Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Ahad, 29 April 2012

[Video] Apa Sebab Kereta Polis Diterbalikkan? Baca & Sebarkan!




(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

[HD] KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Kejadian itu berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.



(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong,masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.



(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Saksikan video-video di bawah:

Klik video untuk melihat bagaimana kereta melanggar peserta Bersih
Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini
Klik video yang menunjukkan pemandu kereta ini bertopi keledar



Kemas Kini
:

Video dari arah depan:





P/s: Beberapa jurublog membangkitkan beberapa persoalan tentang kejadian ini. Antaranya, mengapa kereta polis itu dipandu laju memasuki laluan para peserta BERSIH 3.0? Adakah kejadian ini telah dirancang sebagai satu bentuk provokasi terhadap peserta BERSIH 3.0?

Kalau anda perhatikan video di atas, jelas pemandu kereta polis ini tidak memakai topi keledar dan seluar pendek seperti yang disangka sebelum ini. Malah polis yang memandu kereta polis ini juga sedar dan tidak cedera seperti yang didakwanya di sini. Bagaimana boleh timbul dakwaan tidak sedarkan diri, berdarah, dan sebagainya?

Perhatikan video di atas dengan teliti.


* Baca dan sebarkan kiriman ini di laman sosial dan sebagainya. Media perdana tidak mungkin menyiarkan berita ini! 




  1. Nak buat lawak pun agak-agak la bro...

    "Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar."

    Memandu pakai topi keledar? Kamu ingat dia naik formula one?

    Hentikanlah cerita fitnah.

    ~ OnDaStreet

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, April 29, 2012 10:11:00 PG      
  2. Hahahahah.. Yg pkai helmet tu jurukamera tv al hjrah la dol.. Siasat dulu, bru suh sebarkan.. Ni tak pasai2 dah suh org laen sebar fitnah.. Matlamat tdk menghalalkn cara.. :)

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, April 29, 2012 12:56:00 PTG      
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, April 29, 2012 7:41:00 PTG      
  4. bongok.yg pkai helmet 2(krew al hjrah) nk tlg polis dlm kete 2.tp x pasal2 die kne tibai skali dgn binatang2 2.mmg x ada sape2 pn bwah kete polis 2..dh trblikn kete 2 dieorg trus blah mcm 2 je.cover malu la kononnye.sial ambiga

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, April 29, 2012 11:03:00 PTG      
  5. memeng kena la ko ngan nama ko ni cacamarba... yang pakai helmet tu jurukamera tv alhijrah la doh... aku rasa ko ni berat sebelah la lol.... sepatutnya ko tlong ckp kt penganjur BERSIH tu jgn letak BERSIH 3.0.... tpi letak KOTOR 3.0,4.0,5.0 pape jer la... pekejadah la ko org ni... x der skit crik skit...x der masalah crik masalah.. errrmmm... whatever la...(TAPI SEDIHKAN JADI BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM,PASTU MAKIN LUPA DIRI)

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, April 30, 2012 10:46:00 PG      
  6. Lagi sedeh jdik bangsa melayu yang kena tikam ngn bangsa sendri..jdik lembu kna cucuk idong..ikot je kmna pegi...lg bodoh drp org yang menuntut bersih..nk jdik kuli,bole la ckp mcm2 ye..sdgkn apa sbb wujud bersih pon xtaw..apa tuntutan yg dibuat pon xtaw,xbca,xamek port..lg nk mengomel ke kt sni??

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, April 30, 2012 12:04:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH