Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 27 April 2012

[PANAS] Polis Jadi "Penyambut Tetamu" di "Dataran DBKL" Esok. Mungkinkah Polis Cun Ini Menunggu Anda Esok?



[SH] KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai jam 6 pagi tadi.

Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.

Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.

Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian Online sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Anggota polis dan penguat kuasa DBKL turut kelihatan di kawasan tersebut.

Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.

Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.

Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.

Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

Agensi itu telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.



P/s: Sandiwara Kerajaan BN yang takut akan kebangkitan rakyat dengan berselindung di belakang agensi kerajaan seperti DBKL dan polis.

Kalau Dataran Merdeka menjadi kawasan larangan awam, maka lebih baik diubah sahaja namanya menjadi Dataran DBKL. Kalau jalan di KL boleh ditutup untuk tujuan sukan dan perayaan, mengapa kerajaan tidak memberikan ruang dan peluang kepada Bersih untuk berkumpul? Kalau Dataran Merdeka boleh menjadi lokasi menyambut kemerdekaan, mengapa acara menuntut pilihan raya yang bersih tidak boleh diadakan di situ? Tiada kedai, kenderaan, atau harta awam dirosakkan semasa Bersih 1.0 dan 2.0. Yang pasti banyak peserta Bersih yang cedera akibat keganasan pihak berkuasa. 

Apa-apapun, rakyat Malaysia perlu datang beramai-ramai esok untuk mendesak SPR melakukan penambahbaikan seperti yang dituntut oleh Bersih. Siapa tahu mungkin polis cun di atas menjadi penyambut tetamu esok!


  1. BIAR DUNIA MELIHAT KERAKUSAN & KEKURANGAJARAN POLIS DAN DBKL DLM MENANGANGANI BERSIH.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, April 27, 2012 3:34:00 PTG      
  2. Kalau jumpa polis bagi bunga kuning sahaja Siapa tak suka dapat bunga

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, April 27, 2012 5:14:00 PTG      
  3. Yup jum trun bersih jum... harap2 nik aziz trun sok dn bersihkn hati ambiga dgn dakwah islam, agar ambiga msuk islam dn mnolak kebebasan beragama dn LGBT.. takkan nk pilihanraya je nk bdemo kn, ke hati nik aziz dh kne bersih dek ajaran hindu ambiga haha

    gravatar Comment by estilo2707 @ Jumaat, April 27, 2012 7:31:00 PTG      
  4. pakar motivasi pernah beritahu" orang yang selalu kalah, lemah dan tidak kuat akan sentiasa cuba menarik perhatian dan memberontak, berbanding orang yang kuat dan berjaya sentiasa terus bekerja dan memperbaiki hasil kerja"... fikirkanlah...

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, April 27, 2012 7:43:00 PTG      
  5. jika bersih matlamat kamu, itu biasa. semua rakyat mahukan yang bersih, pilihanraya yang adil dan politik yg matang dan berkualiti..

    cuma takde org lain ke selain ambiga si pelopor LGBT? dlm ramai2 manusia yg sokong bersih, takde ke yg lebih baik dan lebih disenangi? mengapa ambiga jugak yg kamu pilih? adakah ini bermaksud penyokong2 bersih yg ada semuanya tak guna termasuklah yg dlm gambar tu?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, April 27, 2012 7:44:00 PTG      
  6. Sasterawan A Samad Said kan pengerusi bersama.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, April 28, 2012 12:55:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH