Pendakwah Bersumpah Tidak Perkosa Artis Dangdut Aida Saskia
Sebelum ini saya siarkan: Penyanyi Dangdut Dakwa Diperkosa Pendakwah Ketika Masih di bawah Umur. Hari ini saya jumpa berita yang mengatakan bahawa pendakwah terkenal itu bersumpah tidak pernah memperkosa atau menyentuh penyanyi dangdut tersebut.
Siapa yang akan "dipanah" petir? Saya petik:
[HM] JAKARTA: Tokoh bergelar Pendakwah Sejuta Umat, Zainuddin MZ, dilaporkan bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah menyentuh, apa lagi memperkosa penyanyi dangdut Indonesia, Aida Saskia.
Kata Hafiz Syahnara, walaupun mengalami tekanan perasaan yang amat serius, Zainuddin memilih untuk tidak membuat sebarang komen.
“Setakat ini beliau masih mahu bersabar dan menahan emosi. Kata Zainuddin, diam adalah pilihan terbaik untuknya,” katanya.
Ketika kali pertama mendapat tahu mengenai tuduhan Aida, kata Hafiz, Zainuddin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan seperti didakwa penyanyi terbabit.
Sebelum ini, Aida dilaporkan bersungguh-sungguh mahu mengheret Zainuddin ke mahkamah dan memenjarakannya kerana enggan mengaku terlanjur satu ketika dulu.
Kata Aida, 26, tuntutan asalnya adalah mahukan Zainuddin meminta maaf dan mengaku salah atas perbuatannya meniduri artis berkenaan.
“Saya mempunyai bukti mencukupi bagi menunjukkan dia memang memperkosa saya sembilan tahun lalu,” katanya. - Agensi


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.