Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Sabtu, 21 April 2012

Zahid Enggan Jadi Saksi Perbicaraan Skandal Scorpene, Kalau Telus Mengapa Takut?



[MK] Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.

Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.



P/s: Kecut telur?
Tiba-tiba ingat peribahasa "berani kerana benar, takut kerana salah".


  1. Kalau jadi Menteri Pertahanan tak reti tak mempertahankan Malaysia di mahkamah, tak reti nak pertahankan maruah bangsa, tak reti nak pertahan maruah diri eloklah berhenti. Penakut, pengecut, bacul. Kalau benar-benar anak jantan pergi ke Paris dan pertahankan PM anda. Telur tu gi buang kat pantai Bagan Datoh. Hai, apalah nasib rakyat Malaysia, ada Menteri Pertahanan tetapi penakut ... dayus!

    gravatar Comment by Hansley Arnaz Hawana @ Ahad, April 22, 2012 9:31:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH