Banyaknya Cicak Tokek! Kalau di Malaysia, Mereka Sudah Jadi Jutawan Segera!
Saya jumpa senarai harga cicak tokek di internet:
400 gram – 440 gram = RM 1 Juta – RM 1.2 Juta
500 gram – 600 gram = RM 1.2 Juta – RM 4 Juta
600 gram – 700 gram = RM 4 Juta – RM 8 Juta
700 gram – 800 gram = RM 8 Juta – RM 15 Juta
800 gram – 900 gram = RM 15 Juta – RM 18 Juta
900 gram – 1000 gram = RM 18 Juta – RM 23 Juta
juga mencari tokek 360 gram -390 gram sebanyak 7 ekor dengan kadar harga RM 180,000 – RM 230,000 /SEEKOR
Dan mencari tokek 310 gram – 359 gram sebanyak 12 ekor dengan kadar harga RM 130,000 – RM 150,000 /SEEKOR
Saya jumpa satu lagi laman yang menyiarkan harga cicak ini:
300Gram ~ 350Gram : 1 EKOR = RM50,000. (LOCAL BUYER)300Gram ~ 350Gram : 8 EKOR = RM250,000 (SETIAP EKOR) RM250,000 X 8 = RM2,000,000 Untuk 8 EKOR TOKEK.360Gram ~ 380Gram : 1 EKOR = TAK PASTI. ADA BARANG, BOLEH RUNDING HARGA. (LOCAL BUYER)360Gram ~ 380Gram : 4 EKOR = RM300,000 (SETIAP EKOR) RM300,000 X 4 = RM1,200,000 UNTUK 4 EKOR TOKEK. (HARGA BOLEH RUNDING!).390Gram ~ 399Gram : 1 EKOR = TAK PASTI. ADA BARANG, BOLEH RUNDING HARGA. (LOCAL BUYER)390Gram ~ 399Gram : 2 EKOR = RM350,000 (SETIAP EKOR) RM350,000 X 2 = RM700,000 UNTUK 2 EKOR TOKEK. (HARGA BOLEH RUNDING!).400Gram ~ 409Gram : 1 EKOR = RM800,000. HARGA BOLEH RUNDING, TOLONG MAINTAIN KAN BERAT BADAN TOKEK.410Gram ~ 420Gram : 1 EKOR = RM1,000,000 ~ RM2,000,000 (NEGOTIATE)
WOW! Lumayan!
Gambar-gambar di atas pula menunjukkan pekerja/pengumpul cicak tokek sedang melapah binatang itu untuk dikeringkan di sebuah kilang di Jawa Timur Indonesia. Menurut berita Agensi, perniagaan cicak di Indonesia kini sudah menjadi bahan komoditi eksport ekoran permintaan tinggi di luar negara
Seorang pengusaha dikenal sebagai Sugiyanto, 38, di Probolinggo memberitahu bahawa haiwan eksotik itu telah lama menembusi pasaran rantau Asia Tenggara terutama Singapura selain Jepun, China dan Taiwan.
Katanya, “Setiap bulan, kami hanya mampu memproses 3,000 ekor cicak sebelum dijual pada harga 4,000 rupiah (RM1.40) seekor." Sebelum ini beberapa akhbar Indonesia/Malaysia melaporkan seorang pemuda Malaysia menemui seekor cicak gergasi di kawasan hutan dekat sempadan Kalimantan-Sabah dan dijual pada harga RM64 juta. Jika dibandingkan dengan laporan akhbar serta harga yang saya temukan di internet itu, harga seekor cicak yang dibeli oleh Sugiyanti daripada penduduk tempatan adalah sekitar 1,750 rupiah atau 62 sen seekor. Anda mungkin mengatakan bahawa tokek yang diproses itu tidak mencapai berat minimum, iaitu 300g, namun logikkah mereka tidak pernah menemukan cicak seberat itu, sedangkan haiwan ini begitu banyak di hutan Indonesia?
Jika cicak tokek ini boleh dijual dengan harga yang mencecah jutaan RM di Indonesia, saya kira orang-orang di dalam gambar itu sudah bergelar jutawan. Tidak perlu lagi bekerja melapah tokek sedangkan mereka hanya perlu mencari dan menjualnya dengan harga yang luar biasa mahalnya. Namun malang kerana harga tinggi itu hanya kedengaran di Malaysia, tidak di Indonesia.
Apa keistimewaan cicak tokek sehingga cicak ini dijual dengan harga yang begitu tinggi? Entah betul atau tidak, cicak tokek didakwa mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam kajian klinikal peringkat awal menunjukkan hasil yang begitu signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol itu mempunyai sifat antikanser/metastasis sel kanser, serta melawan HIV dan H1N1 viral./www.duniacacamarba.blogspot.com


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.