berubah dan tidak seperti itu lagi,” kata bekas isteri aktor Barry Prima itu.
Kegiatan Eva sekarang menjadi suri rumah sepenuh masa, selain turut aktif dalam forum pengajian agama.
“Saya mula mengenakan hijab sejak tahun 2000 dan sudah 12 tahun memakainya. Kehidupan sehari-hari juga dipenuhi dengan pengajian agama,” katanya. - detikhot
P/s: Malangnya, gambar dan klip video yang memaparkan aksi berahinya masih terus tersiar di internet. Hal ini merupakan pengajaran berguna kepada artis yang kemaruk melakonkan aksi berahi dan panas demi fulus dan nama. Jika mereka ditakdirkan bertaubat, namun aksi lakonan mereka akan kekal sampai bila-bila.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.