Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 15 Oktober 2010

Rahimi & Rasid Berbohong!


Saya petik sepenuhnya dari blog Sharpshooter:

Berbincang dengan peguam sebelum memulakan sidang media di Pejabat Keadilan Pusat, Tropicana.

Berjalan menuju ke pejabat setelah selesai perbincangan ringkas.

Kempen manager Chegubard, Zulkifli Ibrahim sentiasa ceria menghubungi bossnya. Gambar kiri sekali bekas pemandu peribadi Rahimi saudara Dzulimran Mohd Nasar.

Wartawan memenuhi ruang sidang media di tingkat 1 Pejabat Keadilan Pusat.

Sharpshooter memulakan sidang media.

Berita dari Suara-Keadilan Online

Oleh Fazli Othman
PengiringRahimiPETALING JAYA 14 Okt - Exco Pemuda Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Amizudin Ahmat aka Din Binjai aka Sharpshooter telah menafikan dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Rahimi Osman bahawa beliau dipaksa dan diugut semasa membuat akuan sumpah berhubung kes fitnah 2 terhadap Anwar.

Pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tengahari tadi, Amizudin menjelaskan pada ketika itu, beliau bersama-sama dua individu lagi iaitu bekas pemandu Rahimi, Dzulimran Mohd Nasar dan Zulkifli Ibrahim yang juga merupakan Exco Pemuda AMK menemani Rahimi ke Quality Hotel di Shah Alam pada malam 28 Jun 2008.

"Kemudian, saya jumpa Saiful Izham dan beliau telah meminta saya dan Zulkifli Ibrahim menemani Rahimi di Hotel Quality kerana bimbang apa yang berlaku pada 1998 kepada beberapa staf Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana mereka ditahan oleh pihak cawangan khas atau polis dan dipaksa untuk membuat pengakuan."

"Kami bersama-sama Rahimi pada setiap masa dan beliau bebas bergerak ke mana sahaja, membuat panggilan telefon dan beliau juga bebas berjumpa dengan sesiapa sahaja."

"Pada malam 29 Jun 2008 pula, Rahimi mengajak kami menonton perlawanan bola sepak 'Final Euro Cup' dengan menaiki keretanya yang dipandu oleh pemandu peribadinya Dzulimran di Seri Pentas, Damansara."

"Selepas itu, kami juga pergi minum di satu kedai mamak sebelum pulang ke hotel, kami bersama Rahimi daripada 28 Jun sehingga 1 Julai 2008," jelas beliau dalam sidang media tersebut.

Malah katanya lagi, Rahimi juga memperkenalkan ahli keluarganya kepada kami ketika berada di hotel tersebut.

"Pada sepanjang masa kami menemani Rahimi, saya tidak pernah melihat Rahimi dipaksa, diugut ataupun sebarang kekerasan digunakan ke atasnya oleh sesiapa termasuk oleh kami sendiri."
Lagi berita di sini.

Sementara itu, peguam, N Surendran berkata dakwaan Rahimi bahawa beliau telah dipaksa merupakan satu tuduhan yang sangat serius.

"Keterangan ketiga-tiga saksi ini adalah bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh Rahimi. Ini bermakna, apa yang dinyatakan oleh beliau adalah tidak benar.

"Apa yang menghairankan, mengapa Rahimi mengambil masa dua tahun untuk menukar akuan sumpah yang beliau buat dahulu," soal beliau.

Ketua Penerangan KEADILAN yang juga merupakan peguam yang mewakili Rahimi semasa itu, Latheefa Koya sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada paksaan dan ugutan ketika menyediakan akuan sumpah tersebut.

Menurut Latheefa, bagi dua akuan sumpah seorang lagi bekas pembantu Anwar, Rasid yang turut menukar akuan sumpahnya semalam telah disediakan oleh peguam beliau, Saiful Izham Ramli manakala akuan sumpah yang kedua telah disediakan oleh beliau sendiri.

"Untuk akuan sumpah yang pertama ianya telah disaksikan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang merupakan Pesuruhjaya Sumpah pada ketika itu.

"Ketika disoal oleh pihak polis, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa Choo Keong menjadi Pesuruhjaya Sumpah kepada akuan sumpah yang pertama manakala akuan sumpah yang kedua pula oleh peguam, S Selvarajah.
rasid"Choo Keong harus memberikan penjelasan mengapa beliau secara melulu menyalahkan saya dan mengatakan sesuatu yang tidak kena dengan akuan sumpah tersebut, adakah beliau terlibat seperti yang didakwa Rahimi?," soal Latheefa.

Dalam pada itu, Surendran turut meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Rahimi dan Rasid (Rosdi) yang secara jelas telah melanggar undang-undang di bawah seksen 199 kanun keseksaan, di mana mereka telah membuat akuan sumpah palsu.

Semalam Rasid Rosdi, seorang lagi bekas pembantu Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.
Sementara itu, Saiful Izham Ramli pula meminta ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong memberitahu "perkara sebenar" bahawa Rahimi Osman - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak dipaksa membuat akuan bersumpah.

Saiful Izham yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR berkata, Wee tidak pernah diminta menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi sebaliknya dia didakwa menawarkan diri sendiri bagi tujuan itu.

Menurut Saiful Izham juga, pihaknya tidak mahu Wee di kemudian hari mungkin mendakwa beliau juga dipaksa menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi. "Mungkin dia ada sesuatu hendak disembunyikan," kata Saiful Izham dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya awal petang tadi.

Semalam, Wee enggan mengesah atau menyangkal dakwaan balas bahawa Rahimi tidak dipaksa atau dikurung. Wee berkata peranannya dalam hal ini hanya terhad sebagai pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan Rahimi menandatangani satu akuan bersumpah pada 29 Jun 2008.

Rahimi menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu.

Gambar sidang media ehsan dari Yuisri Yus
Nantikan pendedahan seterusnya Rahimi menunggang kuda bersama Dr Mahathir...

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH