Askar Samun, Rogol, Liwat Pendandan Rambut Dikenakan Hukuman Penjara dan Sebat
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang bekas askar berpangkat Lans Koperal wajar dihukum penjara 15 tahun dan lapan kali sebatan selepas dia bukan sahaja memperdayakan dua pendandan rambut dengan menyamar sebagai anggota polis malah bertindak lebih keji apabila menyamun, merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap mangsanya itu.
Kedua-dua pendandan rambut itu juga diugut akan dipotong kaki dengan pisau pemotong sayur jika kehendaknya tidak dilayan.
Malah sewaktu melakukan kesalahan terhadap dua pendandan rambut tersebut, Hamzi Amni Zamali, 26, sedang dalam jaminan mahkamah kerana berhadapan tuduhan merogol seorang wanita lain.
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Emelia Kaswati Mohamad Khalid semalam yang menerima pengakuan salah tertuduh atas lima tuduhan berkenaan.
P/s: Malaon ini patutnya dikenakan hukuman yang lebih berat.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.