Banduan Saman Hospital Kerana Dikhatankan Ketika Bayi
[HM] SIOUX FALLS (Dakota Selatan): Seorang tahanan penjara menyaman hospital di mana dia dikhatankan ketika bayi, mengatakan dia baru menyedari sejak kebelakangan ini dia telah menjalani prosedur yang melemahkan tenaga batinnya.
Dean Cochrun, 28, menuntut kerugian AS$1,000 (RM3,000) sebagai ganti rugi dan kerosakan besar. Dalam kes mahkamah itu, dia juga meminta kulit organ sulit itu diganti “dengan harapan dapat menjadi sempurna semula” walaupun memaklumkan dia tidak mengharapkan penggantian semula selain kulit palsu.
Cochrun yang dipenjarakan kerana kesalahan menculik memfailkan kes saman persekutuan itu terhadap Hospital Sanford, Jumaat lalu.
Cochrun mendakwa seorang “doktor tidak dikenali” memperdaya ibunya untuk percaya prosedur itu perlu secara perubatan.
Dia mempertikaikan bahawa prosedur itu tidak perlu, tidak etika dan tidak memberi faedah secara perubatan.
“Saya baru menyedari sejak kebelakangan ini bahawa saya dikhatankan dan saya kehilangan daya kepekaan ketika melakukan persetubuhan, selain rasa kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri,” katanya dalam kes mahkamah itu.
Cochrun menegaskan dia mahupun pasangannya tidak “mempunyai daya kepekaan ketika melakukan hubungan seksual serta tidak mempunyai kehidupan seksual yang normal.” - AP
P/s: Macam-macam!





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.