Video Seks Tiger Woods Dijual Hujung Minggu Ini. Ada yang Berminat?
Video seks peribadi dijual/dimuatturun kepada umum! Errr!
Kalau saya, sudah tentu berpeluh/terberak/terkencing/terkucil jika video seks yang peribadi dan aib sifatnya ditonton jutaan manusia di seluruh dunia. Itu saya, yang masih (Alhamdullilah) berpegang kuat pada agama dan nilai Timur.
Namun, Tiger Woods yang sudah tentu tidak seagama malah kehidupannya jauh berbeza daripada saya dan dirinya yang layak digelar "playboy" juga kecut apabila gagal menghalang sebuah syarikat dalam talian mengedarkan video seks yang memaparkan adegan seksnya dengan Devon James, seorang pelakon lucah. Pelakon lucah ini adalah salah seorang daripada wanita yang tersenarai dalam skandal seks yang hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.
Ironinya (pada kita, tidak bagi mereka), orang penting di balik pengedaran video ini ialah suami Devon, "pelakon utama" video seks itu. Menurut Nick, dia akan mengeluarkan video itu secara dalam talian Jumaat ini.
Menurut laporan Radar Online, Nick berkata "Saya diberitahu ada tawaran oleh peguam Woods untuk membeli video itu, namun setakat ini tiada perjanjian berkaitan dengannya dibuat dan saya fikir perkara itu tidak mungkin berlaku."
Nick dan Devon akan melancarkan laman sesawang, TigerTapeXXX dan pengunjung yang berminat boleh membuat pratempahan untuk memiliki video tersebut. Berdasarkan cakap-cakap, Devon dikatakan menerima RM1.1 juta tidak termasuk royalti dengan menjual video itu kepada syarikat pengeluar DVD.
Kata orang "terlajak perahu boleh diundur, terlajak "tut" buruk padahnya!"
Ada yang berminat? Jangan....JANGAN BELI atau MUAT TURUN!
Olahan daripada sumber ini.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.